Langkau ke kandungan utama

Menukarkan tribulasi kepada nikmat

Ubat-ubatan hanya salah satu opsyen supaya kita boleh bertahan, tidak terbaring dan menyusahkan insan yang kita sayangi. 

Hanya opsyen untuk kita bangun pagi dan tunjuk kuat pada dunia

Dan katakan " Hello. aku masih bertahan"

Semalam. Sama seperti rutin.  Menanti giliran mendapatkan ubat adalah sesuatu yang amat membosankan. Saya menjeling bapak polisi di sebelah saya. Riak wajahnya serupa saya. Sedang kebosanan.

Di belakang saya, kedengaran suara merdu seorang lelaki melagukan Ayatul Kursi dan Surah Ummul Kitab berselang seli. Hati saya bagai dijentik-jentik dan ditarik-tarik untuk melihat wajah si empunya suara.

" Ustaz Don? " Saya tersenyum dan tergelak-gelak dalam hati. Cuma dalam hati.

 Semakin saya tahan, rasa ingin tahu membuak-buak di dalam diri. Maklum, duduk-duduk bersama pesakit dari klinik psikitari.

Saya menoleh. Dia seorang warga asing. Wajahnya seperti dari negara Timur Tengah. Tangan dipasang gari.

Oh! Betapa...

Saya teringat kata-kata Allahyarham abah.

Penjara itu penghuninya bukan semua mereka orang jahat. Ada yang cuma tersilap langkah.

Saya mengerti.

Encik Polisi dan Encik Banduan warga asing sudah lama pergi dan saya masih menanti.

Seorang lelaki Tionghua datang dan marah-marah petugas kaunter.

"Diazepam saya habis. Sudah dua hali (hari) dua malam tak tidur wooo.." Dia bersuara dengan nada tinggi.

"Ya Tuhan!" Doa saya dalam hati. Moga dia tidak bunuh sesiapa kerana Diazepam.

Sebuah catatan yang dipeik dari blog yang sudah lama tidak dikemas kini.

Tiga kali sehari
untuk seperempat Levodova Benserazide
campur dua biji Baclofen
campur sebiji Diazepam
campur segala mak nenek vitamin

Dan
aku tadahkan tangan di luar dan di dalam lima waktu
mohon agar tangan dan jari
leher dan kepala imun dari bisa kesakitan

agar usia dipanjatkan selama mungkin
supaya jejariku tidak kaku
ketika mencatat

semoga ada cacatan untuk esok
dan hari-hari seterusnya

semoga!

*menulis dalam situasi separa khayal*



Ulasan

gedek! berkata…
Penjara itu penghuninya bukan semua mereka orang jahat...

atau

Di luar penjara itu penghuninya bukan semua mereka orang baik....


hehe
Aku berkata…
kak,
ferrero rocher tu buat ubat roche jugak ke?
sepa berkata…
kak, saya ada sorang kawan...

dia pergi buat ozone-cleaning, tuk darah. kat Seremban, oleh doktor berbangsa india, klinik ditaja oleh Kuok Foundation. dan... percuma.

4tahun... dia makan pain-killer dan segala macam vitamin & supplement, dan dia ber-wilca...

dan... sekarang, dia boleh main golf dan mountain climbing.

sbg tribute, dia bukak satu klinik ozone-cleaning, kat Damansara, ada 4mesin. dia invest 2j. dan... harga per-rawatan, separuh dr biasa... katanya, melayu yg plg ramai di-rawat.

:)
tasekM berkata…
moga kamu sehat kakak.
Water Lily berkata…
Tas,
T.kasih untuk doa kamu.

Sepa,
T.kasih kerana berkongsi cerita.

Nizam,
Apa menatang tu, coklat tu ka???

Uncle,
Setuju! :)
Aku berkata…
Ya, yang cokelattu..... hahaha

Catatan popular daripada blog ini

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…

Catatan-catatan kepada (...diri juga...)

Pada akhirnya, saya menjadi begitu yakin. Blog saya sudah tidak lagi dikunjungi. Berdasarkan rating, trafik dan komentar.  
Dan datang jua pada hari dan ketika-ketikanya saya seperti tidak kisah lagi pada perhatian manusia.
Kadang terasa mahu marah, mengomel hatta mencarut sekali pun, kita ada medium baru iaitu Facebook.
Sungguh saya memang pemarah. Tetapi yakin saya tidak pernah mencarut. Marah dalam diam. Pendam. Hilang. Kadang marah skala kecil di Facebook. Kemudian saya padam.  Adakah dosa mengaibkan orang boleh dipadam? Adakah dosa mengecilkan hati orang boleh terpadam ? Dan mereka yang menyakiti saya, enggan hormati saya itu adalah urusan mereka dengan Tuhan.
Apalah daya saya. Meyakinkan manusia-manusia lain, agar telus mengikut peraturan adalah sama sekali tidak wajar.  Kita dibesarkan dan ditarbiahkan dengan corak pemikiran yang berbeza. Lahir kita pula dari genarasi berbeza.
Masing-masing ada ego. 
Jika saya merasa membuang sampah merata tempat itu berdosa amat, barangkali a…