Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...
Ulasan
p/s: Mar sihat hendaknya.
malam2 ramadhan ni, berharga kan.:)
:D
Terima kasih atas ingatan itu.
Kadok,
kak Lily cuma bersahur dengan secawan air coklat panas(harap2 tak de taik cicak) dan kurma hrhehe..
ps: entri Tasik semakin kelakar.
Me,
ya..ya..cantik sungguh malm tadi.
Zambri,
14 hari yang berbaiki..insyallah. Harap2 berpeluang lagi.
Purp,
Pagi yang gelap hahaha!:D
Tasik,
Hanya Tuhan yang tahu..tiba2 aku teringat lakonan isteri curang lakonan Shiela Rusli dan Afdlin Shauki...err..menyimpang aku ni...
Kak ungku,
Masa dok terliur lagi tengok pix2 makan minum kat blog akak. Uhhhhhhhhhhh..menggoda sungguh.
Lily,
Malam tadi langit sungguh indah indah tau:)
CK,
Insyaallah. semoga!
Liyana,
Salam Ramadhan juga dik. Moga2 ada keberkatan.
Tiqah,
Kak Lily juga begitu. Dan menyesal bila masa berlalu.
Anuar,
Kamu cari sebelah bumi Tuhan yang lain:)
C Lah,
Minggu lalu saya habiskan dengan berbaring-baring kesakitan dan bangun mengejar date line assigment
cikgu,
Moga2..insyaallah
Shimi,
Ya..syukur yang perlu ada...yang benar2 dan praktikal.
t. kasih.
ps; saya mengantuk. seriusss hahahah!