Langkau ke kandungan utama

"Ah! pakcik, pernah tak kau bosan hidup begini? Tanya Rina

Kata saudara Dingin - Dunia Ini Sederhana Kecil.

Tapi bagi Rina, dunia luas ini semakin sempit dan sesak. Setiap hari via fesbook dia akan meluangkan masa berbual dengan Zul Hisham.  

Dia tahu apa yang Zul Hisham tidak tahu. Zul Hisham adalah lelaki akhir empat puluhan dan sudah bercucu. Nama sebenarnya Encik Hussin bin Abdul Kareem  Seorang kakitangan awam Kementerian XXX di Putrajaya.  Sering menyalahgunakan akses internet di tempat kerjanya. Isterinya Makcik Sofiah seorang surirumah. Buta IT. Tinggal dua blok dari kediaman keluarga Rina.

Dunia sebelah Rina

Dia seorang gadis belasan tahun. Semua rangkaian sosial dia daftar via nama samaran dengan usia sebaya rakan sosialnya. Ibu bapanya menyangka anak gadis mereka sangat rajin belajar.

*****
Oh!

Sungguh memenatkan hidup dalam "pembohongan" wahai pakcik
~ Rina~

ps:  Tidak lagi mahu bercerita pasal kerja. Belum ketemu tip unuk menyampah secara berhemah :p





Ulasan

tasekM berkata…
ni kisah benar ke ni kak..?

:)



.
so'od berkata…
Tulis cerita pasal watak-watak yang dimenyampahkan secara halus pun dikira menyampah berhemah, kak. Haha.
Makbonda61 berkata…
"Sudah-sudahlah Rina,hentikan penyamaran,takut kamu terperangkap sendiri" kata ibu saudara Rina yang telah tua tapi celik IT.
uncle gedek berkata…
dunia khayalan.... semua orang suka, meh...
Lily Abdullah berkata…
Tas,

Barangkali benar,barangkali juga fiksi. keh keh..keh..

(sejak bila aku gelak stail gini..aku gelak hihihi..mcm ponti tu :p)


So'od,

Yes, setuju.

Contoh : Lily ternampak So'od memakirkan kereta GEN2 betul-betul di hadapan pejabatnya. Tiba-tiba Lily terasa sungguh bengang. Bukan kerana cemburukan kereta besar milik So'od. Bukan!

Sejak semalam, hati Lily rentung bagai dijilat api. Serta merta Lily bangun, keluar dari pejabat dengan sebotol petrol...

(huh! imiginasi nak membunuh neh ha ha :p)

Kak Has,
Itulah kak, risau saya kadang memikirkan anak-ana buah yg sedang membesar.

Uncle,
Dunia khayalan adalah escapism. Kadang-kadang kesan buruknya tidaklah terduga.

Siapa-siapa saja boleh terperangkap dalam jeratnya.
sepa berkata…
mgkn zul hisham buh profil pict Antonio Banderas, tak pun Johnny Depp... hehehe...
Pa Johan berkata…
Zul Hisham konon... Kemain lagi pakcik. Nama macam romeo novel. Kehkeh.
bookseller berkata…
kak!..assalammualaikum..lama tak singgah ke sini. rindu bawa saya kembali menjengah...salam hormat..salam dari utara.. :)
Lily Abdullah berkata…
Sepa,
Profile pic dia bintang terkenal K POP atau Aoron Aziz kut ha ha..

Pa
Zul Hisham..rasa macam penah dengar dan kenal nama aja. Nama kawan zaman2 berpen pal dulu.

Dulu2 mana ada email or facebook :p

Terma kasih keraa masih ingat dan sudi berkunjung Book Saller :)

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...