Langkau ke kandungan utama

Kemarahan dan airmata yang tersangkut di tangkai hati.

Hari ini merupakan hari kedua saya berada di pejabat baru. Asrama yang selama ini berpenghunikan makhluk 'bukn-bukan' itu sudah dihuni oleh anak-anak yang kepingin belajar berdikari.

Mengendalikan dua pejabat serentak bukan tugas mudah. Kadang saya terpaksa mnghirup minuman sambil berjalan.

Serius!

Disebabkan pengalaman saya yang sifar, akaun asrama yang dibuka dikuiri Jabatan.

Sudah berminggu saya naik radang dengan pelbagai perkara.

Oleh kerana, saya sudah ada pejabat sendiri, melakukan kerja tanpa pengawasan saya pun mengamok dengan merenyok-renyokkan kertas-kertas terpakai.

(Saya lupa DIA yang maha melihat)

Bersepah-sepah memenuhi ruang pejabat.

Tiba-tiba, pintu pejabat saya ditolak. Terpacul wajah Kak Milah. Bersamanya, dua orang lelaki yang memang sah pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah.

"Mengamuk ke Mar?" Tanya pengetua baru saya itu. Ya! Kami memanggil pengetua kami dengan panggilan 'kakak' kerana sebelum ini kami sudah terbiasa begitu. Bukan 'puan' seperti kebiasaannya.

Dengan selamba saya menafikan, sambil mengutip kertas-kertas yang bersepah di lantai untuk dibakul sampahkan.

Ah! Siapalah yang mengerti ada kemarahan dan airmata yang tersangkut di tangkai hati.

Saya kira saya perlu bercuti.



Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
Setiap hari ada sahaja cabaran yang perlu kita hadapi.

seperti kata-kata yangpernah aku lihat entah dimana...

' problems are reality of life, it's how we react to them...'
Fadhilah Maarif berkata…
salam kak lily,

sabar yea...hidup mesti diteruskan walaupun kadang-kadang hati kita sakit....Semoga tabah.
tasekM berkata…
cutilah kak...



.
aza ni berkata…
salam lili
apakata kita tarik nafas,hembus
tarik lagi hembus
buat lagi...
kalau cuti pun balik dari cuti masalah tetap ada...
fusarium solani berkata…
Kak,

Bersabar dan bertabah hati. Jangan rasa sedih.

Masalah adalah tembok-tembok yang mampu kita panjat...
fauzi rashid berkata…
masalah dapat mematangkan diri...cuti dapat merehatkan diri...rehatlah sebentar sambil menulis puisi....hiii
Tanpa Nama berkata…
marah itu hak sesiapa sahaja.. namun..bersabar lebih baik.. semoga ALLAH bersamamu..

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...