Langkau ke kandungan utama

Cerita Macam-macam

Enam puluh tahun

Terketar-ketar naik tangga buat pemeriksaan bangunan. Pukul 8 masuk dewan makan dan naik baran bila yang ditimbang tidak mencukupi dan barangan gagal memenuhi spesifikasi. Naik darah tengok claim Makcik Rozie puluhan ribu RM sedang perkhidmatan yang ditawarkan macam .........(isi tempat kosong dengan perkataan anda sendiri)

Encik/Puan/Cik Boss asyik mahu semua kerja dipercepatkan. Sedangkan diri dan keupayaan makin  slow.

Cerita lain

"Bulan ni gua stress kak" kata adik kerani kewangan tukang kuli kira gaji.

Yes,gua faham dek! Maunya kau tidak tertekan mengira gaji orang naik ribu-riban. Gaji kita naik hihihi..:p

Cerita berkaitan. di sini

...dan mungkin jugak di sini.


Nota kaki WL: Entri-entri terkini kadang ditulis mengikut perasaan yang tidak begitu stabil. Lepas baca, sila abaikan.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...