Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...
Ulasan
mudah hidup ini jika tanpa nama...
Tanpa nama kadang kau ditolak dantak diterima.
Semua ada risiko kan?
kak, seronok sebenarnya menghitung bintang.
kena pulak lepas gaji, beli jajan banyak2, pastu
naik atas bukit, berbaring dalam malam terang,
membilang bintang yg tak terbilang...
:)
aku hitung bulan.
amacam..?
kih kih.
.
ko kena hitung bulan yg kat bendeara. (mode : pilihanraya ketigabelas)
hehehe
Apa kata kita hitung rintik hujan. Agak2 boleh buat klaung tak? hehe..
Sepa,
Tak mau bilang dacing ka, roket ka ? :D
King,
:)