Langkau ke kandungan utama

Cerita saya dan kamar pelik itu.

Petang tadi, hujan turun dengan lebat. Siap angin ribut kilat sambung menyabung lagi. Makanya, saya menjadi suka hati melihat hujan turun.

Saya berlenggang-lenggang pulang ke rumah jam 6 petang. Dalam hujan yang sudah reda lebatnya.

Tiba di rumah, seperti selalu. Saya capai romote Astro hendak menonton CSI.

"Pagi ,petang, siang malam,hujung minggu, malam minggu, asyik CSI,CSI" Bebel Encik Suami buat-buat muka menyampah. Kemudian dia tumpang tengok sekaki.

Tapi. petang ini tiba-tiba bekalan elektrik ke semua soket tiada. Saya tidak dapat memasak air. Hatta merebus mee segera sekali pun, Gas memasak pula, waktu-waktu sesak beginilah, tongnya mintak isi semula. Tidak dapat menonton TV. Beteri laptop pula sudah tinggal separuh.

Maka, bertemanlah saya malam ini bersama kecerahan lampu dan bunyi kipas berpusing.

Dan derap-derap tapak kaki entah siapa di luar bilik hujung sekali.

Saudara-mara yang datang haram tidak mahu tidur di bilik itu. Tiada siapa bercerita apa-apa kenapa mereka enggan tidur di bilik yang luas itu kecuali emak mertua saya.

"Mak nampak tuan puteri, jelita orangnya berselendang putih dengan persalinan serba putih. Macam pengantin" Cerita emak bersahaja.

Dan saya sekadar mendengar derap-derap tapak kaki terutama menjelang waktu senja.


Tas, kau datang rumah aku, tidur bilik itu ye. Tak payah lah susah-susah kau bercakap dengan patung singa segala bagai.

Ulasan

Aku berkata…
Wow... i like!

Cuba berkomunikasi dengan makhluk itu, mana tau boleh buat novel...
Water Lily berkata…
Zam,
akak pernah juga cuba jadikan bilik tu,bilik solat,

Last2, aku yang tak khusyuk solat.

haha..

Apa pesen manusia hari ni(aku laa..) takutkan syaitan dari takutkan Tuhan.
ckLah berkata…
Nak tengok bilik tu, boleh?
Water Lily berkata…
kak, bilik tu sekarang sudah jadi perpustakaan merangkap setor sidai baju. Nanti saya kemas2 baru boleh snap gambonya.

Dalam hati" tunggu mak mer datang, baru ai kemas" haha!

:D
tasekM berkata…
kak..
kalau ada kelapangan aku nk ziarah ko.
tak tidur pun tak apa.
nk sembang je.
nk cerita2..


.
Water Lily berkata…
Tas,

Betul ada cerita yang masih boleh kita sembang, tapi bukan dalm alam maya. :)

Catatan popular daripada blog ini

Sekaki Payung Kertas

Foto pinjam

Kala langit muram dan meruntuhkan molekul-molekul H2O; di waktu dingin basah begini, ingatan pun menguakkan pintu ke zaman lalu.

Sekaki payung kertas dalam kenangan. Abah(allahyarham) sering-sering menggunakannya ketika berbasikal di waktu hujan.
Orang kampung juga menggunakannya ketika kehujanan. Atau mengiringi jenazah ke teratak sementara menunggu hari perhitungan.

Biarpun puluhan tahun berlalu, aromanya masih terbau-bau. Waktu itu ia cuma berwarna asli. Coklat kehitaman.

Wangi!!

Saya sering-sering menghidunya. Ketagihan. Umpama penghidu gam. Rasa mau dipatah-patahkan bilah-bilah rantingnya dan diratah-ratah.

Memang gila!

Kini.

Payung kertas berganti nylon. Walau bercorak cantik warna-warna, hilang seri tanpa aroma.
Katanya nylon tahan lebih lama!

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…