Langkau ke kandungan utama

Susan Boyle, ♪ ♫ ♪ ♫



Dia membuktikan, perpatah “don’t judge the book by its cover” bertepatan sekali. Pada pandangan saya, dia tidak mempunyai faktor x; cuma wanita biasa-biasa dan telah berusia. Kini, dia adalah fenomena rancangan hiburan realiti seluruh dunia.

Inilah transformasi tulen. Bukan seperti yang dicanang-canang di Malaysia. Bukan hanya orang cantik sempurna yang dicanang taja dan dipuja-puja. (Bukan maksud saya mencemburui orang cantik). Bersyukurlah, jika kita dilahirkan cantik sempurna fizikal.

Saya berharap, benar-benar berlaku transfomasi dalam industri hiburan tanahair. (dunia politik juga eheem!)

Dan Susan Boyle, membuktikan paras rupa bukan segalanya untuk berjaya.

------------------------
Satu cerita lain yang berkaitan.

Di dalam dunia pekerjaan misalnya, para majikan meletakkan pra-syarat berpewatakan menarik (sebagai contoh) bagi calon untuk sesuatu jawatan; bagi saya ini adalah diskriminasi yang cukup melampau. Namun, begitulah realiti dunia hari ini. Perlu diterima dengan berlapang dada, berfikiran positif dan terbuka.

Ps:
Ramai penulis blog, telah menulis mengenai wanita berusia 47 tahun ini. Saya menulis kerana dia benar-benar memberikan saya inspirasi, ketika saya sedang merangkak mencari hala tuju saya seterusnya.

Untuk menonton aksi Susan Boyle, sila kilk link
ini. Saya, sampai kini tidak pandai-pandai memuat turun youtube video.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
oh sebelum susan boyle ini, ada seorang lagi daripada britains got talent yang memukau saya. Cuba google paul pott. sangat sayu dan memukau.
tehais berkata…
Menarik.

Orang alim tak semestinya pakai serban,orang pandai tak semestinya pakai spek.
Er..ada ke kena mengena?hehe

Papepun.Pandai akak bg motivasi macam nie ;)
nil berkata…
untuk muat turun video youtube:.
1) masuk ke youtube
2) pilih video kesukaan anda
3) pergi ke EMBED (disebelah kanan), copy code disitu.
4) login ke blog anda
5) masuk ke NEW POST
6) klik edit html
7) paste code tadi
8) klik publish post
9) view

harap ini membantu
TQ.
SHIMI berkata…
dont judge book by its cover

berbaik sangka itu lebih mulia kan
Aloy Paradoks berkata…
gua rase nak nangis dengar die nyanyi masa tu..
Pa'chik berkata…
pasai apa hang merangkak kalili wei???? kikiki... :P
Cikgooden berkata…
suara datang dari perut, ke tekak keluar ikut mulut. Bukan ikut muka yang lawa atau bodi yang bergetah..

sekian. maklumat ini mungkin membantu..

ha ha ha..haih.
tasekM berkata…
kak, jom kita siku perut pakcik tu sikit. dah la tag tak mo jawab! ha ha.

kak, pc dgn kelajuan siput aku nih... nk tgk bidio 2 mint mau berjanggut menunggu loading... haih...

.
a.b geldofg berkata…
kalau mcm tu aku nak masuk juga lah
ckLah @xiiinam berkata…
Errrr....siapa tu Mar?
ckLah kok enggak kenal sihhh....he...he..he...




Lamanyaaaa ckLah tak nengok TB....
TV je negok cklah kat bilik tu...
p_kadok berkata…
sumpah kak saya x kenal dia...sungguh. sangat ketinggalan saya ni. haih
Nizam.Ariff berkata…
Suara dahsyat...
Tanpa Nama berkata…
tenet me sengal, xleh nk men 'awaktiub' ghitewww.. sodeyyy kannns
Lily Abdullah berkata…
Me,
"awaktiub..woo cikgu ppsmi ni haha!

Nizam,
Dahsyat..ye-ye.

Kadok,
Ala kamu busy dengan Arissa dan kekasih kan?

Pakcik dan Pakcik lagi,
1. Ko kalau tak komedikan entri aku memang tak senang kan
2. T/kasih aku download. :)

Kak Lah,
Kat tv saya tak tau ada ke tak..hari tu saya baca paper dan saya gugel nama dia.

ab,
Aku rasa kau hensem lalala :D

Tasik,
Kalau tak tgk rugi. Pakcik memang gitu. Ko tak siku perut dia hahaha!

Cikgu Udin,
Maklumat hang memang membantu. Hampes la hang. haha!

Aloy,
Gue sudah nangis weh haha!

Shimi,
Malangnya kita jugde apa yang di luar semata. :)

Minda,
T/kasih atas perkongsian maklumat.

PS: Mana link kamu?

Ais,
Kadangkala begitulah kita..

Alina,
Paul tu sangat chomel ok haha!

TQ.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...