Bagaimana harus saya menulis tentang dia tanpa menilai dan menghukum?
Mungkin begini.
Lelaki berkecelaruan identiti (bukan identiti, mungkin seksual.Ya.Lebih tepat barangkali) itu mengirimkan saya satu teks khidmat pesanan ringkas didahului dengan ucapan salam yang ditaip penuh. Seterusnya bertanya khabar tentang saya dan disudahi dengan mengirimkan salam kepada suami saya.
Dia seorang kawan dan pekerja yang baik. Tidak pernah culas ketika berkerja serta ringan tulang. Malangnya, kawan saya ini dipecat kerana kecelaruan identitinya. Menerima hakikat, bahawa kita mempunyai kawan yang ada kecelaruan identiti bukan perkara mudah.
Sukar untuk percaya, tambahan pula si empunya diri tidak mengaku malah mendakwa dirinya difitnah.
Dalam sms yang dikirimkan kepada saya dia mengadu tentang kesusahan dirinya selepas dipecat dan si isteri pula menuntut cerai kerana tidak mahu menjadi alat untuk dia menutup kecelaruan identitinya itu.
Malah dia mengatakan hanya saya yang masih sudi membalas smsnya. Saya tidak menghukum dan menilai dirinya.
Dengan tercatatnya entri ini, saya pasti saya bukan orang yang dimaksudkan oleh sahabat saya ini.
Saya penghukum nombor wahid. Hukuman saya adalah dengan berdiam. Dalam senyap. Mungkin orang lain akan terus jatuhkan hukuman seperti 'bukan umat Nabi S.A.W.' cop 'ahli nereka' dan sebagainya.
Tidak. Saya bukan begitu. Saya melihatnya sebagai iktibar. Saya melihat setiap kejadian dengan mata,kanta pembesar dan teropong ajaib.
Cuma seperkara yang dia betul tentang saya. Itu pun barangkali lima hingga tujuh puluh persen sahaja. Katanya lagi, saya adalah seorang yang sangat pemaaf. Ya. selagi orang itu tidak mengkhianat dan menghina saya dengan apa cara sekali pun.
Selainnya, saya adalah seorang yang sangat mengenang budi. Itu saya jamin walaupun bukan seratus persen.
Tapi harus diingat, saya boleh menjadi manusia yang sangat kejam jika saya rasa terhina dan dimalukan.
Saya cuma manusia biasa-biasa. Ya. Biasa-biasa. Barangkali lebih buruk dari sahabat saya, lelaki yang berkecelaruan identiti itu.
ps: cuba tukarkan perkataan 'saya' kepada 'kita'.
Ulasan
Kadang-kadang, Tuhan sedang berbisik dengan kita supaya mencari hikmah diri & hidup melalui kejadian/keadaan/peristiwa di sekeliling kita...
saya ada staf yg jugak tidak culas, sgt rajin, dan setiap rajinnya pula menjengkelkan,(maksudnya, setiap apa yg nak diselesaikan mencipta masalah kepada org lain),
tapi, ada jugak yg rajin disaat kita memerlukan. (maksudnya, setiap kali kita dlm kebuntuan menyelesaikan masalah dia akan datang dengan buah pikiran yg bernas...)
:)
saya dah tukar.