Langkau ke kandungan utama

Cerita-cerita ringkas buat yang ingin tahu tentang saya

Satu

Saya tiada kemudahan mengekses internet di rumah. Hari ini saya sedikit lapang dan saya pun mencuri ekses di tempat kerja. Sungguh tidak beramanah kan?


Dua

Saya sudah berpindah. Semakin jauh dari ibukota. Terasa macam kembali ke kampung halaman. Cuma bezanya tiada sawah padi. Pemandangan di waktu senjakala dan malam memang indah. Tetapi menyeramkan bulu roma. Bayangkan suatu malam, sesudah solat Maghrib saya terperasan sehelai selendang panjang berwarna putih jarang berterbangan dari atas, melayang-layang.

"Oh! Itu seledang jiran dari tingkat atas" Hati saya cuba memintas ketakutan yang datang. Walau saya tahu, jiran dari tingkas atas belum berpindah rumah.

Yes!

Tiga

"Pinjamkan , akak mata Mar sekejap" Pinta Kak Mis pada saya suatu petang. Saya sangkakan dia mahu meminjam cermin mata saya. Rupanya dia mahu saya membacakan sesuatu untuknya kerana dia juga tertinggal kaca mata di pejabatnya. Kebetulan saya juga tidak memakai kaca mata pada hari itu. Tapi, saya masih boleh membaca tanpanya.

"Pinjaman belaka Mar, mulanya mata kemudian nyawa" Sambungnya lagi. Kalau Kak Mis pergi dulu nanti, satu saja Kak Mis minta, sedekahkan akak Al-Fatihah ye...,"

Alhamdulillah, saya masih boleh melihat Kak Mis. Tapi sesuatu juga sudah diambil daripada saya. Gigi saya sudah rongak.

Dunia ini hanya pinjaman Tuhan!

Ana

Pekerja kantin sekolah, warga Indonesia telah pulang ke tanahairnya seminggu yang lalu. Mengenalinya selama 5 bulan, terasa seperti 5 tahun. Maaflah, kami tidak peduli tentang BENDERA atau sebarang provokasi yang direka. Yang saya tahu, Ana menangis sewaktu memeluk saya sehari sebelum dia berangkat pergi.

Tempat lama saya

Saya cuma sedih meninggalkan kucing berbulu oren yang masih hidup selepas diserang penyakit 'sporo'. (sila gugel). Saya tidak sempat letak link.

Empat

Sepanjang saya menjalankan tugas, saya telah menyebabkan 2 orang pegawal keselamatan dipecat dan seorang meletakkan jawatan. Saya benci insiden begini. Namun demi menjaga amanah dan kepentingan awam saya terpaksa.

Rasuah boleh menjelma dalam pelbagai rupa. Contohnya "Ala akak, nanti saya belanja leee..."

Huh! Keji


Ulasan

Adliff berkata…
Kak Lily,

Rindu sama tulisan akak.
ibundo berkata…
salam lily..
semuga selalu ceria...
sinaganaga berkata…
Ala akakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkq'... nanti gua belanje le lu teh o!
puding roti berkata…
hai kakak!

sy pun kalo rs takut, msti pujuk diri, 'bukan kita shj ada dlm dunia ni. ada jin, iblis, kerusi, kucing..' trs rs tenang tak takot2 :)
Ismail Fitry berkata…
Cuba cerita panjang sikit cerita mistik mistik tu...menarik jugak nak baca hehehe
Amiene Rev berkata…
sekarang sudah sebulan sekali baru nampak tulisan kak lily.
mohamad kholid berkata…
selendang melayang, tu la lain kali kena sepit kat ampaian

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...