Langkau ke kandungan utama

Jika aku punya

Kazue 1
Kazue 2
Kazue 3
Kazue 4

“Jika aku punya tangan yang bergulung, aku mau petik bulan itu buat Shimada” Kazue bersuara. Perlahan. Sambil cornea matanya menatap Aiko yang manis berambut lurus perang buatan separas bahu.
Hmmmm! Malangnya tangan kau tidak bergulung-gulung macam getah paip bomba” Aiko acuh tidak acuh. Matanya terancap pada langit yang malap. Kazue tertawa kecil. “Kau masih boleh bersenda?”
“Lalunya bagaimana? Kau mau aku bunuh diri. Terjun dari apartment sempit ini?” Matanya masih macam kolam takungan. Ada sedikit sendu di hujung suara lunaknya. “Sebelum kau mati, kau buat pembedahan plastik. Kau boleh mati cantik macam Angelina Jolie atau Catherine Zeta misalnya.” Aiko menyarankan. Saranan jenaka yang gila.

Cis!”Kazue menampar-nampar manja bahu Aiko. Begitulah selalu-selalu mereka. Teman yang mesra. Kadang kala, lara hati mereka jadikan bahan bersenda gurau. Ketawa mereka hilang ditelan angin malam yang dingin nan basah. Bau ocha panas enak masih menusuk rongga hidung. Hujan lebat menjadi-jadi dan langit malam kian berwajah suram.
***************************************************
Malam itu
Bulan sembunyi
Yang riuh
Hanya desir angin
Hanya desir angin


Ulasan

Brader Black berkata…
Kata Kak Tasik,

Org yg sering ketawa rata2nya sudah lali dgn derita.



Dewa 19 pulak ade bagi nasihat,

Hadapi dengan senyuman.


Bile derita dianggap jenaka, maka orang itu adalah sgt cool. Bagi aku.
Amiene Rev berkata…
Hayakallah

Derita bukan jenaka
Derita itu cerita
sekecil-kecil neraka

Salam Aidilfitri

daripada,
Amiene Rev

buat Kak Lily
Lily Abdullah berkata…
Amiene,
Tidak seskali menjenekakan derita orang lain. Hanya derita sendiri,sesama kami kadang kala :)

Salam Aidilfiti untuk kamu juga.

Adik kachak,
Ini contoh jenaka sesama kami.

A: Mana tangan kau sebelah lagi? Tertinggal kat rumah ek?
B: Alaa..aku tinggal dalam bas Rapid laaa.

Kemudian kami ketawa. Tak sesiapa terasa kecil hati :)

Org yg sering ketawa rata2nya sudah lali dgn derita.
Tanpa Nama berkata…
Hanya kamu yang mengetahuinya
A t i Q a h berkata…
Shimada oh Shimada!
teddi berkata…
hai salam kenal...
hanya kamu saja yg ketahui
Tanpa Nama berkata…
saya setuju dengan si kacak suparjo. sangat setuju.

Bile derita dianggap jenaka, maka orang itu adalah sgt cool.

dan tasik juga.

Org yg sering ketawa rata2nya sudah lali dgn derita.
Pa'chik berkata…
kalau tangan bergulung tapi tak cukup panjang pun taleh gak...
Unknown berkata…
tapi malam dkt bandar tasek selatan hanya riuh dengan deruan motokar.. tertekan aku
ckLah @xiiinam berkata…
..kalaulah boleh kucapai bulan itu..akan ku hulur ke ribamu Aiko...

Tapi, itu cuma angan..

Syukur...kita dikurniai teman untuk berjenaka sesama kita..teman yang tulus...yang ikhlas...yang halal..yang sehidup dan semati
cakapaje berkata…
Salam WL,

Jika Aku Punya...
jika aku punya...

Baiklah, kini tag 15 dalil di blog ku kepunyaan WL :)
Lily Abdullah berkata…
Akhi Shah,
Terima kasih kerana mengetang saya. Akan dijawab.:)

Cik Lah,
Teman saya yang halal itu tidak punya sense of humor..tapi saya bersyukur; sekurangnya saya berteman.

PG,
Flat akak ni riuh dengan dentuman mercun. Tak abih2 lagi beraya wei..

Chik,
Ko ni ada idea nak mengkomedikan entri aku hehehe..

Utopia,
Salam kenal. Terima kasih kerana ke mari.

Shimi,
Ya, hanya kami yang memahami. Hati-hati kami. Ada juga di antara kalian yang memahaminya. :)

Tiqah,
Cari Muhammad, Shimada Tuhan cipta untuk Kazue.

Lina,
Aku kadang kala letih menjadi cool dik huhuhu..

Terima kasih.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...