20.9.08

Salahkah aku?

"waterlily,
aku lagi membenci orang yang
bersifat kelihatan tidak menghukum. Tetapi sebenarnya dia menghukum. Menghukum
dalam diam.org ini tidak boleh dipanggil sbg prodigy. tetapi paranoia.Kalau tak
pun, progeny."



Aku terima komentar ini, kerana memuji seorang penulis yang menurut pada pandanganku tulisannya jarang bersifat menghukum.

Aku kagum dengan anak muda ini. Dia blogger dan penulis juga.

Salahkah aku kaguminya? Aku benci orang bersifat penghukum dan juga benci sebahagian diri aku punyai sifat-sifat itu. Menghukum tanpa jelas duduk perkara. Dan aku benci menyebut perkataan benci.

Tolong ampuni aku Tuhan. Tidak selayaknya aku menghakimi sesiapa. Apatah lagi menghukum dan melebel.

21 ulasan:

SHIMI berkata...

Semoga sentiasa dirahmati

Emi Farez berkata...

kak,
memang x patut kita membebel, tapi kita ni manusia, x mampu nak simpan semua dalam hati.. bila meluahkan isi hati walaupun bersifat menghukum tapi lepas tu lega! samat mlm!

ckLah @xiiinam berkata...

serahkan kepada Dia...kerana Dia adalah Al Mizan yang maha adil....dan al Mu'afi yang maha pengampun..

Ungku Nor berkata...

sebab tu akak selalu cakap,
"Kita ni siapa nak menghukum orang. Tuhan je yang layak menghukum hambanya.."

cakapaje berkata...

Salam WL,

Sememangnya hanya Allah s.w.t. yang boleh menghukumi sesaorang itu. Namun, Allah telah menggariskan kepada hamba hamba Nya ciri ciri manusia yang akan menerima hukuman, dan agar kita tidak menghampiri ciri ciri itu. Tapi yang lebih penting di sini mengenai kekaguman WL terhadap penulis yang dimaksudkan itu.

Tidak ada salahnya mengkagumi sesaorang itu. Namun setiap manusia ada pandangan masing masing dan mungkin kerana itulah si komentar itu berbeda pendapat dengan WL.

Cikgooden berkata...

hang tak salah.

Bila Diary Bercerita berkata...

Water Lily,
Tak ada yang salah memuji penulis itu. Tapi biasalah memang sifat manusia tidak mempunyai rasa yang sama.

Brader Black berkata...

Sebelum menghukum, marilah kita menghakimi diri sendiri.

Justeru, kita tak kan ketemu justifikasi yang wajar untuk menghukum orang lain, kerna akhirnya ia akan berbalik kepada kepincangan diri kita sendiri.

dingin berkata...

*senyum

siku lipat berkata...

we are not playing God. cuma mungkin ada sebab dia berbuat demikian dan mungkin ada hikmah kepada semua ini.

Rajuna berkata...

undang-undang yang berubah-ubah
sedang keadilan adalah kekal.


siapalah kita untuk menghukum, kak.

Lily Abdullah berkata...

Siku,
Salam kenal. Saya akui banyak hikmah. Sekurang-kurangnya dia mengajar saya mengenal pelbagai istilah yang saya tidak pernah kenal sebelum ini. Harus juga berterima kasih untuk dia kan?


Cik Din.
Senyum aja ya?*senyum juga*.

Amboi adik kachak, ayat-ayat kamu semakin mengancam woha!

Aishah,
Ya kita berbeza. Seharusnya perbezaan yang mendatangkan untung.

Cikgu,
Aku juga salah; mungkin aku sensitif sangat. Benda kecil,seharusnya aku berdiam saja seperti selalu. Tapi aku gembira juga kerana tidak berdiam-diam seperti selalu.:)

Akhi Shah,
Terima kasih untuk perkongsian ilmu :)

Kak Ungku,
Begitulah kita pun bukan maksum dosa.

Cik Lah,
Kita serahkan kepada yang Maha Mengetahui.

Emi,
jangan kita berlebih-lebihan. Kadang kala kita menghukum tanpa sengaja.

Shimi,
Semoga! :)

Juna,
Aku takut tersalah menghukum...takut sangat.

Unknown berkata...

Marianie yg di kasihi...
Terima kasih diatas entri sept 15...menusuk ke kalbu...seyunya Allah saja yang tahu.

Semoga kita mendapat rahmat lailatul qadr di mlm2 terakhir ramadhan ini...insya'Allah.

take care ye.

Awanama berkata...

salam kak. hak masing masing untuk bersuara. tapi jangan bercakap benda yang kita tidak tahu dan jangan berprasangka. itu saja.

Amiene Rev berkata...

manusia pelbagai sifatnya,
kita tentukan apakah sifat kita

kadangkala kita sedar
kadangkala kita lupa

kadangkala kita nampak
kadangkala kita buta

pancaindera
dan ilusi

13may berkata...

kita semua hanya manusia...masing masing ada kelemahan...

salam aidilfitri buat kaklily sekeluarga :)

tasekM berkata...

kak, pandangan antara kamu dan dia mungkin berbeza. kita mungkin melihat sesuatu perkara dalam perspektif yang berbeza. pada asas dan nilai yang berbeza. bagi aku tiada betul salahnya.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Saya bagai terhukum membaca entri ini.

Erinsza berkata...

adat manusia di muka bumi nie memang macam tu nak buat canne, tuhan saja yg akan membalasnyer nanti. ok lily selamat hari raya.

Lily Abdullah berkata...

Erin,
Selamatt..

Purp,
Maaf tiada niat buat kamu atau sesiapa terasa begitu. :))

Tasik & Alina
Ya, kita berhak berbeza pandangan.

May,
Salam aidilfitri untuk May jugak.

Amiene,
Kita cuma insan serba kurang dik.

Kak D,
Semoga begitu hendaknya. Amin!

S.YanaZ berkata...

Salam.
Makanyaa...(?)

Rindu

Pada hari aku ingin bersunyi dan rindu, aku datang ke blogspot. Serius! Blogspot adalah platform yang pikun. Masa untuk bertenang dan selamb...