Langkau ke kandungan utama

Pagi yang gelap

Jam enam pagi.

Kedinginan melebar terus. Menggit-gigit kulit hingga ke sumsum tulang. Dari kotak I-Tunes, Lisa Loeb mengalunkan lagu mencari Jake lelaki idamannya. Sudah seminggu tubuh aku deman menahan kesakitan. Kata puan doktor Neurologi berbangsa asing berwajah masam cuka itu hampir sembilan puluh peratusan sarafku telah rosak. Dia marah-marah; kerana aku enggan ambil pain killer. Hampir puluhan tahun bersama kamu pain killer. Cukup-cukuplah. Tekakku sudah bosan loya menelan kamu.

Aku tahu kenapa puan doktor marah benar denganku. Aku menolak suntikan Botox. Aku punya sebab untuk menolak. Aku rasa aku masih boleh bertahan dengan diazepam dan baclofen. Siapa yang lebih tahu tentang sesuatu penyakit. Kamu cuma belajar teori dan sedikit pratikal. Dan aku perlu melalui dan mengharungiya untuk seumur hayat ini. Kadang-kadang aku jadi hairan; para doktor yang seagama dengan denganku tidak bising-bising macam kamu. Mereka hormati keputusanku.

Aku teringat bicara Kim san pada satu pagi yang dingin. Tiada penawar untuk simptom Cerebral Palsy. Ubatan moden hanya membantu mengurangkan gelajanya. Wanita separuh umur itu mengajarku banyak perkara yang aku telah lama aku ketahui dan yang tidak aku ketahui juga.

“Bertenanglah. Dan terima apa yang terjadi seadanya” Kim san, dalam bahasanya. Kemudian Kawakita san menterjemahkan. Ternyata aku menyenangi muzik dan kat-sugen daripada mengambil pain killer berterusan.

Aku lebih aman dengan zikrullah. Aku lebih bertuah dari Kim san. Dia athies.

#######################################

Ko dah berhenti kerja ek? tanya perempuan kepoh jiranku di tingkat dua.
Aku angguk.
Ko tak sihat ya? Demam lagi?”
Angguk juga.
“Ooo..nak dapat baby ke?”Dia sambil tersengih-sengih. Aku faham maksud soalan dan sengihannya itu. Kemudian dia akan habiskan kuliahnya dengan satu ‘nasihat’ yang aku cukup menyampah. Macam selalu-selalu.

“Rugi woo..takde anak ni. Masa muda-muda ni la nak beranak.”

Haih!

Sebelum aku naik darah pagi-pagi Jumaat yang mulia ini lebih baik aku tutup pintu. Berundur. Nanti aku lebih jadi tambah sakit.

Tiba-tiba. Aku rasa mau kembali buka pintu dan menjerit padanya.

Hoi! Hoi! Ingat aku sihat walafiat dan muda macam kamu. Asyik buat anak saja tahu..bla..bla..bla.”

Tapi.

Entah kenapa suara itu cuma bergaung-gaung dalam hati.

Astagfirullahal’azim!!

Syurkur. Aku tidak menambah lagi dosa-dosaku yang berselirat bagai tali layang-layang yang kusut.

Ulasan

Naha berkata…
WL,Pagi2 lagi tulisan kamu buat saya sebak..tambah2 lagi bila diiringi lagu i started a joke,alhamdulillah kita antara orang2 yg sentiasa bersyukur....
Ungku Nor berkata…
sama la kita. akak pun kena makan ubat selama idop gak nih..hehe.

tapi takpe.
sbb kalo operate pun, doktor cakap belum tentu sembuh gak.
kekdahnya, makan je la ubat. bukan susah pun makan ubat..:)
ah tok berkata…
Tersentuh saya.


Pagi tadi sudah ambil wuduk untuk kegunaan Solat Jumaat kira-kira tiga jam dari sekarang.

Terbatal pula!


Saya tersentuh.

~Kak, Hidup Biar Sedap!~
13may berkata…
ramah betul jiran akak tuh :D
Jie berkata…
eemmm...bab anak ni ramai org kita mulur celupar tak ingat itu kan kerja Tuhan.

Jaga diri ye..
alinaabdullah berkata…
saya cuba berbekam. alhamdulillah.

take care.
Sastri berkata…
salam kak... saya juga kurang sihat kebelakangan ini... tapi apa lah sangat sakit saya berbanding sakit akak... apapun, saya tahu akak memang seorang yang kuat dan tabah...

manusia kak... ada yang tak boleh tahan, nak juga cakap padahal mereka tahu, yang dicakapkan itu boleh mengguris perasaan orang...

kita serahkan pada Allah je kak...

saya doakan akak cepat sembuh dari demam yang melanda... *hugs*
kad0k. berkata…
kak WL..semoga tetap tabah..seperti selalu..biar apa mereka kata..asal kita tahu..semua itu kerja diatas sana..:)
Po berkata…
Tuhan menguji kepada hambanya yang mampu mengharungi.

dan...

kadang-kadang secangkir senyum itu lebih berbisa dari sumpah seranah berseranggah (kepada jiran sebelah)
(Puan Doktor masam mecuka..marah-marah)?
Aku dah pernah rasa
hingga tergamak menyaran aku
'kak pergilah jumpa pakar sakit jiwa',katanya bila bosan melayan aku.

