Langkau ke kandungan utama

Random

WWW

Mereka membida kegadisanku sehingga terlupa masih ada sekoloni semut sedang terbiar kelaparan. Labah-labah pula bertungkus lumus membaiki teratak yang pecah roboh dikerjakan ribut kehidupan.

Hoore-hoore

Mereka mengingati ulangtahun pemergiaanku dengan cara yang langsung tidak mendatangkan kebaikan di dunia yang aku duduki sekarang.

Pilihanraya

Adakah memilih untuk tidak memilih juga satu pilihan? Jika ya, aku mahu memangkah kotak yang berkenaan.

ps : Rindu.

Ulasan

akirasuri berkata…
"www.hoore-hoore.pilihanraya.com"

boleh buat tajuk untuk sebuah karya. :)
Faaein Talip Roy berkata…
rindu untuk memangkah ke? hehe
Nizam.Ariff berkata…
aikk..??!!

nak jadi macam aku gak ke? keh keh keh
tasekM berkata…
aku suka n3 ko ni selepas ko dah lama tak hapdet kak...
sepa berkata…
kak Lily membida nombor WWW tak?
puding roti berkata…
tak pnh mengundi. tahun ni mak paksa mengundi sampai kena paksa tukar kad pengenalan sebab nk buat alamat kampung. bercupak2 kena bebel dgn mak sbb tak mahu mengundi T_T

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.