Langkau ke kandungan utama

"Maaf ! Ini hari bodoh saya, puan pengetua " Anne Lily

Penggera telefon tangan mencanak-canak menyanyikan lagu Bruno Mars. Anne tahu dia harus bingkas mandi, menyediakan apa yang perlu seperti yang tersurat dalam rutin.

Anne bangun, menyelak selimut segera ke kamar mandi. Badannya sakit dan tangan mengebas. Juga rutin di waktu pagi dan menjelang dinihari. 

Sesudah bersolat, Anne kembali ke katil. Encik Suami terpinga-pinga melihat Anne kembali menarik selimut seraya bertanya. " Awak cuti lagi ke?"

'Yup! Sila jangan cemburu dengan mem awak. Masak pun saya cuti hari ni.." Anne buat muka penuh riak.

Encik Suami terdiam. Tiada kuasa melayan. Dia sudah terlambat.


 ****

Encik Suami sudah berangkat sejam lalu. Mata Anne enggan juga pejam walau dia cuba menyambung tidurnya. Seperti ada sesuatu yang  tidak kena.

Anne cepat-cepat mengemas apa yang perlu. Secawan kopi dan sekeping roti sudah siap untuk dijadikan alas perut.  Sesudah menelan mak nenek ubat-ubatan segera dia mengadap pc. Mengemaskini blog dan mengadap Facebook. Meninggalkan komen dan menekan punat butang 'like' status rakan-rakan terpilih. 

Kemudian berkongsi link lagu Endless Rain nyanyian X-Japan bersama Remy.

Anne masih menafikan keganjilan perasaannya pagi ini.

Jam hampir sebelas pagi. 
****

Telefon tangan yang ditinggalkan di ruang tamu sekali lagi memekikkan lagu dendangan Bruno Mars, Anne bingkas ke ruang tamu. Tertera nama Mamat rakan sekerjanya dari sekolah lain.

"Bla..bla..bla..Eh..ko keje ye hari ni Azrul ? "
"Keje la kak.."Jawab si Azrul. 

Kerja...kerja..kerja...Wah! Pap! Anne tepuk dahi. 

"Macam mana boleh ter'cuti' ni...?









Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
pap!
aku pun cuti la... keh keh keh
tasekM berkata…
'ter' eh kak...?

kah kah.


.
Lily Abdullah berkata…
Nizam,
Ko tak 'ter' kan? Ko mmg cuti
ha ha..

Tas,

Sunguh. Aku ter'cuti' .Kalau tak mampus aku gi keje..bersepah kat ofis tu haha..
Fadhilah Maarif berkata…
haha..lawak sungguh..boleh 'ter'cuti pulak..
Makbonda61 berkata…
Anne Anne.....bisa aja kamu sih!
Lily Abdullah berkata…
Fadhilah.

Sunggguh 'ter' nasib baik cuti rehat banyak lagi hehe...

Kak Has,
Kok cakapnya Indon sih..ngapa ngak cakap Jowo.

Saya kalau kak cakap Jawo pun bukan faham walau dah setahun berada & bergaul dengan komuninitinya.

Saya tau 'medang' je . Er kak medang ke madang? haha..
Adliff berkata…
:)) Macam mana boleh ter?cuti!
sepa berkata…
salam kak,

singgah kejap. nak tegur si Dino tuh...

dino, ko tuh memanjang ber-cuti...!!!

:)

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...