(Pain killer berterusan)?
Entah berapa banyak sudah ku telan.

(Jiran perempuan yang kepoh)?
Memang ada,di kanan,kiri,depan dan belakang,
'Hek eleh...muda-muda dah sakit. Akak dah dekat 50 tak ada sakit apapun..'katanya sambil bibir terjuih.

(Zikrullah...)?
Ya,syukur kita ada itu..
Ubat segala sakit..
A t i Q a h berkata…
Akak, bertabahlah. :)
Rajuna berkata…
dasar mulut orang melayu memang begitu. tak celupar tak melayu, biar papa asal begaya itu melayu.


aku sangat jelik dengan perangai tipikal melayu. mereka terlalu banyak terdedah dengan media mainstream sebenarnya.


beberapa patah ayat untuk kak lily;
semoga tabah menjalani ujian dalam kehidupan dan persetan mulut-mulut neraka.
Al-BIMA SAKTI berkata…
apa yg terbuku di hati
kena lepas sesekali
kalau dipendam berkali-kali
boleh kena sakit darah tinggi...
Princess Liyana berkata…
Alahai. tindakan yang betul menutup pintu. Kang marah kang, tambah dosa plak. kan kak?
IBU KUMBANG berkata…
Semoga akak sihat..
Mulut jiran mcm tu memang biasa.. ingat jodoh, ajal, rezeki ni kuasa kita ker? cili mulut tu tau la..
kak ja berkata…
Salam WL,
Jgn dipedulikan sgt mulut jiran tu..Anggap je dia tak cerdik mcm kita.. Bila kita bo layan, dia akan malu sendiri dan hopefully akan sedar sendiri jugak..

Ubat? Kja fhm perasaan WL.. Kja sdiri tengok ubat pun dah nak termunt*h.. tp apa bleh buat, selagi ada hayat, ikhtiar kena tetap berjln...

Take care, WL.. and stay strong!!
Iza'Izz berkata…
kak lily, ada sesuatu dalam dirimu yg menjadi sumber inspirasi ku.....
tasikmerah berkata…
org mmg begitu... belum kawen sibuk tanya bila nak kawen.. dah kawen sibuk tanya bila nk beranak... dah beranak satu sibuk tanya... bila nak beranak lagi...

woiii... ingat soal anak tu letak di tangan kita ke hah? hari2 berusaha pun belum tentu dapat... hari2?.... mampus....

kak, aku hangin kejap..








ok... dah ok dah... ha ha..
Amalina berkata…
Salaam,
tabah kak nak tahan sakit2 saraf tu. kalu tak tukar ubat tak jadi mudarat tkpela kot. amal pun jenis ubat unfriendly, hihi.
Oda-オダ berkata…
emm maybe akak dah banyak kali dengar ni ekk...sabar je la kak..manusia ni ada macam2 perangai... tp sy tau akak mmg kuat (^_^).. Allah sentiasa bersama orang yang bersabar..
Si Kachak Suparjo berkata…
... . ... . ...









Haih~
what can i say, kak?
t.a.t.a berkata…
ahh bai kan saja org² camtu kak. kalau diterangkan pun bukan nya faham. org yg alami je faham. sabo ehh kak.
waterlily berkata…
Teman-teman terima kasih atas segala maklumbalas.

Terima kasih. Saya merasa lega kerana meluahkannnya di sini. (:


Terima kasih.

Catatan popular daripada blog ini

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…

Catatan-catatan kepada (...diri juga...)

Pada akhirnya, saya menjadi begitu yakin. Blog saya sudah tidak lagi dikunjungi. Berdasarkan rating, trafik dan komentar.  
Dan datang jua pada hari dan ketika-ketikanya saya seperti tidak kisah lagi pada perhatian manusia.
Kadang terasa mahu marah, mengomel hatta mencarut sekali pun, kita ada medium baru iaitu Facebook.
Sungguh saya memang pemarah. Tetapi yakin saya tidak pernah mencarut. Marah dalam diam. Pendam. Hilang. Kadang marah skala kecil di Facebook. Kemudian saya padam.  Adakah dosa mengaibkan orang boleh dipadam? Adakah dosa mengecilkan hati orang boleh terpadam ? Dan mereka yang menyakiti saya, enggan hormati saya itu adalah urusan mereka dengan Tuhan.
Apalah daya saya. Meyakinkan manusia-manusia lain, agar telus mengikut peraturan adalah sama sekali tidak wajar.  Kita dibesarkan dan ditarbiahkan dengan corak pemikiran yang berbeza. Lahir kita pula dari genarasi berbeza.
Masing-masing ada ego. 
Jika saya merasa membuang sampah merata tempat itu berdosa amat, barangkali a…