Langkau ke kandungan utama

Poppy dalam kenangan

Aku hampiri Poppy. 

Bertanya padanya dalam nada yang paling tinggi dan aneh."Bertahun sudah kita bersama. Mengapa mahu pergi?” Poppy tersenyum. 

“Ruang dalam hatiku ini sudah menjadi terlalu sempit untuk kuberi padamu, atau mana-mana lelaki pun.” Ucap Poppy separa berbisik. 

“Maaf, jika kau terluka. Jangan terlalu lara. Maaf, aku terpaksa!.”Poppy menyambung. Renungan kosongnya jatuh ke lantai kusam kamar tidur kami yang sempit.

“Kalau perlu dengan kejam!” Poppy tersenyum lagi. Senyuman yang tidak pernah menyahjauhkan dirinya dari lelaki selurus aku.

"Ada penggantimu dan suatu hari nanti akan ada penggantiku untukmu " Poppy bersuara lagi. jujur. Penuh keyakinan. Tiba-tiba dia menjadi tukang ramal yang sebegitu optimis.
 
Aku tertanya-tanya siapakah yang bakal menjadi penggantiku. Aku telah menemani Poppy dengan setia selama beberapa musim ini.  Tiba-tiba aku rasa tercabar kejantanan. Mahu aku memaki dia sepuas hati.

Aku, lelaki yang telah membersihkan mata Poppy. Saban malam air mata kesedihan sering kunjung tiba. Aku yang memeluk tubuh Poppy tanpa apa-apa kepentingan ketika dia mengigau di waktu dinihari kerana sejarah silamnya yang kelam. Aku yang telah melindunginya dari goda para lelaki dengan tudung-tudung kepahitan. Aku yang selalu menjaganya dari nyeri batin dengan kunci yang menguncikan bibir agar tidak lolos rahsia Poppy.

“Ah, siapa yang kiranya menggantikan aku Poppy?"

Poppy lalu menukas lembut. "Harapan bahagia akan mengisi ruang kosong yang aku tinggalkan. Kau tak ingin selamanya ruangan ini berwarna kelabu, pucat dan gelap. Musim panas nan cerah telah tiba. Aku mahu kau punya ruang yang lebih berseri.”

“Aku tahu kau lelah. Terlalu lelah dan begitu mahal biaya hidup bersamaku.” Mata Poppy berkaca-kaca.

“Tidak perlu ragu, ada yang lain akan mengesat air mataku  Mungkin akan sedikit berbeza tapi telah kulihat bagaimana air mata bahagia tidak hanya membersihkan begitu banyak bola mata di dunia. Ia cuma sedikit mencerahkan binar mata begitu banyak manusia.” 
Entah bila Poppy belajar philosophy.

“Aku irihati” Poppy separa berbisik. 
Kemudian menyambung” Aku ingin memiliki mata yang bisa bersinar secerah itu, yang kilaunya sanggup membuat bintang surut kerana tidak percaya diri”

Ah! Poppy. Sejak bila kau merasa lelah, menjadi pahit, sinis dan menutup terlalu banyak rahsia yang begitu meracun hatimu dari pengetahuanku.

Aku pun tidak ingin hanya menjadi gumpalan awan mendung dan gerimis sore yang membuat orang-orang berlarian menyelamatkan diri meski telah berpayung. Aku juga tahu bosan menjadi nimbus badai dan deras hujan yang menyusahkan begitu banyak orang.

Aku kepingin menjadi matahari pagi yang menghangatkan mimpi-mimpi kalau kau terbangun. Aku ingin menjadi bulan yang meneduhkan mimpi-mimpi yang membara. Aku ingin menerangi dunia sepanjang harimu Poppy.

Poppy tercengang dan tertunduk dan aku memeluknya singkat.

“Terima kasih atas segala pengalaman yang pernah kau beri selama bersamaku. Mengenalmu membuatku sekarang tahu. Tanpamu aku takkan pernah menginginkan bahagia dan hidup yang lebih berwarna. Aku tak ingin meminta maaf bila aku kini lebih memilih hidup yang lebih bahagia. Semua orang berhak untuk itu. Mungkin, kau juga."

