Langkau ke kandungan utama

Perihal Jatuh

Salah satu masalah kesihatan akibat ketidakupayaan saya adalah gagal mengimbangkan badan seperti orang lain,. Dengan lain bicara, saya mudah terjatuh.

Sejak keadaan kesihatan saya berada di tahap yang kurang memuaskan akibat pertambahan usia masalah mengimbangi badan semakin ketara.

Seingat saya, sewaktu kecil saya juga kerap terjatuh. Sampai kini pun, saya memang tidak boleh berdiri atau berkerja mengikut kemahuanh hati.

Semalam, saya jatuh lagi. Dahi lebam. Darah mengalir laju, sampai membasahi baju T yang dipakai. Mulanya saya ingatkan jatuh yang biasa-biasa sahaja. Paling tidak terseliuh kaki dan menyebabkan saya tidak boleh berjalan beberapa hari.

Saya panik. Apabila mendapati darah mengalir tanpa henti. Jiran-jiran baru saya datang dan membantu membawa saya ke hospital. Terus disorong ke wad kecemasan. Siap dipasang drip dan tekanan darah diambil.

"Ah! Kepala aku. Habislah..," Fikir saya. Kepala adalah segala-galanya. Kita bisa hidup tanpa kaki. Tapi yang hidup tanpa kepala itu makhluk lain.

Alhamdulillah. Setakat entri ini ditulis kepala saya masih berfungsi dengan baik. Walau sedikit kesakitan dan pening-pening malah kadang darah masih mengalir.

Ya, luka di kepala nampak berdarah...

Ulasan

ckLah @xiiinam berkata…
Bertabah dik Mar...


Itu saja yang mampu ckLah catatkan. harap kau tak jemu membaca ungkapan itu ya. Semoga Allah pelihara kamu.
Tanpa Nama berkata…
itu mungkin ujian buat kau.

aku mungkin geli entri darah2 ni,tapi semoga sembuh!
girl FRIEND berkata…
perihal jatuh sinonim dengan adik juga kak. tapi stakat ni tiada lagi pendarahan. mungkin tidak mustahil suatu hari nanti. siapa tahu kan?

sekarang akak masih di hospital ke?
banyak kan berehat, semoga cepat sembuh.
pelangi berkata…
kak...moga cepat sembuh ya..
moga tabah melaluinya...
Tinta Mustika berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Adliff berkata…
Bertabahlah kekandaku. InsyaAllah, bagi insan yang bersabar, tinggi pahala...
tasekM berkata…
kakakkkkkk..... ishhhh...




.
Tanpa Nama berkata…
x teruk ke sakit tu??

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...