Langkau ke kandungan utama

Sepi(juga bukan ulasan filem)

.......
The Lonely Guy

Menonton The Lonely Guy lakonan Steve Martin dari layar berbayar Astro membuatkan aku tergelak sendirian. Aku menyukai lakonannya yang bersahaja. Dia lelaki tua yang tidak kacak. Tetapi aku suka lakonannya. Aku sukakan sense of homour dalam dirinya.

Oppp!

Mungkin bukan dalam dirinya. Mungkin dalam watak-watak lakonannya. Dalam filem-filem lakonannnya. Aku sukakan auranya yang tersendiri.

“Kami adalah pria-pria kesepian”
“Jauh dari rumah dan ditinggalkan teman”
~.Sheila On7. ~


Aku masih mengingati lagu itu. Menonton Steve Martin dan ketawa-ketawa terasa seolah sedang mengetawakan diri sendiri.

Aku kesepian biarpun dalam majlis yang banyak orang.
Aku kesunyian biarpun sudah punya teman

Dan malam ini
Aku cuma mau mengadu pada Tuhan.

“Kami adalah pria-pria kesepian”
“Jauh dari rumah dan ditinggalkan teman”
~.Sheila On7. ~

Lagu itu terus berkumandang dalam tempurung mindaku.

Dan malam ini
Aku cuma mau mengadu pada Tuhan.

Mengadu pada Tuhan!
Mengadu pada Tuhan!
Mengadu pada Tuhan!
Mengadu pada Tuhan!
Mengadu pada Tuhan!
.....

Nota kaki:
Tolong jangan cuba bunuh diri hanya kerana sedikit terdesak dan merasa sepi. Dalam filem itu Steve Martin cuba membunuh diri. Hahahaha! Bodoh sungguh.

Ulasan

Ungku Nor berkata…
jaki bila tengok awak ke sana ke sini berdua..hehehe

..dan sepi tiba-tiba singgah di hati.

;p
13may berkata…
steve martin camna rupanya akak???

dah lupa laa...hehhe
cakapaje berkata…
Salam WL,

Mengenai Steve Martin berlakun bodoh cuba membunuh diri...dah memang dia suka lakun watak camtu! lol!

ps. Awas cerita barat yang memasukkan pelbagai jarum secara halus ke dalam minda generasi muda terutama sekali.

psps. Saya suka tonton cerita tapi kini menyedari beberapa ciliknya mereka.
Amiene Rev berkata…
Tak baiklah cerita cerita bunuh diri macam Steve Martin ni.

Sebab nanti peminat-peminat fanatik dia ada yang terikut-ikut bunuh diri.

Macam dulu ada beberapa kes, student pakat ramai-ramai bunuh diri sama-sama.

Semuanya sebab terpengaruh. Sedih betul...
Tirana berkata…
Salam Water Lily...

Saya pun minat dengan lakonan Steve Martin walaupun tak berapa handsome..
oe~ berkata…
sunyi itu indah. sepi itu damai. bersendirian itu unik. gunakan kesempatan itu untuk kebaikan....
kalau dh sebok bersosial, apa pun takleh nak buat pulakkk.
Si Kachak Suparjo berkata…
andingkan saya ngan steve martin, sape yg lg kachak?

ha ha.

Kak, kdg2 time2 sepi tu la yg bleh buat kita muhasabah diri.
Sastri berkata…
mengadu pada Tuhan, itu yang sebaiknya... dan itu juga yang kerap sas lakukan...
tasikmerah berkata…
sepi di mana2.... dalam tawa pun kadang2 sepi kak... entah.. dah nak menopaus kot aku nih... heh~
Rajuna berkata…
aku kalau sepi, pergi kat mak aku la.perempuan ni memang penawar sepi yang bagus. tapi kalau tak kena gaya memang hancus.


p/s:dah rimas nak ada kekasih hati langsung tertutup hitam untuk berumah tangga ha ha ha
Steve Martin memang kelakau.. bukan dia belakon cerita the pink panther ke... sebagai Cloussou ke nama dia...
t.a.t.a berkata…
bagi saya org yg bunuh diri atau pernah terlintas nak bunuh diri adalah manusia paling BODOH dan paling PENDEK AKAL kat dunia nih.
artsoul berkata…
sy nk tngk la cite tu...ble info tak cannel brape..sy jarang tngk astro...bz..
waterlily berkata…
Art,
Kak Lly tak ingat la.May be HBO o Star Movie rasanya.

ps: Minat Stave Martin ek?

Tata,
Kita yang ada beragama ni, insayallah mudah-mudahan dilindungi Tuhan.

Let,
Peminat Steve jugak :P

Rajuna,
Akak jauh dari bonda tercinta.

ps: Suatu hari nanti pasti kau akan ketemu cinta sejati :)Jangan tutup pintu hatimu, rugi nanti.

Sas,
Itulah semoleknya;mengadu sesama manusia, mereka juga lemah macam kita.

Tasik,
Aku pun gitu hahaha. Krisis hampir 40an (:

Adik Kachak,
Entah! Ko lagi kachak kut sebab dia rambut dah putih hahaha!

Zamri,
Betul tu,kalau dah banyak aktiviti sosial bila masa nak ingat Tuhan.

Tirana,
Ohhh..kita serupaaaaaaaaaaaaaaaa! :p

Ameine,
Itulah - bila nonton filem2 guna penapis iman dan akal yang betul

Akhi Shah,
Amerika tidak bikin filem kecuali mereka ada agenda nak menyesatkan, mempengaruhi cara kita berfikir. Kita perlu timbangkan mana yang benar dan patut diikuti.

May,
Sila gugel imejnya hahaha!

Kak Ungku,
Apalah nak jaki..setiap couple ada masalah tersendiri. Pandai2lah membawa diri. (:

ps; Saya juga selalu rasa sepi.

T/kasih
violet berkata…
salam kak lily,

sesekali menyepikan diri mmg baik utk kesihatan. :D

jika jiwa, minda dan hati sihat insyaAllah, hidup tak kan sepi.

*mengadu pd Allah ubat yg plg mujarab.
water lily berkata…
Vee

Itulah yang sebaik mungkin. Ubat yang paling mujarab (:
alinaabdullah berkata…
salam kak lily.

kadangkadang. saya memang paling suka sepi.
water lily berkata…
Lina,

Kadang kala aku juga sukakannya. Tapi kadang kala sepi pembunuh jiwa dalam diam (:

Catatan popular daripada blog ini

Sekaki Payung Kertas

Foto pinjam

Kala langit muram dan meruntuhkan molekul-molekul H2O; di waktu dingin basah begini, ingatan pun menguakkan pintu ke zaman lalu.

Sekaki payung kertas dalam kenangan. Abah(allahyarham) sering-sering menggunakannya ketika berbasikal di waktu hujan.
Orang kampung juga menggunakannya ketika kehujanan. Atau mengiringi jenazah ke teratak sementara menunggu hari perhitungan.

Biarpun puluhan tahun berlalu, aromanya masih terbau-bau. Waktu itu ia cuma berwarna asli. Coklat kehitaman.

Wangi!!

Saya sering-sering menghidunya. Ketagihan. Umpama penghidu gam. Rasa mau dipatah-patahkan bilah-bilah rantingnya dan diratah-ratah.

Memang gila!

Kini.

Payung kertas berganti nylon. Walau bercorak cantik warna-warna, hilang seri tanpa aroma.
Katanya nylon tahan lebih lama!

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…