Langkau ke kandungan utama

Kata kunci

Sudah dua minggu tidak mengemaskinkan blog. Jika rumah atau pejabat pastinya penuh sarang labah-labah, sarap-sarap sampah. Mungkin juga tahi cacak.

Tadi saya memeriksa akaun Nuffnag. Dan kata kunci yang saya temui amatlah menggeletek hati.

Di antaranya termasuklah yang berikut

Jowopinter Qusnan Munazarif. Silalah bersuara seperti dahulu kerana ada orang sampai ke blog ini kerana mencari kamu ha!ha!

waterlily blog19
gambar rumput kerbau2
gambar konvokesyen plpp bangi 20061
lukisan bunga water lili1
apa bunga kesukaanmu?lily1
cerpen pelangi1
krayon maskara1
bahan siaran tentang cinta1
waterlilysicksadcity1
jowopinter q. munazarif

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
salam kak. blog saya pun selalunya bersawang juga.

Aih! lama dah tak mengomen disini. Selalu melawat dan menjadi silent reader je.

Moga terus berjaya kak
tasekM berkata…
ada gambor rumput kerbau ke dlm blog ko ni kak...? :)



.
Lily Abdullah berkata…
Entah..aku pun tak sure la Tasik. Tapi aku syak depa jumpa sajak"Lihat pada rumput" tu.

Shimi,
Wassalam - akak pun dah lama tak melawat ke blog Shimi. Blog sendiri pun tak berapa nak rajin update dah. T/kasih untuk doa Shimi tu :)
hehehe...nanti-nantilah bila saya sudah berpijak ke bumi yang nyata balik, saya cuba merajin-rajinkan diri mengeblog macam dulu-dulu....
Cikgooden berkata…
banyak kata kunci kak?..hahhhahah...
Lily Abdullah berkata…
Ntah, yang bukan2 pun ada. Tp aku tak reti nak buat print screen la cikgu. Buat kat word boleh,aku try kat blog muahahaha..tak jadi.

Namanya ja pernah pernah masuk kursus IT. Cikgu yang kami dapat pada tahun 2005 dulu ialah cikgu yang rajin 'belajar' bukan 'mengajar'

Ampun cikgu. Kalau dia baca blog aku ni mampuih laa aku..hahaha!

Purp,
Kam kerja kat mana pulak ni, Di kayangan ke?D

t.kasih yang baca diam2.
Nizam.Ariff berkata…
Rumput kerbau ???

Hahahaa... tak boleh blah tu kak.. hahaha
Lily Abdullah berkata…
Macam mana rupa rumput kerbau agaknye Nizam. Kejap kak nak gugel.

hahahaha!
Makbonda61 berkata…
Mar,nah sapu sawang,nah sapu lidi,tak pandai guna ? nah vacum....sapu jangan tak sapu.... makonda nak datang nih,buat sirap limau ais satu.
Lily Abdullah berkata…
akak, hantar vakum cleaner bulih hahaha..:D

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.