Langkau ke kandungan utama

Comel

Hari ini semua kawan-kawan sepejabat memuji saya sangat comel dan kelihatan muda.
Abang jaga dan kakak cleaner pun cakap benda yang sama.
Apakah selama berkerja di sini saya sangat tidak comel ?
.

.
Oh..saya faham. Saya pakai gigi baru.

Hiks!

Remy, kakak kau lebih comel dari kau sekarang okay.  Memang comel.  Macam Julia Rais atau Julia Robert 

:p

ps. Jangan suruh saya muatnaik foto diri, Pergi tengok foto-foto lama di Bukumuka

Ulasan

Remy berkata…
Kita semua comel, kak :)
Water Lily berkata…
Ye..ye.kita memang comel. Kalau tak puiji diri sendiri sape lagi nak puji ye dok? hehe

Catatan popular daripada blog ini

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…

Catatan-catatan kepada (...diri juga...)

Pada akhirnya, saya menjadi begitu yakin. Blog saya sudah tidak lagi dikunjungi. Berdasarkan rating, trafik dan komentar.  
Dan datang jua pada hari dan ketika-ketikanya saya seperti tidak kisah lagi pada perhatian manusia.
Kadang terasa mahu marah, mengomel hatta mencarut sekali pun, kita ada medium baru iaitu Facebook.
Sungguh saya memang pemarah. Tetapi yakin saya tidak pernah mencarut. Marah dalam diam. Pendam. Hilang. Kadang marah skala kecil di Facebook. Kemudian saya padam.  Adakah dosa mengaibkan orang boleh dipadam? Adakah dosa mengecilkan hati orang boleh terpadam ? Dan mereka yang menyakiti saya, enggan hormati saya itu adalah urusan mereka dengan Tuhan.
Apalah daya saya. Meyakinkan manusia-manusia lain, agar telus mengikut peraturan adalah sama sekali tidak wajar.  Kita dibesarkan dan ditarbiahkan dengan corak pemikiran yang berbeza. Lahir kita pula dari genarasi berbeza.
Masing-masing ada ego. 
Jika saya merasa membuang sampah merata tempat itu berdosa amat, barangkali a…