Langkau ke kandungan utama

Seorang Dewi dalam fiksi kelam




“Malam adalah efek perpisahan yang mengesankan.” kata Dewi sambil menjentik abu pada puntung nikotin yang disedut. Perlahan. Hembusan toksik berasap tempias mengenai wajahku. Kemudian dia diam. Bungkam. Aku, temannya harus selalu menjadi pendengar yang baik lagi setia.

Di luar, cahaya perang keemasan berkilatan pada kaca jendela gedung-gedung bertingkat Kuala Lumpur. Bagai diselebungi bebayang seekor orge. Seolah digerakkan tangan-tangan dewa, awan gemawan pun menyisih pergi.


Cahaya kuning matahari melesat-lesat. Membias pada gerak jalanan yang mendadak berubah bagai tarian. Membias pada papan-papan reclaimed. Membias pada percik gerimis dari pancutan air buatan. Membias di antara keunguan mega-mega. Maka langit bagaikan dilukis waktu. Bagai digerak ruang, yang segera hilang. Cahaya kuning senja yang makin lama makin jingga menyiram aspal, menyiram segenap perasaan yang merasa diri celaka.

“Dewi, mengapa kau enggan berhenti dari upacara kehidupan yang macam dajal ini?” Sayang. Suara aku hanya bergema dalam diri. Kecuali aku dan Tuhan, Dewi tidak mendengar. Dan, aku yakin aku pernah bertanya itu dan ditempelak keras. Seminggu Dewi tidak bersapa denganku.

Cahaya melesat-lesat, membias, dan membelai rambut celupan perang Dewi yang melambai terpuput bayu. Dari balik rambut itu, mengertap cahaya anting-anting panjang yang tidak terlalu gemerlapan dan tak terlalu menyilaukan sehingga bisa ditatap bagai menatap semacam keindahan yang segera hilang. seumpama sebuah kebahagian. Di dunia, tidak ada yang pernah hakiki. Sama seperti kebahagiaan palsu yang Dewi kecapi.


Langit senja bermain di cermin kereta dan kaca-kaca toko. Lampu-lampu jalanan menyala. Angin berpuput dan sedikit mengeras. Senja bermain di atas kampung-kampung. Di atas genting-genting. Di atas daun-daun. Mengendap ke aspal yang sibuk. Mengendap ke mana-mana posisi yang diingini.

Ada sisa warna keemasan di langit, bertarung dalam kekelaman yang datang. Dewi, yang cantik tetapi mati hatinya melhat cermin solek kecilnya.


“Sia-sia kawan, kau cuba bercermin di kaca sekecil ini” Aku bersuara perlahan. Dewi cebikan bibir mungilnya.

Muzik hip hop yang mengentak dari cafe mewah dengan bunyi yang paling dajal. Pembantu-pembantu warga tanah sebarang menggendong bayi di balik pagar.  Di kawasan kediaman elit seberang jalan. Langit makin jingga, makin ungu. Cahaya keemasan berubah jadi keremangan. Keremangan berubah jadi kegelapan. Bola bintang besar bergelar matahari tenggelam di cakerawala. Jauh di luar kota. Dan kota tinggal kekelaman yang riang dalam kegenitan cahaya listrik. Dan begitulah hari–hari berlalu.

Lampu-lampu kendaraan yang lalu-lalang membentuk untaian cahaya putih yang panjang dan cahaya merah yang juga panjang. Wajah si penjual media arus perdana dan majalah di lampu merah pun menggelap. Begitu juga wajah penjual kertas judi yang di”halal”kan. Mereka menawarkan tiket-tiket kekayaan pintas ke tiap jendela kendeaan yang berhenti. Takkala bintang-bintang mula mengintip di langit yang bersih.

Dewi masih lagi menyapukan lipstik ke bibirnya. Mengoles pewarna di tulang pipi dan pelipis mata yang makin kedut. Dia, temanku yang mencari kekayaan pintas dengan menawarkan tubuh sebagai pelaburan.

Malam telah turun di Kuala Lumpur. Di meja sebuah warung yang disewakan kepada pendatang aku nukilkan sesuatu untuk Dewi. Aku menulis sajak tentang cinta.


Harimu makin suram dipanjat usia

kau masih berselingkuh dosa

kau pun tahu Dewi

angin menyapu musim, gerimis memintas

pada senja yang melintas,

kita pun takkan tahu

esok masihkah kita ketemu malam

kau masih mimpikan cinta,

siapa tahu dalam jejak senyap semalam

bersama kita menatap hujan

esok kita takkan bertemu lagi,


ps: sekadar mencuba yang berbeza.  Asyik klik 'simpan'  dan 'pratoton'  puluhan kali. Sehinggalah terbaca entri terbaru Kubu Buku oleh Fazd.



Ulasan

sepa berkata…
kak,

menarik. ada sambungannya, tak.?!
so'od berkata…
bestnya. kami demand sambungan. tiada kompromi.
Lily Abdullah berkata…
Tak de sambungan boleh? ha ha

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...