Duit ini saya mahu guna untuk beli makanan kucing saya. Click Please!

27.2.11

Kesibukan dan sebuah kisah rindu tanpa penyudah


Berada di kamar kecil dengan kedinginan yang tidak setara dengan kondisi kesihatan saya amat menyakitkan fizikal. Internet gagal berfungsi, jadi saya terpaksa mendfraf dahulu entri ini di dalam MS Word. Jadual saya minggu ini cukup padat.
Selepas menghadiri kursus induksi di Melaka., terpaksa pula bergegas pulang menghadiri peperiksaan anjuran jabatan.
Saya fikir boleh bercuti, malangnya terpaksa pula menyediakan dokumen-dokumen untuk mesyuarat di sini.
Kediaman yang saya tinggalkan berselerakan dengan pinggan-mangkuk tidak berbasuh dan kain baju tidak berlipat. Saya risau, jika meningggalkan rumah dalam keadaan begitu. Risau jika, saya tidak dapat pulang lagi. Pulang ke tempat kekal abadi.
Kamar ini, membuatkan saya mehjadi rindu kepada pangsapuri sempit Ayako yang saya tinggalkan. Rupanya sudah 4 tahun berlalu. Kedinginan kamar ini, membuatkansaya terasa baru semalam saya meninggalkan Osaka dan anak muda bermama Hakim itu tidak juga saya temui.
Aishah, rakan sekamar saya yang baik hati itu sudah lama beradu.
PS: Untuk Tasik, terima kasih kerana membantu saya sewaktu di Melaka. Benar seperti kata Noor, di zaman nilai wang terlalu kecil ini; persahabatan sejati memang idak ternilai harganya
Ya! Kami hanya saling mengenali menerusi alam maya.
1.05 am
Rossa Passadena Hotel
Cameron Highlands

8 ulasan:

Makbonda berkata...

Assalamualaikum tuan rumah,

owh di Rossa Passadena ya? di situ kalau nak pakai internat kena bayar 15 ringgit sehari.Tak mabuk masa mendaki?

SHIMI berkata...

Sebalik kesibukan itu pasti terselit suatu keindahan, kenangan manis yang tak dapat dilupa. Sesuatu yang pasti dapat kita bawa keakhir hayat

tasekM berkata...

uik.
tak turun lagi?









kak,
aku adik kamu.
sampai2 bila.


.

AZANI berkata...

salam lily
semoga perjalanan urusan anda dipermudahkan

insanmelankolik berkata...

saya masih baru.. tertarik pada blog anda dan masih cuba untuk belajar memahami coraknya.. moga persahabatan kita melalui alam maya ini berkekalan..

Aku berkata...

Akak dok kat atas gunung sana ke?

Ungku Nor berkata...

akak ke Maskara minggu sudah..
menangis kat tepi tiang dengar Fynn Jamal melagukan Suatu Pernah.

teringat kat awak dan segalanya..*rindu*

Water Lily berkata...

kak Ungku,
saya pun nak gi maskara sgt2. tp masa tak berkesempatan.

Miss you too!

Nizam,
Dah turun dah. minggu ni akak gi kerja 3 hari ja. yg lain2 cuti. Deman. Doktor memang kedekut nak kasi MC.


insanmelankolik,
Salam kenal. Blog ini, tulisannya bukanlah apa2. Dan saya bukanlah siapa2. Lihat tagline di atas.

Sdra AZani
Mudah2an :)

Tas,
Gua dah turun . Gua demam yang oii!

Kak Has,
Ya,itulah hotelnya dan pakej internetnya. Semoga kak dan ank-anak baik2 saja. :)

Shimi,
Lama x nampak. Apa khabar? akak sgt sibuk untuk merayap dari blog ke blog sekarang.