“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop. “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya.
Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan.
Hanyalah ini!
Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan.
Hanyalah ini!
Episod 1
Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutama ular tedung.
Episod 2
Saya tidak pandai matematik. Tahukah kalian betapa sukarnya menjadi murid yang tidak pandai matematik di zaman-zaman persekolahan saya? Kebanyakan guru pasti akan menganggap kalian pem***s,b***h,l****b dan lain-lain ucapan sewaktu dengannya. Entahlah! Mungkin waktu itu di maktab-maktab perguruan belum diajar tentang learning disability, Dyscalculia atau Teori Multiple Interligence Gadner. Suatu hari, seusia lima belas tahun, saya gagal dalam Peperksaan Percubaan SRP hanya kerana kegagalan dalam subjek matematik. Bagi seorang remaja yang ingin berjaya, ianya cukup meracun jiwa. Lebih racun dari putus cinta tahu. Saya juga pernah terlupa menghantar buku latihan untuk diperiksa guru. Jadi, bagi menyelamatkan diri dilibas rotan Mr. Lion; saya telah memeriksa sendiri kerja sekolah saya dan menurunkan tandatangannya yang disalin tampal tiru. Itulah pertama kali, saya menipu. Sumpah!
Pada suatu hari yang malang, saya tertidur di dalam kelas subjek Fizik Rampaian Sains Tingkatan Empat. Tanpa sebarang diplomasi guru Fizik saya, Mr. Lion2 yang berbadan besar itu telah mengetuk buku jejari saya dengan pembaris. Rasanya bagaimana? Sila ambil pembaris dan ketuk jari kalian sekarang okay. Kata orang, tebuan jangan dijolok sarangnya. Lalu, saya bangun tanpa gentar; saya rampas pembaris ditangan cikgu itu dan mematahkannya menjadi dua. Kemudian dengan muka selamba saya meninggalkan kelas. Sekarang dia punyai dua pembaris. Sejak Mr. Lion2 mempunyai dua pembaris, dia tidak pernah menengur saya sehingga tamat persekolahan. Mungkin cikgu itu terkejut dengan reaksi saya. Maklum saja, saya dikenali dengan imej pendiam, penurut kata dan cikgu disiplin pun tidak kenal saya.
Episod 3
Sesudah tamat persekolahan, saya konon-kononya mau berdikari. Saya pernah menjadi orang gaji, pekerja kilang, mencuci pinggan di kedai makan untuk menyara hidup. Gaji saya dibayar ala kadar; sesuka hati boss membuatkan saya sering bertukar kerja.
Dalam usia hampir empat puluhan, saya hampir-hampir memenuhi keseluruhan episod dan babak dalam kehidupan. Bertemu pelbagai ragam manusia.
Bagi saya, kehidupan cuma punya dua cerita. Sisi terang yang selalu menjadi kebanggaan dan sisi gelap yang ingin kita sembunyikan, bunuh dan melupakan.
Ada puluhan episod dalam kehidupan yang enggan saya ceritakan.
Kematian adalah episod terakhir di pentas bernama dunia. Perjalanan pulang di mana karma bermula. Lambat atau pantas episod ini akan dilalui jua. Cuma kala itu,lidah kita kelu dan jejari jadi kaku. Tidaklah dapat kamu atau saya dan mereka bercerita lagi.
Ulasan
Tulislah selagi kamu mampu. Semoga ia memberi ajaran pada yang lain danjuga aku
Salam Aidil Fitri Kak Lily
Moga bahagia
masa dapat result final exam. dgn izin Dia aku dapat A. Aku pergi berjumpa cekgu itu utk tunjukkan result aku. sebenarnya saja nk tunjuk.
dan cekgu itu kata. kejayaan awak atas usaha awak.
tiba2 aku rasa bersalah. aku sedih. kalau tidak kerana izin Dia dan kerana ajaran cekgu itu yg baik aku takkan dapat keputusan begitu.
maafkan aku tuhan. maafkan aku cekgu.
p/s:ckLah pun hampir fail juga Ilmu Hisab masa SRP dulu.......asal nak tanya je Mr. Chong yang garang tu, dia akan jawab "Haiiyaaa...itu pun ta tau kaa!"
sungguh tragis. aku rasa, kakak ni kuat semangat. semoga terus tabah menghadapi kehidupan.
Salam Aidil Fitri. Maaf Zahir & Batin.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat kak WL dan suami. :)
Selamat Hari Raya buat akak juga.. Maaf zahir & batin. Bila nak turun JB ni? ;-p
penah aku gi tido je kat laiberi... ekekeke...
tapi, tak penah buat keja tipu sain neh.... ekekeke...
Saya nampak satu perubahan yang ketara,dari blog berwarna warni yang disulami dengan entri penuh emosi didalam perjalanan penuh liku; kini menjadi satu paparan yang bersahaja tapi masih kekal dengan kelainan itu.
Sememangnya anda seorang penulis cerita yang bagus. Saya sangat suka tentang cerita bagaimana anda mematahkan pembaris cikgi Lion2! Kalau saya menjadi anda, saya pun tentu bangga bercerita tentang peristiwa itu.
Tentu anda seorang yang sangat berbeza dan unik, kerana kebanyakan orang tidak mempunyai keberanian untuk mencetus perkara yang sebegitu. Saya juga bersetuju tentang pendapat sisi terang & sisi gelap itu.
Teruslah menulis, kerana saya tidak akan berhenti membaca.
memohon dam memberikan kemaafan
Selamat hari raya dan maaf zahir batin dari saya sekeluarga...
semoga diberkati Allah s.w.t
otai juga lu zaman skolah.
mesti mr lion tuh gegar!
Ini budak berantai la. Selamba je patahkan pembaris subsidi chegu.
Lu gile la beb!
Selamat Hari Raya!
Entri ini penuh jiwa.
Salam lebaran kak. =)
Psst..nak balas SMS akak, tapi telefon saya tu buat hal pulak. Tak boleh hantar SMS. =(
ps. saya pernah tinggal 3 tahun di alor merah, aloq setaq. :)
(aku sama cam tasikmerah gak...nak baca cerita hang!)
Maaf zahir batin.
ps: saya sangat sibuk menyiapkan tugasan. Mungkin tidak sempat melawat kamu atau meng'update' blog.