Langkau ke kandungan utama

Ah! Cuma seekor lalat.

Pagi itu dingin. Hujan renyai enggan berhenti sejak malam tadi.  Hati Amy panas. Ratusan ekor lalat memasuki kediamannya. Dia jengkel. Lalat berterbangan dan hinggap di sana sini.

Manakan bisa bersabar dengan serangga kecil yang hina lagi menjijikkan itu. Amy menutup semua tingkap. Dicapainya racun serangga. Disembur sekeliling. Sekelip mata ratusan ekor lalat terjelepuk jatuh dan mati.

Amy terasa sungguh puas dan gembira. Berjaya membunuh beratus serangga yang menjijikkan. Segera dia mencapai penyapu dan penyodok sampah. Dikumpulkan bangkai lalat yang ratusan itu,

Dia merenung bangkai lalat yang ratusan di dalam bekas penyodok sampah. Ada yang masih berjuang; mengeletik mengelupur barangkali sedang memohon nyawa disambungkan.

Dari rasa amarah, timbul insaf dan belas. Amy seolah terasa Malaikat Maut sedang berlegar di sekitarnya.

"Oh! hati kenapa begitu lembut dan menaruh belas. Itu kan cuma seekor lalat?"

*  *  *

Lalu bagaimana dengan kamu dan kamu? Memperkosa gadis kecil tanpa belas? Membuang si kecil tanpa rasa bersalah? Atau menghamilkan seerang perempuan dan membiarkan dia hanyut dan menanggung derita sendirian?

Atau kamu kerat kaki seekor kucing kerana dia mencuri sepotong ikan?

Atau kamu? Makan hak si miskin fakir dan menipu rakyat dengan slogan-slogan bodoh kamu?
 
*  *  *
 
Amy masih mengadap ratusan bangkai lalat yang diracunnya.

"Ah! cuma lalat."








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...