Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...
Ulasan
Kalau mata kita cukup tajam lihat melewati awan tebal itu, langit kita pasti sentiasa cerah kak. Dan bulan dan bintang pasti sentiasa menemani kita, walau awan setebal Everest. Percayalah...
-harris mamat-
Tak siap2 cikgu woi..dah buntu sgt ni.
Maaf x sms lagi. sibuk.kdg Sabtu pun buat OT. Ahad pergi kelas.
Nizan,
Ya betul tu. Janji tak putus harap.Maaf lama x melawat blog kawan2.
She90,
Kdg kalimah dtg, kita tiada waktu @ apa2 utk dicatatkan. Hilang ditelan angin
Hariss Mamat,
Salam perkenalan. Nanti saya jengok ituduniakamu
`WL`