Langkau ke kandungan utama

Ombak Rindu : Sudut pandang seorang perempuan yang pernah bergelar 'loser'

Saya sudah membaca novel ini berulang kali. Kepingin pula menonton naskah yang diangkat ke layar perak. Sepekara yang saya suka tentang filem ini adalah sinemetografinya. Maya Karin tidak sesuai langsung melakonkan watak perempuan kampung dengan wajah 'minah saleh'nya itu.

 Peminat drama Korea atau filem Hindi pasti akan menyukainya.

Saya mengerti perasaan 'menyukai' itu. Mungkin saya seorang 'loser' yang baru beberapa tahun keluar dari kepompong.

Filem bagi saya, cuma hiburan. Barangkali escapism. Macam kita menulis cerita fiksi di blog atau media cetak.

Nota untuk diri :

" Perempuan, berhentilah berpayung! "






Selamat menonton!

Ulasan

so'od berkata…
Saya tak pernah baca dan tak nak tonton. Tapi tak bermakna saya bukan loser. Haha.
Faaein Talip Roy berkata…
belum berkesempatan untuk menontonnya..

novelnya berulang kali jugaklah baca..
Mak Su berkata…
salam singgah. sudah bc novelnya, baru jer. tp, tunggu kat tivi jerlah.
hanie berkata…
dah bace novel dia dulu. cukuplah. malas nak tengok film.
Lily Abdullah berkata…
Hanie dan Mak Su,

Tunggu je kat Astro Firt hehe..

Faeain,

Kira ok lah. Tak le rasa buang duit macam tengok Al Hijab hari tu.

So'od,

Bumi mana yang tak ditimpa hujan dik..

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...