Duit ini saya mahu guna untuk beli makanan kucing saya. Click Please!

12.9.12

Nota kecil untuk cinta

i/ 
 Walau engkau telah mekar
kami berdua hilang kesaktian
untuk memiliki harummu


ii/
Khabarkan jua pada hujan
Janji telah kami larutkan
dalam renyai rintiknya semalam

Ceritakan jua pada angin
Janji terbang seperti terbangnya
debu dandelion

iii/
Yang tersisa barangkali
Ikrar yang kami kotakan
disaksikan Tuhan. 

Banting
3.18 am

Via Google.com


(Kawan,janji denganku kamu akan menari walau hatta dalam hujan sekali pun)
 
 



2 ulasan:

sepa berkata...

menarik sajak. :)

Nizam.Ariff berkata...

Kak,
jiwa parahku tetap menari walau dalam kemarau yang pecah-pecah keruping tanahnya....