Duit ini saya mahu guna untuk beli makanan kucing saya. Click Please!

7.9.08

Jujur

Selalu-selalu aku mendengar. Sedari umur budak hingga berpangkat emak budak. Satu statement yang cukup senonim dengan bulan Ramadhan. Kita tidak boleh bercakap bohong di bulan mulia ini. Nanti kurang pahala puasa kita. Begitulah emak beritahu aku. Abah juga. Juga ustaz-ustazah dan para guru.

Mesti jujur sejujurnya! Nanti malaikat akan mencatat di sebelah kiri. Adakah ini bemakna kita boleh berfoya-foya di bulan selain Ramadhan? Jawapannya tentulah kita semua maklum bukan?

---------------------------------------------------------

Tadi kelas para pelajar dewasa bermula untuk semester baru. Tutor yang sangat prihatin dan berdedikasi itu bertanya kami.
“Kenapa dipilih bidang ini? “

Sampai giliran aku. Terdiam seketika. Haruskah aku berjujur-jujur?
Sah! Hari ini pahala ditolak. Aku menjawab lain dari kata hati.

Tapi!
Aku kagum betul dengan seorang mamat ini.
‘Saya terpaksa. Saya tak ada pilihan puan.”
Jawapan yang cukup jujur dan selamba.

Aiseh!
Kenapa susah sangat aku mau jawab macam dia. Bukankah lebih mudah jika aku juga berjujur-jujur macam dia.
‘Saya terpaksa. Saya tak ada pilihan puan.”

ps: Aku syak jika aku jawab begitu, Yayasan Kebajikan Negara akan tarik kembali tajaan mereka. :p

25 ulasan:

Perempuan Kalis Peluru berkata...

sama jawapan bila waktu mula-mula di temuduga itu...

nak jadi KSN tapi aliran kimia...
terpaksa walaupun banyak pilihan...

wushh...alangkah indah klu aku mampu kembali ke zaman silam pasti jurusan sains politik yang aku ambil!

atiqah berkata...

Mungkin ada hikmahnya, yang kita belum nampak lagi. Kan kak? ;)

SHIMI berkata...

Kejujuran itu kadang susah untuk terlontar dari mulut. Ada sesuatu yan perlu disembunyi dan tersembunyi

kak ja berkata...

Hmmm... Talking about honesty, which 'they' say is the best policy... reminds me of a conversation I once had with someone.. I said to him/her, "well, sometimes I tell, sometimes I don't; and when I tell, I don't necessarily tell all!!"

Guess by not telling all, I wasn't being honest enough..

Sori, terckp omputeh plak.. WL, kekdg kita tak perlu terlalu jujur dgn org lain sekiranya bakal menjejaskan keharmonian dgn yg mendengar.. Cukuplah kalau kita jujur dgn diri kita sendiri..

xiiinam751, musafir denganMu berkata...

terpaksa ya..
ckLah ngantoook sangat ni,
tapi terpaksa bangun sediakan lauk sahur untuk anak-anak..he...he..he.

p/s: Cerita ckLah keluar tajuk ni!

Water Lily berkata...

Cik Lah,
Faham. Sangat2 faham situasi itu hehehe..

Kak Ja,
ya betul tu. Jika saya berjujur tadi rosaklah reputasi saya di depan tutor itu hahaha!

Shimi
Umpama menulis blog. Ada cerita yang perlu disembunyikan dan ada rasa yang perlu dipendamkan kadang kala

Tiqah
ya..harapannya begitulah. :)

Kalis,
Begitulah kita. Ada waktu berkata jujur tidak menguntungkan.

T kasih

Cikgooden berkata...

ada masa kita kena cakap benda yg tak betul itu betul walaupun benda tu betul betul tak betul sebab. terpaksa! Anggaplah ia membetulkan keadaan

Amalina berkata...

mungkin mula2 terpaksa, bila dah belajar suka pula. tak kenal maka tak cinta. apa2 pun, selamat berjuang menuntut ilmu. amal pun tak pasti suka ke tak, focus asik lari ke lain.

tasikmerah berkata...

aku suka mamat tu kak... :)

Si Kachak Suparjo berkata...

