Langkau ke kandungan utama

Mungkin begini

Bagaimana harus saya menulis tentang dia tanpa menilai dan menghukum? 

Mungkin begini.

Lelaki berkecelaruan identiti (bukan identiti, mungkin seksual.Ya.Lebih tepat barangkali) itu mengirimkan saya satu  teks khidmat pesanan ringkas didahului dengan ucapan salam yang ditaip penuh. Seterusnya bertanya khabar tentang saya dan disudahi dengan mengirimkan salam kepada suami saya. 

Dia seorang kawan dan pekerja yang baik. Tidak pernah culas ketika berkerja serta ringan tulang. Malangnya, kawan saya ini dipecat kerana kecelaruan identitinya.  Menerima hakikat, bahawa kita mempunyai kawan yang ada kecelaruan identiti bukan perkara mudah.

Sukar untuk percaya, tambahan pula si empunya diri tidak mengaku malah mendakwa dirinya  difitnah. 

Dalam sms yang dikirimkan kepada saya  dia mengadu tentang kesusahan dirinya selepas dipecat  dan si isteri pula menuntut cerai kerana tidak mahu menjadi alat untuk dia menutup kecelaruan identitinya itu.

Malah dia mengatakan hanya saya yang masih sudi membalas smsnya. Saya tidak menghukum dan menilai dirinya. 

Dengan tercatatnya entri ini, saya pasti saya bukan orang yang dimaksudkan oleh sahabat saya ini.  

Saya penghukum nombor wahid. Hukuman saya adalah dengan berdiam. Dalam senyap. Mungkin orang lain akan terus jatuhkan hukuman seperti 'bukan umat Nabi S.A.W.' cop 'ahli nereka' dan sebagainya. 

Tidak. Saya bukan begitu. Saya melihatnya sebagai iktibar. Saya melihat setiap kejadian dengan mata,kanta pembesar dan teropong ajaib.

 Cuma seperkara yang dia betul tentang saya. Itu pun barangkali lima hingga tujuh puluh persen sahaja.  Katanya lagi, saya adalah seorang yang sangat pemaaf. Ya. selagi orang itu tidak mengkhianat dan menghina saya dengan apa cara sekali pun.   

Selainnya, saya adalah seorang yang sangat mengenang budi. Itu saya jamin walaupun bukan seratus persen.

Tapi harus diingat, saya boleh menjadi manusia yang sangat kejam jika saya rasa terhina dan dimalukan.

Saya cuma manusia biasa-biasa. Ya. Biasa-biasa. Barangkali lebih buruk dari sahabat saya, lelaki yang berkecelaruan identiti itu.

ps: cuba tukarkan perkataan 'saya' kepada 'kita'.



















Ulasan

akirasuri berkata…
Semoga 'dia' tersedar & kembali dekat dengan Tuhan.

Kadang-kadang, Tuhan sedang berbisik dengan kita supaya mencari hikmah diri & hidup melalui kejadian/keadaan/peristiwa di sekeliling kita...
makissa berkata…
ya kak...adik setuju 200 persen... kita sangat mengenang budi. tapi kita bagai tabuan. tolong jangan jolok sarang kita.... :)
Makbonda61 berkata…
Ya,iktibar utuk kita.
sepa berkata…
kak,
saya ada staf yg jugak tidak culas, sgt rajin, dan setiap rajinnya pula menjengkelkan,(maksudnya, setiap apa yg nak diselesaikan mencipta masalah kepada org lain),
tapi, ada jugak yg rajin disaat kita memerlukan. (maksudnya, setiap kali kita dlm kebuntuan menyelesaikan masalah dia akan datang dengan buah pikiran yg bernas...)

:)
Nizam.Ariff berkata…
jangan culas... tak elok culas-culas...
fazika puspa berkata…
p/s:
saya dah tukar.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...