Langkau ke kandungan utama

Tuhan, kirimkan saya magis


Akhirnya, saya akui menulis bukanlah kerja enteng. Ia memerlukan latihan panjang; fokus dan komitmen yang cukup berdaya tinggi. Sesungguhnya, menulis di halaman blog jauh berbeza dari menulis yang sifu saya istilahkan karya berlian.

Saya semakin hilang fokus. Hilang kata-kata indah.
Dengan bicara lain semangat/motivasi terasa turun ke kaki langit.

Tersangkut di bab dua. Sudah saya paksa diri. Asyik buka tutup folder. Asyik sunting dan sunting.

Ah! Tolonglah saya Tuhan. Berikan saya jalan keluar. Menulis adalah nyawa, yang buat saya rasa suara saya didengari.

Tuhan, kirimkan saya magis!
Atau saya harus mencari magis.

Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
Tutup dulu...

Pergi lihat maya pada ciptaan Tuhan..

Jawapannya ada di balik semua itu...

Kekuatan yang akak cari..
Makbonda61 berkata…
Betulkan niat,pinta dan pinta lagi,nanti Tuhan akan kirmi magis yang dipinta
tasekM berkata…
barangkali nk kena bercuti ke taman buaya dulu tu...

;)

.
tasekM berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Salam sayang WL,

Mungkin link ini boleh membantu..jangan sunting-sunting terus tekan minyak...

http://rumahkecil17.blogspot.com/search/label/Writer%27s%20Block
sinaganaga berkata…
ho, apa dah jadi?
Tanpa Nama berkata…
Salam kak,
kadang semua itu datang melalui semua deria yang kita ada.
Seperti kita merasai dan menikmati bayu yang bertiup, begitu juga idea itu akan datang.
Bersatu dengan alam melalui deria, bersatu dengan Ilahi melalui suruhanNya.
Moga sukses kak.
Alon alon angger kelakon kak...

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.