Langkau ke kandungan utama

Bukan untuk sesiapa

KEMBIRIKAN EGOMU

Sebentar tuan
kembirikan egomu
turun dari tahta
mencemar duli
ke sini
lihat kami

Ketika longkang kami tersekat
dan lubang air tersumbat
ada sesiapa ambil tahu

Maaf tuan
guna otak kamu berbalut kertas ijazah/phd itu
tengok-tengokkan kami
yang buta, capik dan terteleng-teleng

Maaf tuan
lupakan sebentar tajam penaku
kerana lidahku tidak celupar
sepetah kamu bila berjanji
ambil peduli tentang kami

Tuan
Jangan kau asyik megira laba
perut kami juga kelaparan
ada hutang yang perlu dilangsaikan
kami pun mahu segar bernafas.

Ulasan

ckLah @xiiinam berkata…
KEMBIRIKAN......



Pemilihan diksi yang tepat!


Hebat metaforamu....
Nizam.Ariff berkata…
Kem-biri-biri-kan mereka semua tu kak...
A t i Q a h berkata…
Salam rindu. Selalu lalu pagar PLPP, teringin jenguk ke dalam, tapi tak ada kesempatan lagi. :(


S.A.Y.A.R.I.N.D.U.K.A.N.K.A.K.A.K!
Aishah Nur Hakim berkata…
kak..macam mana assinment? maaf la jawab ntah ape2.

"otak dibalut kertas ijazah/PhD"<--suka!
Lily Abdullah berkata…
Aishah,

Alhamdulillah. Dapat A :)
T/kasih sekali lagi di atas bantuan Aishah dan beberapa orang kakak2 blogger termasuk bondanya Cik Atiqah di atas, Kak Has. Juga untuk Kak Pah dan Kak Ashley.

Atiqah,
Ada masa singgahlah ye :)

Nizam,
Kau ingat senang ke nak kembiri-birikan golongan macam ni.

Cakap kasar, salah.
Cakap berlapik, bermadah tak faham.

PS: Sajak ni, aku rasakan,longkang tu lagi faham dari mereka yang bertanggongjawab menjaga longkang.

Kak Lah,
Diksi tu apa kak. Saya main hentam saja.

Diksi? Hmmm..kena belek2 kamus dewan ni hahaha!

T.kasih.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.