Kebenaran kadang2 menyakitkan.

Kadang-kadang.

Tu pasal kadang2 aku x berlaku jujur.

Kadang-kadang.

Water Lily berkata...

Adik kachak,
ya..kadang kala begitulah..

Tasik
Dia satu-satunya mamat yang mengikuti kursus ini.Kursus cikgu pra sekolah/tadika.

Mulanya, aku kagum juga.Lepas tu dengar cerita setiap semester dia bertukar kerja. Semester ni, dia kerja kat syarikat insuran. Sem lepas kat tadika. Entah!

Amal,
Dah nak abih kursus ni..walau dapat score A pun tak juga gembira..camne eh? Kalau la YKN bagi pilihan dulu, akak mau masuk ASWARA.

cikgu,
Aku menjawab dengan jujur di sini. Harap2 takde orang YKN baca hahaha!

T kasih

blackpurple @ jowopinter berkata...

Jujur berpura-pura pun jujur juga namanya. Kan?

Jujur berpura-pura bukahkah lebih elok dari berpura-pura jujur? Entah!

alinaabdullah berkata...

kak. adakalanya mungkin ada yang suka akan kejujuran kita itu walaupun kita tak best.

kak. tak nak ambil kursus melukis dengan saya ke?? :)

en_me berkata...

cakap "aku punyer suker larrr" ekeke, volleee gittewww..

pHu YinG berkata...

Phuying lapar. Jujur nih.

;-p

Selamat berbuke!

artsoul berkata...

kdg2 sy oun mcm tu jgk..bkn bermaksud tknk jujur tapi tk pasti sbenarnyeee...hmmm,patut berubah...

Pa'chik berkata...

sejujurnya, aku tak suka aaahhh lagu jujur kumpulan radja tuh... aku lagi suka lagu sejujur mana kah kata-kata kumpulan sepering tuh...

Oda-オダ berkata...

huhu...sejujurnya akak saya dulu masa degree tak suka jugak dengan course sy...terpaksa amik jugak...mula2 tak suka tp lama2 best pulak... tak semua yang kita nak kita dapat kak...bak kata amalina..tak kenal maka tak cinta..hehe (^_^)

faisol berkata...

terima kasih sharing info/ilmunya...
saya membuat tulisan tentang "Mengapa Pahala Tidak Berbentuk Harta Saja, Ya?"
silakan berkunjung ke:

http://achmadfaisol.blogspot.com/2008/08/mengapa-pahala-tidak-berbentuk-harta.html

semoga Allah menyatukan dan melembutkan hati semua umat Islam, amin...

salam,
achmad faisol
http://achmadfaisol.blogspot.com/

Water Lily berkata...

En Faisal,
Saya sudah meneliti dan memtelaah laman dan tulisan sdra.

Trima kasih untuk perkongsian ilmu sesama kita.

Oda,
Mudah-mudahan akak akan menyukai bidang ini. Mungkin ada rahmat, sebalik sseuatu yang tidak kita sukai.

Chik,
Ala..ke situ pulak kau. Jujurnya,aku suka Radja hehehe...

Art,
Jujur biar punya batas. Takut ada jujur yang akan memutuskan silaratulrahim.

Ying,
Jujurnya, sangat mengantuk ketika ini hahaha..

me,
Oh..itu sngat tidak sopan gituuu hahaha..

Lina,
Kak Lily jenis keras tangan..tak pegang berus..koyak kanvas nanti hahahah..

Purp,
Jujur berpura-pura?Bagaimana itu? bagi contoh hehehe..

T kasih semua.

kuchalana berkata...

dgn berterus trg.. it shows our stand.. sesungguhnya ALLAH lebih tahu untuk setiap sesuatu

Water Lily berkata...

Kuchalana,
Betul,Tuhan lebih tahu untuk segala sesuatu...

Kadang brjujur dngan diri sendiri juga sukar.

tajudin berkata...

jujur? berapa jujur kita boleh tempuh? subjektif, kan?

Water Lily berkata...

Tajudin,
yep! jujur itu subjektif..ada pelbagai tafsir


ps;lama tak ke sini ya.

tajudin berkata...

dalam 2 hari tak datang.
in blogroll wef today.