Langkau ke kandungan utama

Kazue dan ruang-ruang sunyi.


...........
Ada ruang kosong dalam diri Kazue yang tagih pengisian. Dia mahu pengisian yang bererti. Kazue, anak pererempuan yang taat. Sarapan pagi sebelum bapanya keluar bekerja, jarang dilupakan. Rutin semenjak ibunya uzur.

Kazue yang pengasih.


Mencintai alam, muzik dan seni. Menyayangi haiwan hatta seekor semut sekalipun.

Kazue yang teliti.


Perempuan itu mencatat semua yang bersimpan dan terzahir dari hatinya dalam sebuah jurnal peribadi. Ada buku kecil yang tidak cantik. Ada meja kecil tepi tingkap. Di situ dia mencoret corat tentang apa-apa saja. Mana mampu dia membeli yang cantik dan berkunci macam teman-teman yang lain.

Cukuplah sebuah buku kecil yang tidak cantik. Cukuplah dengan meja kecil di tepi tingkap. Sememangnya dia tidak mampu. Memiliki yang cantik-cantik. Maupun yang besar-besar. Apatah lagi yang mahal-mahal.

Suatu hari sebelum Tuhan mengirimkan Shimada untuknya, Kazue pernah menulis sesuatu. Mungkin itu juga yang dipinta pada Tuhan setiap kali tiba dini hari.

Di waktu bulan terang.
Di waktu bulan separa.
Di waktu bintang berkelipan.
Maupun malam hitam pekat.
Tanpa bintang-bintang dan bulan.

Itu sahaja yang dipinta dari Tuhan

Di hari panas berbara
Tika hujan separa rintik
Pada musim ume berkembangan.
Maupun pada musim dingin
Yuki memutih di bumbung kediaman
dan di jalanan sempit.
Lima waktu yang diwajibkan
Kadang kala di rumah Tuhan.

Selain pengampunan, Itu sahaja dia mahu dari Tuhan.

Seperti kalian, dia maukan Shimada. Dan Shimada yang diingini itu bukanlah putera para koperat maupun aristocrat. Bukan putera raja dari kayangan atau makhluk berdarah biru dari Mars.


Bukan!

Dia hanya lelaki biasa yang sering temui di jalanan. Di mana-mana bumi ditapak-kakikan.

Kazue menunggu hari itu. Dia yakin Shimada akan tiba. Dari umur belasan, kemudian bertingkat tambah menjadi puluhan.

Lama!


Petikan jurnal Kazue. (dicatat pada satu malam dingin, pada musim daun-daun marple berserakan) :


Tuhan,
Malam ini sungguh indah walau tanpa cahaya neon dan percikan bunga api. Di luar sana ada bulan nan terang. Di kelilingi bintang-bintang yang cantik.
Tuhan,
Moga-moga salah satu darinya akan jatuh ke ribaanku. Dan menerangi suram muram wajahku ini. Mengisi sepi sunyiku yang berlarutan ini.
Tuhan,
Kirimkan Shimada untukku.
Kirimkan Shimada untukku.


NOKTAH.


Tapi permintaan itu tidak pernah bernoktah!
Sehingga pada suatu hari. Kazue tidak mampu mencatat apa-apa lagi. Bukan kerana jejarinya kaku.


Bukan!
........

Ulasan

A t i Q a h berkata…
...tapi kerana Shimada nya telah tiba. Kah?

;)
IBU KUMBANG berkata…
emmm... touching....
generasi berkata…
hai salam singah..
emm best lah cite kat page awk nie
Pa'chik berkata…
makhluk berdarah biru... orang selatan... ekekke..
tasikmerah berkata…
Shimada... hanya mungkin hadir di sana... moga2....

ada kala jemu meminta. teruk kan aku?
Si Kachak Suparjo berkata…
Kak,
xmau bikin autobiografi?
elmely berkata…
kerana shimada datang tepat pada waktunya...........
kantoi berkata…
hi..salam

suci nya blog ni...
bersih.....cool..!!

eheheheh
Ungku Nor berkata…
alahaaiiii..to be continued eh?
Suara jiwa. Yang berjiwa. :)
water lily berkata…
Salam.

Purp,
Selamat kembali. Sangat sukar mengadaptasi watak dan suasana(budaya) lain di mana kita tidak membesar dewasa di persekitarannya.
Tapi bumi Tuhan di mana-mana pun ada bulan dan bintang:)

Kak Ungku,
Yup! Hahaha..baru best sikit. Tiap2 hari akak datang nak baca cerita si Shimada-Kazue ni.

ps: Shimada san kawan saya kat JFKL sangat handsome wooo. Tiga tahun dia dok M'sia sudah jadi gomok hahaha!

Kan,
Ko belum baca entri2 lama makcik ni dik. Sangat tidak cool dan berapi-api marah. T/kasih dan salam kenal (:

Elme,
Rahsia..ada sequelnya hehehe...

Adik kachak,
autobiografi?Wooo..cerpen pun akak tak pernah tulis hehehe...

Tasik,
Jangan jemu meminta.(dari Tuhan) Di sini tak dapat, di sana pasti ada(:

Cik,
Asal aku nak tulis darah hijau hahaha...ko memang suka mengkomedikan entri kan? heheh..

Gen,
T/kasih kerana singgah(dan suka). Saya ni berpangkat ibu dengan awak ye. Pangil makcik oke hehehe...

Ibu Kumbang,
T/kasih. Touching ya. Nanti Kak Lily sambung :p

Tiqah my swetheart,
Bukan!
Jeng! Jeng! Jeng! (muzik latar "Winter Sonata") :p

Terima kasih yang mengomen,yang menjerit di peti suara dan yang membaca diam-diam.
Sastri berkata…
ada sambungan ke kak?

salam...
kak ja berkata…
Salam WL,
Such a lovely entry.. Kja tak nak meneka.. Biar WL je berciter nanti.. lbh mengasyikkan..
Water Lily berkata…
Dik Sas
Ada (;

Kak Ja,
Semalam tengah nak tulis. Tengok entri baru saya. Nanti saya sambung okay hahaha!

Thanks

Catatan popular daripada blog ini

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…

Catatan-catatan kepada (...diri juga...)

Pada akhirnya, saya menjadi begitu yakin. Blog saya sudah tidak lagi dikunjungi. Berdasarkan rating, trafik dan komentar.  
Dan datang jua pada hari dan ketika-ketikanya saya seperti tidak kisah lagi pada perhatian manusia.
Kadang terasa mahu marah, mengomel hatta mencarut sekali pun, kita ada medium baru iaitu Facebook.
Sungguh saya memang pemarah. Tetapi yakin saya tidak pernah mencarut. Marah dalam diam. Pendam. Hilang. Kadang marah skala kecil di Facebook. Kemudian saya padam.  Adakah dosa mengaibkan orang boleh dipadam? Adakah dosa mengecilkan hati orang boleh terpadam ? Dan mereka yang menyakiti saya, enggan hormati saya itu adalah urusan mereka dengan Tuhan.
Apalah daya saya. Meyakinkan manusia-manusia lain, agar telus mengikut peraturan adalah sama sekali tidak wajar.  Kita dibesarkan dan ditarbiahkan dengan corak pemikiran yang berbeza. Lahir kita pula dari genarasi berbeza.
Masing-masing ada ego. 
Jika saya merasa membuang sampah merata tempat itu berdosa amat, barangkali a…