"waterlily,aku lagi membenci orang yang
bersifat kelihatan tidak menghukum. Tetapi sebenarnya dia menghukum. Menghukum
dalam diam.org ini tidak boleh dipanggil sbg prodigy. tetapi paranoia.Kalau tak
pun, progeny."
Aku terima komentar ini, kerana memuji seorang penulis yang menurut pada pandanganku tulisannya jarang bersifat menghukum.
Aku kagum dengan anak muda ini. Dia blogger dan penulis juga.
Salahkah aku kaguminya? Aku benci orang bersifat penghukum dan juga benci sebahagian diri aku punyai sifat-sifat itu. Menghukum tanpa jelas duduk perkara. Dan aku benci menyebut perkataan benci.
Tolong ampuni aku Tuhan. Tidak selayaknya aku menghakimi sesiapa. Apatah lagi menghukum dan melebel.
Ulasan
memang x patut kita membebel, tapi kita ni manusia, x mampu nak simpan semua dalam hati.. bila meluahkan isi hati walaupun bersifat menghukum tapi lepas tu lega! samat mlm!
"Kita ni siapa nak menghukum orang. Tuhan je yang layak menghukum hambanya.."
Sememangnya hanya Allah s.w.t. yang boleh menghukumi sesaorang itu. Namun, Allah telah menggariskan kepada hamba hamba Nya ciri ciri manusia yang akan menerima hukuman, dan agar kita tidak menghampiri ciri ciri itu. Tapi yang lebih penting di sini mengenai kekaguman WL terhadap penulis yang dimaksudkan itu.
Tidak ada salahnya mengkagumi sesaorang itu. Namun setiap manusia ada pandangan masing masing dan mungkin kerana itulah si komentar itu berbeda pendapat dengan WL.
Tak ada yang salah memuji penulis itu. Tapi biasalah memang sifat manusia tidak mempunyai rasa yang sama.
Justeru, kita tak kan ketemu justifikasi yang wajar untuk menghukum orang lain, kerna akhirnya ia akan berbalik kepada kepincangan diri kita sendiri.
sedang keadilan adalah kekal.
siapalah kita untuk menghukum, kak.
Salam kenal. Saya akui banyak hikmah. Sekurang-kurangnya dia mengajar saya mengenal pelbagai istilah yang saya tidak pernah kenal sebelum ini. Harus juga berterima kasih untuk dia kan?
Cik Din.
Senyum aja ya?*senyum juga*.
Amboi adik kachak, ayat-ayat kamu semakin mengancam woha!
Aishah,
Ya kita berbeza. Seharusnya perbezaan yang mendatangkan untung.
Cikgu,
Aku juga salah; mungkin aku sensitif sangat. Benda kecil,seharusnya aku berdiam saja seperti selalu. Tapi aku gembira juga kerana tidak berdiam-diam seperti selalu.:)
Akhi Shah,
Terima kasih untuk perkongsian ilmu :)
Kak Ungku,
Begitulah kita pun bukan maksum dosa.
Cik Lah,
Kita serahkan kepada yang Maha Mengetahui.
Emi,
jangan kita berlebih-lebihan. Kadang kala kita menghukum tanpa sengaja.
Shimi,
Semoga! :)
Juna,
Aku takut tersalah menghukum...takut sangat.
Terima kasih diatas entri sept 15...menusuk ke kalbu...seyunya Allah saja yang tahu.
Semoga kita mendapat rahmat lailatul qadr di mlm2 terakhir ramadhan ini...insya'Allah.
take care ye.
kita tentukan apakah sifat kita
kadangkala kita sedar
kadangkala kita lupa
kadangkala kita nampak
kadangkala kita buta
pancaindera
dan ilusi
salam aidilfitri buat kaklily sekeluarga :)
Selamatt..
Purp,
Maaf tiada niat buat kamu atau sesiapa terasa begitu. :))
Tasik & Alina
Ya, kita berhak berbeza pandangan.
May,
Salam aidilfitri untuk May jugak.
Amiene,
Kita cuma insan serba kurang dik.
Kak D,
Semoga begitu hendaknya. Amin!
Makanyaa...(?)