Langkau ke kandungan utama

Rindu

Sunyi, kala senja cuma terdengar lengkingan anjing liar yang menyeramkan.

Hendak mengepos satu entri tanpa foto pun sangat sukar. Autosaved tidak menjadi. Apatah lagi untuk maemasuki kelas-kelas online. Atau menulis sepatah dua di halaman kawan-kawan maya. Jadi bila tidak dapat menulis saya akan menjadi pembaca pasif.

Malam ini, dengan lafaz Bissmillah, saya mahu ke kelas sastera.


Terima kasih!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Di mana rindunya?
tasekM berkata…
bosan la bila hang pasif kak...



.
Lily Abdullah berkata…
Mush,
Buat ayat,ttg perasaan rindu tanpa menggunakan perkataan 'rindu' :D

Tas,
aku pun bosan. gini gaya, lama2 blog ni aku tutuplah
Cikgooden berkata…
mana water lily sekarang?..
kad0k. berkata…
akak kat mana..sehat?
Lily Abdullah berkata…
T.kasih la, sebenarnya kak Lily sudah setengah purnama sakit. Pergi kerja bertemankan berpapan-papan paracetamol :)
kad0k. berkata…
harap ok je kak semuanya..kamu jaga diri..sama kekasih kamu ok..:)

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.