Langkau ke kandungan utama

Merdeka dari kaca mata seorang hamba

Kata Taf Teh, blogging kadang kala adalah terapi terapi minda dan perasaan.
Kita menulis dan berkongsi, tapi bukan segala cerita. Kalau, aku pasti ada perenggan palsu dan perencah ajinomoto.

Tapi intipati cerita tetap ada benarnya. Umpama ulangtahun kemerdekaan yang kita sambut saban tahun. Mungkin dengan pesta-pestaan tidak masuk akal. Menghabiskan wang negara dengan percik bakaran bunga api. Ucapan-ucapan skema peminpin negara. Kemudian kita bertepok sorak kampung dan maruah tergadai.

Bagi aku, tiada kemerdekaan secara total.
Tiada yang mutlak
Kerana kita adalah hamba Tuhan.

Kamu boleh menjerit hingga pecah tekak.
Tapi berpadalah.
Kita ini, aku dan kamu adalah hamba Tuhan.

Kita hamba yang paling Atas.

Ulasan

Amalina berkata…
Ya betul kita hanyalah hambaNya. Sungguh susah akal sy nak paham kenapa ada manusia yg fikir dia sgtlah berkuasa.
Ungku Nor berkata…
macam akak, nak je cerita abis-abisan tapi takut awak suma jadik trauma lak bila baca kisah hidop akak yang sebenarnya..huhuhu
*menangis dalam hati dendiam ;p*
jagoan berkata…
Kita, adalah insan menumpang. Atas dunia...

Aku dengan caraku yang sederhana...
Brader Black berkata…
Ahtok nyanyi lagu Yantzen.
Nostalgik tu.








Merdeka tu subjektif, kak.
tasekM berkata…
adik kacak benar. merdeka itu subjektif.

dari satu sudut kita merdeka di lain sudut kita dipenjara dgn macam2 perkara.

apa yg mereka rasakan merdeka belum tentu merdeka di mata kita.
13may berkata…
saya gantung bendera dari tahun lepas sampai sekrg tak turun turun lagi :)
Pa'chik berkata…
tahun katanya takde bunga api.. ekekek...

err... bunga api tu... beli ke, pakai amek yang kastam rampas... ke amek dari kilang haram yang mungkin ada kat mana-mana... cam yang meletup dulu tuh...
Ck berkata…
Betul kak, kita hamba tuhan yg paling atas, tetapi sambutan malam kemerdekaan , biasanyer buat org melayu menjadi golongan hamba paling bawah.Berlebih2an
Rajuna berkata…
aku rasa aku dah lama merdeka
sebab aku tak mengundi
bebas dari sebarang anasir politik busuk

ngahahaha
ckLah @xiiinam berkata…
Sambutan merdeka tak akan jadi se'sebal'itu, jika mereka benar-benar faham apa itu kemerdekaan bagi sebuah negara bangsa yang berdaulat....
Memang sebal melihat generasi yang seolah2 sudah tercabut akar umbinya....
A t i Q a h berkata…
Saya sambut merdeka di rumah. Yay!
kad0k. berkata…
kita merdeka dr satu sudut..tp dr satu sudut yg lain..kita masih dijajah...heh!
SHIMI berkata…
merdeka! merdeka! merdeka!
aku, kau dan juga mereka belum pasti lagi merdeka
AL-BIMA SAKTI berkata…
kemerdekaan itu zahiriah,
mengangkat mertabat dan maruah.
kemerdekaan sebenar pada minda,
segala tindak biar berpada.

dan sebagai hamba tuhan, kemerdekaan adalah nikmat yang bertimpalan...

selamat sambut ulangtahun merdeka..!
Tanpa Nama berkata…
salam kak,

betul tu... manusia asyik nak bebas je... terlampau bebas akan undang alpa... nanti mula kacau bilau...
Kemerdekaan itu sangat subjektif.

Bukan semata-mata yang nampak di depan mata, tapi di jiwa dan minda.
Merdeka pada rasa
merasa bebas dalam jiwa
Merdeka pada hati
mencari Cahaya sebelum mati

Kadang-kala manusia leka & alpa
diantara dosa dan pahala
S.YanaZ berkata…
WaterLily,
Merdeka itu meraikan kemerdekaan di tempat yg merdeka, dgn penuh kemerdekaan...
cikgooden berkata…
WL: sekarang, kemerdekaan kelihatan jelas pada gantungan bendera saja. makna dan semangatnya dah lama hilang. tak caya?..pi tanya budak sekolah. Walaupun dah berbuih mulut, dah jadi labuh bibir guru menerangkan maksud kemerdekaan, hanya yang diingat...malam merdeka, pi tengok konsert, bunga api, malah merendek sampai pagi. kesian!

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...