Langkau ke kandungan utama

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop. “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya.

Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan.

Hanyalah ini!

Episod 1

Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutama ular tedung.

Episod 2

Saya tidak pandai matematik. Tahukah kalian betapa sukarnya menjadi murid yang tidak pandai matematik di zaman-zaman persekolahan saya? Kebanyakan guru pasti akan menganggap kalian pem***s,b***h,l****b dan lain-lain ucapan sewaktu dengannya. Entahlah! Mungkin waktu itu di maktab-maktab perguruan belum diajar tentang learning disability, Dyscalculia atau Teori Multiple Interligence Gadner. Suatu hari, seusia lima belas tahun, saya gagal dalam Peperksaan Percubaan SRP hanya kerana kegagalan dalam subjek matematik. Bagi seorang remaja yang ingin berjaya, ianya cukup meracun jiwa. Lebih racun dari putus cinta tahu. Saya juga pernah terlupa menghantar buku latihan untuk diperiksa guru. Jadi, bagi menyelamatkan diri dilibas rotan Mr. Lion; saya telah memeriksa sendiri kerja sekolah saya dan menurunkan tandatangannya yang disalin tampal tiru. Itulah pertama kali, saya menipu. Sumpah!

Pada suatu hari yang malang, saya tertidur di dalam kelas subjek Fizik Rampaian Sains Tingkatan Empat. Tanpa sebarang diplomasi guru Fizik saya, Mr. Lion2 yang berbadan besar itu telah mengetuk buku jejari saya dengan pembaris. Rasanya bagaimana? Sila ambil pembaris dan ketuk jari kalian sekarang okay. Kata orang, tebuan jangan dijolok sarangnya. Lalu, saya bangun tanpa gentar; saya rampas pembaris ditangan cikgu itu dan mematahkannya menjadi dua. Kemudian dengan muka selamba saya meninggalkan kelas. Sekarang dia punyai dua pembaris. Sejak Mr. Lion2 mempunyai dua pembaris, dia tidak pernah menengur saya sehingga tamat persekolahan. Mungkin cikgu itu terkejut dengan reaksi saya. Maklum saja, saya dikenali dengan imej pendiam, penurut kata dan cikgu disiplin pun tidak kenal saya.

Episod 3

Sesudah tamat persekolahan, saya konon-kononya mau berdikari. Saya pernah menjadi orang gaji, pekerja kilang, mencuci pinggan di kedai makan untuk menyara hidup. Gaji saya dibayar ala kadar; sesuka hati boss membuatkan saya sering bertukar kerja.

Dalam usia hampir empat puluhan, saya hampir-hampir memenuhi keseluruhan episod dan babak dalam kehidupan. Bertemu pelbagai ragam manusia.

Bagi saya, kehidupan cuma punya dua cerita. Sisi terang yang selalu menjadi kebanggaan dan sisi gelap yang ingin kita sembunyikan, bunuh dan melupakan.

Ada puluhan episod dalam kehidupan yang enggan saya ceritakan.
Kematian adalah episod terakhir di pentas bernama dunia. Perjalanan pulang di mana karma bermula. Lambat atau pantas episod ini akan dilalui jua. Cuma kala itu,lidah kita kelu dan jejari jadi kaku. Tidaklah dapat kamu atau saya dan mereka bercerita lagi.

Ulasan

kak!...aku berani sumpah lahanat...ni lah N3 yg best aku pernah baca dalam blog hang...
Ungku Nor berkata…
cerita tentang hidup..takkan pernah habis selagi jasad bernafas.
SHIMI berkata…
Benar kata cikgu oden. Entri kali ini datang dan berpakaej dengan pelbagai perasaan.
Tulislah selagi kamu mampu. Semoga ia memberi ajaran pada yang lain danjuga aku
Salam Aidil Fitri Kak Lily
Moga bahagia
tasikmerah berkata…
kak, aku yg sgt suka matematik ni pun pernah di rotan. ha ha. bukan zaman sekolah tapi zaman matrik. ha ha. kamu bayangkan. dah besor2 aku kena rotan. kerana rotan itu juga aku tekad.

masa dapat result final exam. dgn izin Dia aku dapat A. Aku pergi berjumpa cekgu itu utk tunjukkan result aku. sebenarnya saja nk tunjuk.

dan cekgu itu kata. kejayaan awak atas usaha awak.

tiba2 aku rasa bersalah. aku sedih. kalau tidak kerana izin Dia dan kerana ajaran cekgu itu yg baik aku takkan dapat keputusan begitu.

maafkan aku tuhan. maafkan aku cekgu.
along berkata…
bagus la tulisan akak.....maaf zahir dan batin..
entry yang sangat berjiwa......

p/s:ckLah pun hampir fail juga Ilmu Hisab masa SRP dulu.......asal nak tanya je Mr. Chong yang garang tu, dia akan jawab "Haiiyaaa...itu pun ta tau kaa!"
Rajuna berkata…
kak
sungguh tragis. aku rasa, kakak ni kuat semangat. semoga terus tabah menghadapi kehidupan.
oe~ berkata…
ada rasa. tahniah. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.
Aishah Jamal berkata…
Warna warni kehidupan itu banyak 'mendewasakan' kita.
Salam Aidil Fitri. Maaf Zahir & Batin.
Kehidupan, begitulah. Kegembiraan dan kedukaan, kadang-kadang bukan pilihan kita. Kita tak akan pernah mampu mendustai takdir. Tapi jangan sesekali kita berputus asa dari rahmat Tuhan. :)

Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat kak WL dan suami. :)
pHu YinG berkata…
Ooo.. orang utara rupanya. Balik raya kampung siapa tahun ni? ;-)

Selamat Hari Raya buat akak juga.. Maaf zahir & batin. Bila nak turun JB ni? ;-p
kad0k. berkata…
slmt hari raya aidilfitri sis..maaf zahir dan batin.:)
Pa'chik berkata…
masa pompo, aku suka che'gu matematik tambah... pompai.. tak suka... hahaha...

penah aku gi tido je kat laiberi... ekekeke...

tapi, tak penah buat keja tipu sain neh.... ekekeke...
Buwau98 berkata…
Wow
Saya nampak satu perubahan yang ketara,dari blog berwarna warni yang disulami dengan entri penuh emosi didalam perjalanan penuh liku; kini menjadi satu paparan yang bersahaja tapi masih kekal dengan kelainan itu.
Ahmad WM Omar berkata…
Salam,

Sememangnya anda seorang penulis cerita yang bagus. Saya sangat suka tentang cerita bagaimana anda mematahkan pembaris cikgi Lion2! Kalau saya menjadi anda, saya pun tentu bangga bercerita tentang peristiwa itu.

Tentu anda seorang yang sangat berbeza dan unik, kerana kebanyakan orang tidak mempunyai keberanian untuk mencetus perkara yang sebegitu. Saya juga bersetuju tentang pendapat sisi terang & sisi gelap itu.

Teruslah menulis, kerana saya tidak akan berhenti membaca.
Pyanhabib berkata…
selamat hari raya aidilfitri
memohon dam memberikan kemaafan
de_kerinchi berkata…
Assalamualaikum w.b.t.

Selamat hari raya dan maaf zahir batin dari saya sekeluarga...

semoga diberkati Allah s.w.t
el haNes berkata…
wah!
otai juga lu zaman skolah.
mesti mr lion tuh gegar!
Si Kachak Suparjo berkata…
Aisey men!

Ini budak berantai la. Selamba je patahkan pembaris subsidi chegu.


Lu gile la beb!
abdullahjones berkata…
selamat hari raya.
Hasrul Halid berkata…
Uhhh! Entri! Pekh!

Selamat Hari Raya!
A t i Q a h berkata…
Saya pun angkat tangan juga!!
Entri ini penuh jiwa.
Salam lebaran kak. =)


Psst..nak balas SMS akak, tapi telefon saya tu buat hal pulak. Tak boleh hantar SMS. =(
sinaganaga berkata…
Fizik = P8. Satu mate lagi nak fail. HA HA.
Sri Diah berkata…
Salam Aidilfitri daripada akak sekeluarga untuk WL dan hubby.
alinaabdullah berkata…
wah. suka. tulis lagi kak. agaknya orang suka mendengar kisah orang lain ye.. ?

ps. saya pernah tinggal 3 tahun di alor merah, aloq setaq. :)
en_me berkata…
salam aidilfitri maaf zahir batin dari me yg ini..
tasikmerah berkata…
kakaaaaaaaaaaak ngape tak hapdet lg nih... tak habih beraya lagi ke hah? he he...
mana kak Wl ni wey...hapdet laaa..
(aku sama cam tasikmerah gak...nak baca cerita hang!)
BurungBelatuk berkata…
Salam singgah n salam perkenalan...camat raye.....
Water Lily berkata…
Salam perkenalan untuk yang baru singgah. Salam Aidiftri untuk semua.

Maaf zahir batin.

ps: saya sangat sibuk menyiapkan tugasan. Mungkin tidak sempat melawat kamu atau meng'update' blog.

Catatan popular daripada blog ini

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…

Catatan-catatan kepada (...diri juga...)

Pada akhirnya, saya menjadi begitu yakin. Blog saya sudah tidak lagi dikunjungi. Berdasarkan rating, trafik dan komentar.  
Dan datang jua pada hari dan ketika-ketikanya saya seperti tidak kisah lagi pada perhatian manusia.
Kadang terasa mahu marah, mengomel hatta mencarut sekali pun, kita ada medium baru iaitu Facebook.
Sungguh saya memang pemarah. Tetapi yakin saya tidak pernah mencarut. Marah dalam diam. Pendam. Hilang. Kadang marah skala kecil di Facebook. Kemudian saya padam.  Adakah dosa mengaibkan orang boleh dipadam? Adakah dosa mengecilkan hati orang boleh terpadam ? Dan mereka yang menyakiti saya, enggan hormati saya itu adalah urusan mereka dengan Tuhan.
Apalah daya saya. Meyakinkan manusia-manusia lain, agar telus mengikut peraturan adalah sama sekali tidak wajar.  Kita dibesarkan dan ditarbiahkan dengan corak pemikiran yang berbeza. Lahir kita pula dari genarasi berbeza.
Masing-masing ada ego. 
Jika saya merasa membuang sampah merata tempat itu berdosa amat, barangkali a…