Langkau ke kandungan utama

Nota kecil kepada enggan mengerti tentang saya

Hello awak!

Jangan berbicara begitu dengan saya. Banyak perkara yang awak tidak tahu tentang saya. Kalau saya berpantang makan itu ini kerana mahu menjaga kesihatan saya; apa pula yang merugikan awak.

Hello awak!
Awak mencerca-cerca saya di belakang dengan mengata macam-macam. Awak cakap kalau sudah tahu diri sakit kenapa masih mahu berkerja. Apalah yang awak tahu tentang saya.

Ini bukan sekadar pekerjaan. Bukan sekadar periuk nasi. Ini belanga rezeki kami sekeluarga. Sekurang-kurangnya emak saya tidak perlu beratur panjang di pejabat kebajikan lagi.


Ini maruah saya!

Oh! Apalah yang awak tahu pasal maruah. Kerja asyik mencuri tulang. Datang jam sembilan kemudian 'hilang'.

Ulasan

ckLah@xiiinam berkata…
'Si Awak' itu.....tuhan tidak mengujinya dengan cara ujian yang kau alami dek. Mungkin itu penyebab dia tidak mahu memahami....


...bertabah ya!



(Kirim salam kepada Razak)
Anuar Manshor berkata…
Harapnya "orang" itu membacalah hendaknya artikel blog ini. :)
Cikgooden berkata…
wahhhhh...lily sudah 'bersuara' kembali...setelah duk diam lama...(sori, gua ilang nombor phone lu..)
makissa berkata…
kak... mereka sedap bercakap jer. bila kena pada diri sendiri @ terkena bala, mereka anggap orang sengaja menganiaya mereka. cikit pon tak fikir "what u give, u get back". mereka fikir, mereka terlalu sempurna. WTH!
Makbonda berkata…
Hai awak,tahu tak?;

"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri (angkuh).” (QS. 31:18)

Wahai waterlilyku,
Antara keutamaan sifat sabar ialah:
-masuk syurga tanpa dihisab(perhitungan)
-diampunkan dosa2 yang lalu
-memiliki iman sejati.
tasekM berkata…
tok sah layan sgt kak..



.
MushroomCute@Mariea berkata…
Si Awak itu pergi kerja hanya untuk mengisi masa lapang...
hafiz terompahkayu berkata…
Hi kak.
apa kabar.
sabar banya-banyak.
biasalah...orang memang susah faham .
kad0k. berkata…
mereka tidak rasa kak.sbb tu mereka berkata2..harap banyak bersabar..
Tanpa Nama berkata…
salam ziarah,
hidup ni kita tak mampu nak buat mereka-mereka sukakan kita kan?
tak perlu risau, cuma kita harus risaukan Pencipta suka atu tidak pada kita.
sabar banyak2 ye :)
Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Artozy berkata…
Aku bukan awak, kak :)
Water Lily berkata…
Terima kasih kepada teman-teman yang masih memberi perhatian dan membaca tulisan entah apa-apa saya :)


Bayan,
Akak delete komentar di atas sebab-sebab keselamatan. T.kasih .

Catatan popular daripada blog ini

Sekaki Payung Kertas

Foto pinjam

Kala langit muram dan meruntuhkan molekul-molekul H2O; di waktu dingin basah begini, ingatan pun menguakkan pintu ke zaman lalu.

Sekaki payung kertas dalam kenangan. Abah(allahyarham) sering-sering menggunakannya ketika berbasikal di waktu hujan.
Orang kampung juga menggunakannya ketika kehujanan. Atau mengiringi jenazah ke teratak sementara menunggu hari perhitungan.

Biarpun puluhan tahun berlalu, aromanya masih terbau-bau. Waktu itu ia cuma berwarna asli. Coklat kehitaman.

Wangi!!

Saya sering-sering menghidunya. Ketagihan. Umpama penghidu gam. Rasa mau dipatah-patahkan bilah-bilah rantingnya dan diratah-ratah.

Memang gila!

Kini.

Payung kertas berganti nylon. Walau bercorak cantik warna-warna, hilang seri tanpa aroma.
Katanya nylon tahan lebih lama!

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…