Sore itu, ketika daun marple luruh berserakan aku membantu Poppy mengangkat bagasi yang sepatutnya kuangkat bermusim dahulu. Atau tidak sepatutnya kuangkat memasuki rumahku. Melukiskan  perempuan bernama Poppy di atas kanvas hidupku.

Poppy melangkah tanpa berpaling melihatku untuk terakhir kali.

Suatu pagi,aku terbangun dan merasa lega kerana ketiadaan Poppy. Rupanya selama ini, sedetik pun Poppy tidak kucintai. Aku sekadar bersimpati. Poppy sedar tentang itu. Dan dia menunggu hari yang betul untuk pergi.
Untuk apa bersama perempuan yang telah koyak hatinya ?  Untuk apa ? Aku kira Poppy juga mengerti untuk apa bersama lelaki yang hatinya juga koyak.

Namun ada waktu-waktu, aku lelaki yang telah koyak hati ini mencari-cari Poppy ketika hari hujan dan aku mengingini secangkir kopi panas yang sering disajikannya.

Ulasan

Aku berkata…
poppy pergi kerana dia mahu pergi...
itu sahaja sebabnya...
kerana dia rasakan dia perlu pergi..

itu poppy versi aku... yg aku namakan poopy
Aku berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
kingbinjai berkata…
aaaaa apa nak komen ni ek?
tasekM berkata…
aku suka fiksi ni...
akirasuri berkata…
kirim salam dekat 'aku' tu ye.

kalau jumpa 'poppy', kirim salam juga. kalau jumpa. kalau.
sepa berkata…
secangkir kopi panas, dalam dingin hujan...
duduk di teres, melihat butirbutir hujan pecah di lantai...
sungguh asyikkkk...!!!

:)
Water Lily berkata…
Terima kasih untuk semua kawan-kawan, followers dan pembaca senyap blog WL.

Terima kasih untuk yang menyukai entri ini.

Terima kasih yang menekan butang 'like ' FB. Juga yang mengesyorkan pembacaan di Google.


Rasanya ini entri terakhir barangkali.

Ya..barangkali...
tembakaujiwa berkata…
Mungkin aku salah seorang dari ribuan "PembacaSenyap"...

Muncul buat kali pertama...mungkin kali terakhir...

Ya..barangkali.

*Senyum paling manis*
Water Lily berkata…
Tembakaujiwa,

T.kssih. Kau bersuara pertama dan terakhir kali unntuk entri yang terakhi ini.

Mungkin!

Senyum paling manis untuk kamu juga.

:)))

Catatan popular daripada blog ini

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…

Catatan-catatan kepada (...diri juga...)

Pada akhirnya, saya menjadi begitu yakin. Blog saya sudah tidak lagi dikunjungi. Berdasarkan rating, trafik dan komentar.  
Dan datang jua pada hari dan ketika-ketikanya saya seperti tidak kisah lagi pada perhatian manusia.
Kadang terasa mahu marah, mengomel hatta mencarut sekali pun, kita ada medium baru iaitu Facebook.
Sungguh saya memang pemarah. Tetapi yakin saya tidak pernah mencarut. Marah dalam diam. Pendam. Hilang. Kadang marah skala kecil di Facebook. Kemudian saya padam.  Adakah dosa mengaibkan orang boleh dipadam? Adakah dosa mengecilkan hati orang boleh terpadam ? Dan mereka yang menyakiti saya, enggan hormati saya itu adalah urusan mereka dengan Tuhan.
Apalah daya saya. Meyakinkan manusia-manusia lain, agar telus mengikut peraturan adalah sama sekali tidak wajar.  Kita dibesarkan dan ditarbiahkan dengan corak pemikiran yang berbeza. Lahir kita pula dari genarasi berbeza.
Masing-masing ada ego. 
Jika saya merasa membuang sampah merata tempat itu berdosa amat, barangkali a…