Langkau ke kandungan utama

Tiba-tiba memburu impian menjadi bebanan.



.............

Katalah saya ingin memulakan semula; mengejar mimpi saya yang hilang; bukan mimpi menjadi permaisuri. Atau seorang puteri.

Tiba-tiba. Entah bila.
Memburu mimpi menjadi bebanan.
Sejak saya terpikat dengan costumes dan gemerlap cahaya pentas.
Sejak saya tahu. Saya juga boleh berada di atasnya
Sejak saya tahu saya juga bisa menari dengan gaya dalam cara saya.

Memburu mimpi tiba-tiba menjadi bebanan
Malam ini terlalu pekat hitam. Yang saya lihat cuma kenangan berulang putar.

Memburu impian tiba-tiba menjadi bebanan
Saya ingin melangkah, tapi saya tiba-tiba jadi gugup dan gentar.

"The fisrt step is always the hardest". Masih terdengar bisik Ayako setahun yang dulu.
.........

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
tiada yang mudah dalam hidup ini. Masing-masing perlu melalui kepayahan dalam erti kata empunya diri. Semua itu perlu dengan langkah permulaan, yang mungkin kita rasa payah...
after that, ia tak sesukar yang kita jangkakan
Ck berkata…
memburu mimpi terlalu sukar.....sebab kita terlalu berharap.
Lan Bingka berkata…
hadapi dengan senyuman...:)
teruskan melangkah..
BuRuuj berkata…
ya..hadapi dengan senyuman. Gambate!!
ckLah @xiiinam berkata…
Impian yang mulus-mulus....memang bukan mudah untuk digapai...

Moga Allah memudahkan jalan...
Unknown berkata…
hidup tanpa mimpi umpama hidup tanpa hati

p/s: jangan kuat minom kopi kelak malam sukar utk bermimpi.. :)
Cikgooden berkata…
fuh....dah jadi actress pulak dah?..bravo. bravo..
Tanpa Nama berkata…
kak, dah jadi pelakon teater ker?

ada tiket percuma tak?

he he he ;)
kad0k. berkata…
bole tgk akak berlakon?bila?
Anonymous berkata…
ya..

tapi, perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah mula.

Po berbisik.

Lantas, Po dan Ayoko beriringan tangan keluar dari pintu dan cahaya mencurah-curah masuk ke dalam dewan.

he he
tasekM berkata…
mimpi yang mana satu kak?










aku. sengaja ingin ku buang segala mimpi. terukkan aku?
Tanpa Nama berkata…
sebab itu nama impian asalnya mimpi. tapi, kalau kita tidak mencuba, takkan tahu sama ada mimpi kita itu indah atau tidak. kan?

saya di belakang kak lily.
Saya pula baru saja ingin bermimpi, tidur saya sudah diganggu... Hmmm...
Unknown berkata…
selagi ada masa, kudrat dan upaya buru segala impin nanti dah tak bermaya menyesal tak berguna.....heh

;-)
Brader Black berkata…
Sekurang2nya kau dah merasa jalan menuju ke impian kau tu, kak.






Aku?


Haih~
Nafastari berkata…
Hati saya berkata kepada saya: "dia boleh lakukannya". Jadi saya ingin berkata kepad anda, anda boleh melakukannya!
Lily Abdullah berkata…
Ahmad,
Saya tidak boleh melakukannya sendirian.

Kachak,
Jalan yang masih samar. Telah setahun aku cuba mencari cahaya.

(cahaya= penaja=duit).
tiada yang percuma dik.

Aku cuma ada semangat Pendekar!

Apa yang kamu nampak dalam mimpi yang separuh itu Purp? :)

Lina,
Setahun mencuba,aku rasa macam mimpi mempermainkan aku.

Tasik,
Aku punya banyak mimpi. Itulah mimpi yang paling aku suka...berada di pentas.
Lily Abdullah berkata…
Po,
Ayako bukan pelakon. Dia di belakang tabir,penolong pengarah. Bagus jika aku punya seseorang seperti dia. :)

Kadok,
Ahhh..itu cerita/photo dua tahun yang lalu. Teater tanpa dialog. Kerana kami semua pelakon yang ada speech disablities/difficulties.

Kema,
Itu cerita lama. Jika ada ruang dan peluang ingin kupentaskan yang baru. Malangnya, sekarang tempat rehearsal pun sudah tiada.

cikgu,
Bila masa pulak jadi aktresnya..itu cerita lama. Kenangan untuk dikongsi. Sebuah teater tanpa dialog.

Nuar,
Hidup tanpa hati boeh mati. Mati jiwa.

Cik Lah,
Mimpi yang mulus-mulus kadang kala cuma separuh jalan.

Buruj,
Gambate!

Azlan,
Jatuh tanpa sokongan...aku berhati-hati supaya impian tidak tercicir. Kenyataannya 'zero' sifar.

CK,
Kadang2 rasa ingin berhenti berharap.

shimi,
Iya, tidak mudah. Begitu-begitulah hidup dik!

Terima kasih kerana melayan luahan rasa saya.:)

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.