Duit ini saya mahu guna untuk beli makanan kucing saya. Click Please!

7.5.09

Hormatilah sesama kita


Kotak/peti jerit (shout box) itu saya letakkan untuk kemudahan untuk mereka yang tidak berapa rajin meninggalkan komentar di entri-entri saya. Saya memahami, jika ada blogger-blogger baru yang mahu dan ingin memperkenalkan laman-laman mereka, boleh juga menjerit di kotak itu. Jika ada yang mau berbisnes, silakan beritahu laman mereka di situ. Mudah-mudahan sedikit sebanyak ruang saya, yang tidaklah sepopular mana ini dapat membantu perniagaan sedang yang mereka usahakan.

Seperkara lagi, saudara Zulkifli Mohamed; mencadangkan saya meletakkan kotak jerit di laman terang saya. Kadang kala, tidak dinafikan saya agak cemerkap dalam ejaan. Biar pun berkali diulang semak. Mempunyai sahabat blogger, sepertinya membuatkan saya merasa bertuah. Dia selalu datang, menegur kesilapan ejaan saya. Kadang berulang kali dalam seminggu.

Namun, ada juga segelintir hamba Allah yang tidak tahu (mungkin sengaja atau alpa atau sekadar suka-suka) meletakkan mesej yang bukan-bukan di peti jerit saya.

Cubalah lihat apa yang tertera di peti jerit saya sekarang. Biar pun ini ruang maya, di mana kamu-kamu yang berkenaan boleh menjerit semahu hati (mungkin memaki atau menulis kata-kata teetttttttt.), silalah sedaya upaya berfikir dahulu, sebelum kamu menulisnya. Hormatilah laman saya yang tidak sepertinya ini.

Belajarlah menghormati, biarpun kita tidak saling mengenal rupa!

Mulai esok atau lusa, mungkin kotak jerit itu tidak akan berada di kedua-dua laman saya lagi.
~FIN~

25 ulasan:

Amalina berkata...

haish... apa la mereka2 itu. tak boleh delete je yg itu yek, dulu seblm amal tukar background, shoutbox yg amal guna tu boleh delete shout2 yg tidak dikehendaki, tapi dah tak tahu sumber shoutbox lama tu. masalah jgk pasal ada yg ltk link tah hape2.

tehais berkata...

sabar2

xiiinam berkata...

Salam Mar...

Komen-komen tidak berjiwa begini, kekadang turut membuatkan libido ckLah seperti hilang lantera untuk terus membikin n3....


pssst:
Esok ulang tahun xiiinam-La Tahzan...
(Dan lahirnya xiiinam adalah kerana waterlily...)

sudah setahun ckLah mengenal Mar di alam maya
(hanya sesekali berbicara di hujung talian)
ckLah amat memahami genre penulisan waterlily...
Satu ruang ber'roh'
berjiwa
dan berminda

waterlily..
bukan laman main-main
bukan juga laman picisan...

waterlily
sebuah alergori

mugiwara berkata...

sesetengah orang memang sudah hilang rasa hormat. tak kira pada orang lain atau diri sendiri.
masyarakat alaf baru katanya~
haih~

aloy_paradoks berkata...

kite perlu hormati kehendak pemilik blog.. kerana blog ini adalah cara dan rasanya.

Nizam.Ariff berkata...

Macam budak baru dapat pena, abih dinding diconteng-contengnya...

wahyudi my berkata...

Setuju dengan komen nizam ariff. Hahaha.

Cikgooden (Selumbar Emas). berkata...

kalu mengarut ..buang ja kak kotak tu...

azie berkata...

ya, i am trying to find way to delete some shits in my shoutbox,ehehe

kalau dah jumpa, let me know ya:-)

fusarium solani berkata...

Salam,
Sabar iya. Itu penconteng dinding tidak sedar kok diri sendiri sedang duduk dilaman orang. Mujur aja alam maya. Kalau alam nyata, mari Aliff tolong kejarkan mereka dengan penyapu. Sibuk aja!

kakpah berkata...

kpah selalu ke sini tapi jarang tinggal komen.

Abaikan je la apa-apa komen yang mengarut.

rahimin idris berkata...

aku dah buang dah shout box. menyamapah. entah siapa2 masuk bercakap bukan2 macam celaka. bodoh nak mampus. nak privacy tak daya nak invite satu2. pedulikan orang macam tu. pergi mampus.

tasikmerah berkata...

tu pesen dh tak ada kerja lain. bongok!


