Langkau ke kandungan utama

Hujan menjadikan kita kadang sepi dalam riuh rintiknya

Hujan gugur
langit bertranfomasi
alangkah indah jika
ada engkau
di sini 

Mutakir ini
telah aku tutup segala
pintu mimpi
yang menghubungi 
serpihan  rindu


Gundah resah
menjentik rasa
pasti barah dosa
membunuh kita nanti

Walau kita tahu
hujan menjadikan kita 
kadang sepi 
dalam riuh rintiknya

sumber foto : pakcik gugel
ps: Dicatat kala langit mendung (hujan belum turun) dan kebosanan asyik tulis laporan.



Ulasan

sepa berkata…
riuh rintik hujan di kebun sawit bunyi bertih jagung... :)
Lily Abdullah berkata…
Ya, obses dengan hujan. Apa kata kak kompilasi semua sajak dan cerita tentang hujan he he..
puding roti berkata…
kakak, buat la kompilasi ttg sajak n cerita hujan. dgn gbr2 sm. tp bila hujan mmg dtg rs yg tak tau nk bgtau mcm mn. mungkin sy jiwang sgt kot..haha!

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...