Langkau ke kandungan utama

Malam


Malam
Jam tiga
Mata masih jaga

Agaknya Engkau mahu
merahmati aku

Tapi aku biar kerahmatan itu
berlalu
Untuk urusan yang tanpa tentu
Dan
Seumpama selalu-selalu
Aku kesal pilu

Pabila matahari bangun
Keesokan pagi
Cuma syukur aku panjatkan
kerna masih punya nafas.

Ulasan

SHIMI berkata…
Syukur kerana kita dibangkitkan dari mati kecil itu perlu ada.
Cikgooden berkata…
moga esok kau akan jumpa juga sirna nya.....
ckLah @xiiinam berkata…
Alhamdulillah. Moga pengisianmalam-malam beikutnya di minggu maghfirah ini lebih bererti. Amiin.

p/s: Mar sihat hendaknya.
Unknown berkata…
saya sedang mencari siang yang panjang...
A t i Q a h berkata…
Saya pun selalu membiarkan malam berlalu begitu saja. :(
Yana Ismail berkata…
Salam ramadhan kak;)

malam2 ramadhan ni, berharga kan.:)
Ck berkata…
semoga esok masih ada.................
MOLY berkata…
dah lama x tengok bintang ...
Ungku Nor berkata…
awak ni asal jam 3 pagi je takleh tido..hehehe
tasekM berkata…
malam yg penuh rahsia...
boe~ berkata…
masih ada kesempatan untuk mengisi waktu malam. ada 14 hari lagi baki ramadhan tahun ni.
en_me berkata…
malam tadi bulan mengambang penoh.. chantekkks
Jam 3 bukan dah pagi ke kak?

:D
kad0k. berkata…
terus sahur kak lily..itu juga satu ibadah kan?..:)
SeRiaB berkata…
betui.. nak lagi best, dah masuk pertengahan Ramadhan.. jangan la dibazirkan kesempatan yang diberikan..
Lily Abdullah berkata…
Syam,
Terima kasih atas ingatan itu.

Kadok,
kak Lily cuma bersahur dengan secawan air coklat panas(harap2 tak de taik cicak) dan kurma hrhehe..

ps: entri Tasik semakin kelakar.

Me,
ya..ya..cantik sungguh malm tadi.

Zambri,
14 hari yang berbaiki..insyallah. Harap2 berpeluang lagi.


Purp,
Pagi yang gelap hahaha!:D

Tasik,
Hanya Tuhan yang tahu..tiba2 aku teringat lakonan isteri curang lakonan Shiela Rusli dan Afdlin Shauki...err..menyimpang aku ni...

Kak ungku,
Masa dok terliur lagi tengok pix2 makan minum kat blog akak. Uhhhhhhhhhhh..menggoda sungguh.

Lily,
Malam tadi langit sungguh indah indah tau:)

CK,
Insyaallah. semoga!

Liyana,
Salam Ramadhan juga dik. Moga2 ada keberkatan.

Tiqah,
Kak Lily juga begitu. Dan menyesal bila masa berlalu.

Anuar,
Kamu cari sebelah bumi Tuhan yang lain:)

C Lah,
Minggu lalu saya habiskan dengan berbaring-baring kesakitan dan bangun mengejar date line assigment

cikgu,
Moga2..insyaallah

Shimi,
Ya..syukur yang perlu ada...yang benar2 dan praktikal.

t. kasih.

ps; saya mengantuk. seriusss hahahah!

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam