Langkau ke kandungan utama

Tiga Fiksi Tentang Edan



Anne dan Adam

Saban hari dalam musim ini, Anne kira akan menjadi hari-hari yang panjang buat mereka. Dia merasakan tiada apa-apa lagi untuk disayangi.

Mereka sekadar hidup di bawah satu bumbung kerana sebab yang entah apa-apa.

Dan satu-satunya yang dirindui, mungkin perbualan-perbualan masa yang lalu. Tahun-tahun di mana dia dan Adam belum lagi sebumbung.

***

Semalam Anne melihat langit masih mencacah wajah mendung. Dia masih menunggu kotak ajaib kembali kepadanya.

Ternyata hampa!

"Ahh..sial!" Anne menyumpah-nyumpah dalam hati.


Dia tertanya-tanya. Apakah perca-perca cinta enggan kembali bercantum. Atau kotak ajaib telah berpaling tadah.
Dalam deras deru hujan, Anne menanti kotak ajaib kembali. Perca-perca cinta bercantum semula.

***

Dia - Adam

Mereka berjiran. Bezanya Anne dan Adam tidak tinggal di blok bangunan yang sama. Tingkat rumah masih sama. Balkoni mereka bertentangan.

Dan Anne selalu mengintai dia. Anne suka dia.

Dia Adam!

Hanya dia yang mampu membuat nafas Annne kembali sesak.

Semalam. Adam. Lelaki itu, mengecat rumah. Warna oren. Terang dan garang!

Adam angkat tangan pada Anne dan kata "Hai!."

Kemudian Adam separa menjerit berkata" Aku cat rumah sebab aku sedih. Baru putus kasih!"

"Oh!" Anne kata sambil tertawa.

Kemudian Anne tulis besar-besar di atas sekeping kertas tebal. Juga dengan warna paling garang.

MENGECAT RUMAH TAK AKAN DAPAT MENCERIAKAN HATI YANG PILU!

Adam ketawa! Sambil cucuh rokok. Anne tidak pasti jenama apa.

Anne meneruskan kerjanya. Menghias lantai dengan permaidani baru.

Dia terpandang Adam angkat sesuatu yang bertulis.

PERMAIDANI ITU TAK BOLEH BAWA KAU TERBANG MENCARI CINTA BARU!

Anne senyum!

Dalam hujan!
Ketika langit keruh!

Sejak itu, mereka brsama.

****



Ya! Sebuah kisah cinta dan edan memang membazir.

~WL~

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
somehow..i like love stories..

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.