Langkau ke kandungan utama

Beku

Dia berharap. Moga ada kalimah-kalimah indah muncul di dalam setiap mimpi-mimpinya. Malangnya dek kerana kelelahan berkerja dicampur dengan kesakitan-kesakitan fizikal dia tidak pernah bermimpi lagi. Atau dia mungkin terlupa akan mimpi-mimpi itu.

Lalu dia mendongak ke langit. Kecerahan langit buat dia kembali tersenyum.

Ah! Kalau pun hujan tentu ada musimnya.

Ulasan

Cikgooden berkata…
dah siap ka projek menulis-menulis?...moga sehat sehat selalu hendaknya..
Nizam.Ariff berkata…
Langit sentiasa cerah kak, tapi disebalik awan tebal tu... ada bulan bintang lagi.

Kalau mata kita cukup tajam lihat melewati awan tebal itu, langit kita pasti sentiasa cerah kak. Dan bulan dan bintang pasti sentiasa menemani kita, walau awan setebal Everest. Percayalah...
SembilanPuluh berkata…
Salam. Kalimah-kalimah terindah terkadang muncul tanpa disangka bila waktunya.
Tanpa Nama berkata…
ye...sekarang adalah musim hujan...

-harris mamat-
Lily Abdullah berkata…
Cikgu,
Tak siap2 cikgu woi..dah buntu sgt ni.
Maaf x sms lagi. sibuk.kdg Sabtu pun buat OT. Ahad pergi kelas.

Nizan,
Ya betul tu. Janji tak putus harap.Maaf lama x melawat blog kawan2.

She90,
Kdg kalimah dtg, kita tiada waktu @ apa2 utk dicatatkan. Hilang ditelan angin

Hariss Mamat,
Salam perkenalan. Nanti saya jengok ituduniakamu

`WL`
Tanpa Nama berkata…
menjadi sekadar seorang insan biasa..saya memang mempunyai banyak mimpi..

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...