Langkau ke kandungan utama

Catatan Dinihari

Akhirnya saya terpaksa bersetuju dengan komentar Tok Rimau di dalam salah satu entri saya.

"No pain, no gain"

Agaknya itulah puncanya tulisan saya semakin tidak berjiwa. Tambahan pula berhadapan dengan situasi kesibukan yang semakin menggila.

Malam-malam buta masih mahu ke ofis. Hujung minggu saya ponteng kelas kerana memenuhi tuntutan kerja. 
Sudah hilang rasa. Menulis itu perlukan masa. Masa untuk merasai dan berfikir. 

Saya sudah kehilangan rasa. Masa juga. Masa yang ada dihabiskan dengan memenuhi  tuntutan dan tanggongjawab kerja.

Berpusing sebentar, Makcik Rozie akan hilangkan 2 kilogram anggur. Terlalai sekejap, 3 kilo daging akan berkurangan. Air minuman bercoklat nampak bumbung.

Makcik Rozie memang sungguh David Copperfield! She's a good magician.

Kadang kita cuba sebaik mungkin untuk mengikut peraturan dan menjunjung arahan.
Yang menjadi dilema, kadang arahan tidak konsisten dengan peraturan.

Tersepit sesak di tengahnya.

"Saya boleh buat pengetua bertukar tau" Dakwa Makcik Rozie. Mendalam maknanya.

Saya faham. Dia ada orang dalam.
"Bagusnya awak Rozie. Tolong buat saya dipecat boleh?"

***
Saya kerap sms Encik Pegawai PPD.
Ayat paling skema. " Maaf  encik, bulan ni saya lambat hantar laporan"
Dia selalu membalas " X pa. Buat la pelan-pelan'
Dia faham situasi saya. Tapi sampai bila.

Saya rasa malu apabila dia memuji di depan khalayak tentang komitmen saya  terhadap tugas di dalam kursus baru-baru ini.  Apatah lagi, pujian tersebut menjadi pertikaian.

"Dia boleh la..bla..bla..bla.."

Sebahagian diri saya merasa malu. Merasa tidak layak untuk pujian tersebut.

Sebahagian lagi mahu saya merasa selesa. Saya layak. Ketika orang lain menaip dan menulis dengan pantas, saya mengambil masa untuk itu.  Ketika orang lain berkerja 8 jam saya perlu menambah 2 atau 3 jam tambahan tanpa apa-apa imbuhan.
Ketika kalian petah berbicara, saya hanya mampu bercerita dengan pena.


















Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
Kak,
aku pernah duduk dan berfikir bagaimana nak work smart. aku menaip boleh dikatakan cepat tapi aku tak boleh menaip atau buat design lama2 sebab tangan aku sakit...dan bila sakit sampai tak bleh tidur malam dek sengalnya..


Aku pecahkan proses untuk membuat laporan / menyiapkan laporan / surat / kerj-kerja lainnya...

aku dapati, masa aku banyak habis di depan komputer membuat laporan / design atau apa-apa sebab tulis sikit menung banyak, lepas tu design sikit, padam balik....macam tu la..


kesimpulan aku: proses berfikir lebih penting daripada proses akhir (menaip/design) dan itulah sebenarnya yg membuatkan aku tulis-padam tulis-padam.

Jadi, aku pisahkan proses berfikir drpd proses menaip/design.

Aku berfikir masa tengah mandi, minum-minum, berjalan, memandu dan tengah berak...

kalau informasi tak cukup, jumpa kawan2 atau telefon pihak2 tertentu.

Untuk elakkan laporan/design aku tu jenis syok sendiri, aku akan sketch / buat outline / sembang-sembang dengan kawan2 dan dgn bos tentang konsep... masa makan2, minum2... jadi, kalau kena reject pun tak jadi hal sebab belum bertaip. masa tak terbuang, hati tak bengkak sebab masa dah habis menaip laporan/design alih2 kena ronyok...

Bila dah tergambar image dalam kepala dan boss / kawan2 dah buy-in, barulah aku taip/ design.

itu cara aku la...
kingbinjai berkata…
dont think too much

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.