Langkau ke kandungan utama

Cerita yang pelbagai

Lantaran kesibukan berkerja, belajar dan rutin harian seorang isteri saya semakin jarang menulis dan mengemaskinikan blog. Tugas sebagai 'makcik penyelia asrama ' bukanlah semudah yang saya duga.

Kalian tahu, menulis blog atau cerpen adalah lebih mudah daripada menaip surat-surat rasmi dan memasukkan data-data inventori. Lebih mudah berkerja sendirian daripada berinteraksi dengan sekumpulan manusia yang menerima saya sebagai insan 'normal'. Sejujurnya, saya lebih suka diri saya diterima 'seadanya' bukan insan istimewa atau sebarang label pun. Akhirnya, saya terpaksa mengakui kebenaran. Saya memahami kenapa Morita san mengatakan saya tidak sesuai bekerja di pejabat.

* * *

"Boleh menulis? Boleh membaca ?" Ayat klise yang selalu dajukan kepada saya dan Encik Suami. Saya maklumi, bukan maksud mereka untuk menghina. Saya fahami, kebanyakan individu seperti kami yang mereka temui merupakan 'slow learner'. Tapi jauh di sudut hati, saya merasa sebal amat dengan pertanyaan-pertanyaan sebegitu.

* * *
Kata Khadijah, usah merungut. Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk saya. Dan, saya yakin Tuhan tidak akan membebankan saya dengan sesuatu yang di luar kemampuan saya.

* * *
Sebuah puisi pendek pantas

Secawan Mocha

Mahal harganya
Kita kongsi bersama
mahal nilai cinta
tiada yang setara
kita raikan apa yang tertunda


~ Pasar Seni ~
19/12/10

* * *
Hari ini, pergi dan pulang saya ke dewan peperiksaan ditemani rintik hujan sepanjang perjalanan. Bicara Bayan dalam gurauan kami siang tadi, suhu sejuk beku di dewan peperiksaan, sengaja diada-adakan supaya kita gagal mengingati apa yang dibaca. Apabila kandas, pihak berkenaan mendapat untung. Sekarang saya sudah punya modal. Jika saya kandas, saya akan salahkan suhu dan pihak berkenaan itu. (*senyum*)

* * *
Hari ini saya berkenalan dengan seorang lagi insan yang tabah. Dia membeli oksigen untuk kesinambungan hidupnya. Dia membuatkan saya berfikir; apalah sangat penderitaan saya yang terpaksa menelan berbiji-biji ubat setiap hari jika dibandingkan dengan dirinya.

Cik Ani, gembira berkenalan dengan awak!

ps: Barangkali ini entri terakhir untuk tahun 2010.







Ulasan

Cikgooden berkata…
ooo..hang kak....tak habis lagi ka?..aku habis dah blaja..


(wei...sms la ke aku..no hang and abg razak..)
puding roti berkata…
dan kakak jg ada teman hidup yg bes. yeay!
Adliff berkata…
Kak Lily,

All the best. Rindu mau jumpa!
Salam,

Apapun.....saya masih suka membaca coretan WL di blog ini.

Semoga Allah swt permudahkan segala urusan mu. Amin.
Nizam.Ariff berkata…
kak, dah abis peksa boleh la hapdet blog selalu, kan?

Hahaha.. happy selalu kak. Tak guna fikirkan tentang hidup sangat-sangat. One step at a time....

Meh lawat 'MerungMahawangsa' aku... aku dah dedikasikan laman itu untuk aku berteriak seganas-ganasnya...
Nizam.Ariff berkata…
Oh ya...
AKU = nizam.ariff

Aku buat masa ini mahu dikenali sebagai 'aku'...
Hartini Omar berkata…
Tuan WL,
Sesekali sy menyinggah di laman tuan, kerana rindukan bahasa2 indah yang dah lama hilang di laman sendiri (^^)

terima kasih kerana mewujudkan kesenangan percuma utk sy.. teruskan menulis
Brader Black berkata…
Puisi Secawan Mocha tu aku suka.
Jom, aku belanja kau mocha barang secawan dua sambil pekena gudang garam.
Lily Abdullah berkata…
Adik kachak,

Cakap mana kopitiam ko mau ajak aku dating muhehehe..

Sdri Hartini,
Saya juga begitu. Kadang seperti ada yang tidak kena apabila menulis kata2 indah.

Nizam dan Aishah
Terima kasih kerana masih membaca. Saya ada kadang ada masalah sambungan internet yang kronik

Mus,
Maskara abg Naga & Soljah bila ye. Kata Bayan 7.1. 2011 Boleh kita jumpa di sana? :)

Adik Puding,
Entahlah, terpulang. Ada yang tidak bernasib baik,tak best jugak. Mau Nyaman Puding Roti,ada kat kedai tak? Kia nak order dgn awak ke sama Sufian Abas.

Cgu,
Wei, nanti aku sms. Mcm mana nak abih ckgu wei. Kak hang dok asyik tagguh. Kadang exam, kadang satu sem akak tagguh sb tak boleh nak 'jalan'- sgt sibuk sesuaikan diri dengan kerja baru.

TQ kawan2 yang baca diam2.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...