Langkau ke kandungan utama

Kazue di suatu pagi yang gelap dan basah.

Di suatu hari yang gelap dan basah.

Malam-malamnya diselebungi kedinginan yang tidak pernah dirasai sebelumnya, Kazue terpandang sebutir bintang di langit yang bercahaya dan berkelipan. Seolahnya, bintang itu menggamit semangatnya dan memohon agar dia tidak terlalu bersedih dan rindukan sesuatu yang belum layak untuk dimiliki.

Bagaimanapun, cahaya di langit itu jua telah memberi ilham padanya untuk mencoret sesuatu untuk Shimada.

Shimada yang dikasihi,
Aku tahu tidak selayaknya aku mengasihimu atau engkau mengasihiku. Tapi hati selalunya tidak pandai berdusta sayang!

Tulus ikhlas,
Kazue.


Nota serba ringkas itu diselitkan di celahan buku kecilnya. Tidak berani dilayangkan untuk Shimada.

Shimada yang saban hari dilihat menanggalkan sepatu mengunjungi rumah Tuhan.
Shimada yang saban hari dilihat memakai sepatu ketika meninggalkan rumah Tuhan.
Shimada yang tersenyum riang ketika berada di padang.
Shimada yang peramah juga pemarah kadang-kadang.
Shimada yang selalu-selalu dicuri pandang, cuma sesekali membalas senyuman.

Shimada yang lurus.
Lansung tidak perasan dirinya diperhatikan.
Dia lelaki tipikal. Kazue yang berwajah sederhana tidak dipandangnya.
Tiada lansung dalam rekod khayalan dan keinginannya.

Yang ada hanya Misako.
Misako yang manis senyumnya dan berkulit tona cream.
Misako, Misako dan Misako.
Hanya Misako yang berwajah lembut.

Dan Kazue tahu itu. Mengerti amat. Bertepuk sebelah tangan, mana mungkin menghasilkan sebarang bunyi. Menepuk ke dinding menyakitkan tangan sendiri.

Kazue rasa dirinya seperti Anna Maria Orozco dalam Yo Soy Betty La Fea.
Si hodoh Betty yang mencintai lelaki kacak majikannya, Armando Mendoza alias Jorge E. Ebello.

Begitupun.

Kazue perempuan optimistic kadang-kala.

Dia bertekad.
Suatu hari Shimada akan jadi miliknya.
Dan Shimada akan jadi miliknya yang sah.

Kazue yang teliti dan bijaksana.

Kebijaksanaan itulah yang akan digunapakai.
Dia menanti ruang dan peluang. Peluang tidak akan dilepaskan. Dia sudah kebal dengan kekecewaan dan selalu perlu mengalah untuk orang lain.

Ume sudah mulai berkembangan!
Dan harapan itu tetap ada.

Pasti!
..........

Ulasan

elmely berkata…
kazue seorang yang optimis,yakin apa jua cita2 atau keinginannya akan menjadi kenyataan, seandainya dia yakin dan berusaha dengan gigih.
A t i Q a h berkata…
Uhuh. Saya tak cukup yakin diri seperti Kazue. :(
Ungku Nor berkata…
Malaysia Boleh!!

hehehe.
Bunga Rampai berkata…
Tabek pada Kazue - berharap dengan tekad yang utuh, pasti tercapai apa yang diidamkan.

Salam WL :)
Amalina berkata…
yup! kebal! terus berusaha walaupun selangkah demi selangkah yg kecil...
Rajuna berkata…
bagus budak kazue ni.
tak macam aku.
orang tak balas sms pun aku merajuk.terus delete nombor.huhu
Amalina berkata…
kak, betul ke di satu padi? amal ni dahla tak terer bahasa. konpius.
Water Lily berkata…
Amal,
Hahaha..salah eja. Pagi sebenarnya. Thanks sebab Amal tegur. Itulah padahnya updated kadar segera huhuhu...:)Dah edit hehehe

Juna,
Jangan merajuk. Usaha tangga kejayaan hahaha..:p

B Rampai,
Lama tidak rumah sdari. Ahhhh...saya terdelete linknya hari itu. Lama juga tidak melawat kamu.

W.Salaam :)

Kak Ungku,
Boleh? Apa yang boleh hahahah...

Tiqah,
Kazue tidak mahu lagi menghadam kecewa...(dan dia terdesak barangkali hehehe..)

Elme,
Selama ini Kazue takutkan bayang-bayng sendiri. Oleh itu dia harus cepat melangkah. Bimbang tertinggal keratapi lagi :)

T/kasih.
S.YanaZ berkata…
Aku juga seperti Kazue, akan mengejar selagi belum dlm genggaman.

Tetapi,
setelah berada dlm genggaman,
aku lepaskan...

Oh,
Takdir Tuhan mmg melangkaui jangkaan!
Si Kachak Suparjo berkata…
Skang tgh musim jiwang2 eh kak?
artsoul berkata…
kazue sungguh penyabar...sy mgkn mcm dia..
artsoul berkata…
eh silap...sy tak mungkin mcm dia...heheheh
Water Lily berkata…
Yanaz,
Takdir Tuhan kadang kala begitulah.

Adik Kachak,
Musim jiwang yang tinggal kenangan cuma.

Art,
Suatu hari, dia hampir hilang sabar. Macam aku,kamu dan mereka juga.

Hidup ini memang sukar dijangka.

Catatan popular daripada blog ini

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…

Catatan-catatan kepada (...diri juga...)

Pada akhirnya, saya menjadi begitu yakin. Blog saya sudah tidak lagi dikunjungi. Berdasarkan rating, trafik dan komentar.  
Dan datang jua pada hari dan ketika-ketikanya saya seperti tidak kisah lagi pada perhatian manusia.
Kadang terasa mahu marah, mengomel hatta mencarut sekali pun, kita ada medium baru iaitu Facebook.
Sungguh saya memang pemarah. Tetapi yakin saya tidak pernah mencarut. Marah dalam diam. Pendam. Hilang. Kadang marah skala kecil di Facebook. Kemudian saya padam.  Adakah dosa mengaibkan orang boleh dipadam? Adakah dosa mengecilkan hati orang boleh terpadam ? Dan mereka yang menyakiti saya, enggan hormati saya itu adalah urusan mereka dengan Tuhan.
Apalah daya saya. Meyakinkan manusia-manusia lain, agar telus mengikut peraturan adalah sama sekali tidak wajar.  Kita dibesarkan dan ditarbiahkan dengan corak pemikiran yang berbeza. Lahir kita pula dari genarasi berbeza.
Masing-masing ada ego. 
Jika saya merasa membuang sampah merata tempat itu berdosa amat, barangkali a…