.

D'Rimba berkata...

Dirimu cukup memahami.........

SHIMI berkata...

Hidup memang sangat memerlukan itu,
saling memahami, saling mengerti, saling membantu dan berbagai saling yang baik2

anggaplah itu cabaran di dalam dunia tak bersempadan ni kak

go kak lily go

ubilepih berkata...

banyak org la ni ada otak tak berakal...tak pandai nak sesuai dengan ruang...ha..ha..org tua macam saya mengelarkan spss ini Otak Udang..ha..ha.

aie akaike berkata...

akak tetap kool. heh.

S.YanaZ berkata...

Manusia nih mcm2 pesennn...
Haih.

ZULKIFLI MOHAMED berkata...

Salam petang Water Lily,

aku baru sahaja membaca catatan ini,

aku beranggapan nama yang ada di dalam catatan ini ialah diri aku,

jika tanggapan aku betul, mohon betulkan nama ayahanda aku iaitu menjadi yang betul - "Mohamed".

terima kasih, maafkan aku jika selalu menegur "itu dan ini"....

Water Lily berkata...

Zul,
Sudah saya buang kotak itu. Yang di laman sebelah,masih ada. Laman itu tidak ramai pengunjung. T/kasih kembali. :)

Yanaz,
Rambut pun dah lain2 warna,hati lagilah. haih.!

Aie,
Akak rasa nak marah berapi-api pun tidak berguna juga.

Encik Ubi,
Hahaha! Otak udang lagi baik,boleh jadi belacan.

Shimi,
Seharusnya saling memahami. :)

D'Rimba,
Saya cuma berbuat apa yang sepatutnya.

Tasik,
Aku syak pesen nak kena sabit nih hahaha!

Min,
Aku cuba bersabar;kalau tidak pasti keluar perkataan yang sewaktu dengan ko haha!

Kak Pah,
Peti jerit sudah dibuang hahaha! Aman sikit.

Mus/Aliff,
Huish garang,tak padan dengan kecik. Moh,kita sabit aje hahaha!

ps:Bila le agaknya kita nak jumpa lagi ni? Lama tak lawat blogmu.

Azie,
Memang boleh delete,sign in ke akaun shout box dengan email addresss kita,pastu delete. Malangnya, akak lupa password huhuhu...

Cikgu,
Aku dah buang dah hahaha!

Nizam & Wahyu,
Nak menakal pun,biar jangan di laman yang tak sepatutnya.

Aloy,
Alahai,aman dunia kalau ramai yang tahu menghormati.

Mugi,
Dunia tanpa sempadan,sampai boleh aibkan orang sesuka hati.

Kak Lah,
Laman saya ni,kadang kala merapu meraban juga hehe...gurau2 sama rakan siber. Kat luar saya ni jenis pendiam dan pemalu. Tak caya, tanya TM hahaha!

Tehais,
Nampak teh ais,kool sikit hehe..

Amal,
Tu lah pasal. Akak lupa password dia.

T/kasih. Mungkin tulisan saya ni subjek yang kecil. Tapi,bermula dari yang kecil,jika tidak ditegur menjadi lagi besar. Mungkin, esok2 si penconteng tu jadi spammer pulak.

rudy bluehikari berkata...

dan kerna itu juga, aku haramkan shoutbox memenuhi blogku. tangan2 haram yang bagai tidak pernah diajar sivik di rumah harus ditangani juga seharusnya dengan tangan. sabar ya waterlily.

Pa'chik berkata...

tak ske gune kotakjerit...

tak ngomen kat situ...

Ungku Nor berkata...

akak terlewat.
memang dah tak bersua lagi dengan kotak jeritanmu itu..hehehe

iYda Juhar berkata...

nati taruk la balik yer sis

Water Lily berkata...

Iyda,
Tengoklah dulu haha!

Kak Ungku,
Selamat hari ibu. Tu lah,lama akak tak datang sini :)

Cik,
Ye, aku tau ko rajin sign in. haha!

Encik Rudy,
Elok je benda tu. Tapi selalu disalahguna. Itu yang mendatangkan masalah.

TQ.