Langkau ke kandungan utama

Cantik Sempurna!



Disclaimer: Entri ini ditulis sempena sambutan Hari OKU Sedunia 2008.

Cantik sempurna!
Hati yang redha akan mengiyakan segalanya. Semuanya!

“Kamu cantik! Berlesung pipit dan kamu pandai” Puji seorang lelaki. Wajahnya serius dan hati saya terbata-bata jadinya menerima pujian tersebut. Antara percaya dengan tidak. Antara malu dan sedikit bangga; tapi saya yakin dia tidak mempunyai apa-apa agenda. Dia guru saya. Guru Bahasa Inggeris saya.

Itu cerita hari-hari remaja yang saya lalui. Saya yang introvert melalui hari-hari remaja payah dan penuh gundah. Saya penyendiri dan masa banyak saya habiskan dengan buku-buku di perpustakaan. Teman saya cuma Khadijah.

Cantik sempurna!
Hati yang redha akan mengiyakan segalanya. Semuanya!

Hari itu.
Seorang teman lama saya temui. Dia mengeluh pada saya. Sama seperti keluhan-keluhan saya di masa-masa lalu.

“Buruk sangat ke aku ni kak? Teruk sangatkah berada di atas kerusi roda? Hingga dia (teman saya itu menyebut nama gadis yang dicintainya; yang juga berkerusi roda) menolak aku.”

Lalu saya tanyai dia kembali. “Kamu rasa bagaimana? Jika kamu rasa teruk, maka segalanya akan jadi buruk”.

Dia terdiam. “Kau tak faham kak, kau boleh berjalan”

Ya. Mungkin benar saya tidak memahaminya. Lalu, saya katakan padanya, saya juga punya kesusahan sendiri. Bayangkan, sukarnya saya mau mengenakan tudung, menyuap makanan; betapa sukarnya saya terpaksa mengulang-mengulang percakapan agar difahami orang.

Lalu, saya tunjukkan Azlan dan isteri padanya. Mereka juga susah. Azlan setiap kali mahu berurusan dengan bank atau apa-apa terpaksa meminta bantuan suami saya kerana di kuartes kami tiada siapa yang memahami bahasa tangan dan jari-jemarinya itu.

Teman saya itu lalu terdiam. Berfikir mungkin.

Lalu saya menyambung ” Bayangkan jika kamu berdua berjodohan. Berkerusi roda keduanya memang tampak sepadan. Bolehkan, mampukah kamu menjaga antara satu sama lain? Tidakkah kamu menyusahkan dia dan diri kamu sendiri?”

“Jika kamu tidak berkaki, minta Tuhan hantarkan seorang yang berkaki untuk kamu. Kakinya, akan menjadi kaki kamu dan mungkin kepetahan lidah kamu akan melengkapi dirinya” Saya seraya menyambung.

“Itulah makna saling melengkapi. Sepadan tidak bermakna saling melengkapi”. Teman saya itu menggangguk-angguk.

Cantik sempurna!
Hati yang redha akan mengiyakan segalanya. Semuanya!

Kurang upaya. Aduh! Terjatuh memang menyakitkan jiwa. Patah segala raga. Apatah lagi, kelebihan dan keupayaan yang ada dipandang sebelah mata. Tetapi, seakan ada ahkam yang tidak tertulis – jika jatuh, usahakan bangun kembali.

Cantik sempurna!
Hati yang redha akan mengiyakan segalanya. Semuanya!

Sebelum memulakan perjalanan, mungkin lebih afdal untuk kita mengenali diri sepintas lalu akan entiti yang memungkinkan kita mentafsir antara antara cantik sempurna dan kurang upaya.

Cantik sempurna!
Hati yang redha akan mengiyakan segalanya. Semuanya!



Ulasan

xiiinam751 berkata…
Ya Rabbi..
Ampuni aku kerana sering lalai mensyukuri NikmatMu..

Penamu terus menyentuh rasaku...
Terima kasih kepada seorang waterlily..
Saya baca, dan cerna.

Tapi saya memilih untuk tidak mengulas apa-apa. Sebab saya pun OKU juga kadang-kadang. Kurang upaya pada fikiran dan jiwa.

:)
SHIMI berkata…
Kak, entri sangat menyentuh rasa sebagai manusia yang merasakan dirinya sempurna. Apa maknanya saling melengkapi dan cantik sempurna itu dari kacamata kakak. Moga saya tidak terlalu bermegah dengan kesempurnaan saya, dan berharap tidak punya secuit pun rasa dalam hati untuk menghina sesuatu ketidaksempurnaan.
Syukur apa jua keadaan kita, dah semoga kakak memperolehi kesempurnaan yang hakiki yang dirahmati Ilahi.
hegira berkata…
kak lily. entah kenapa rasa sebak. ya. saya pun cuba bersabar bertahun. sebab saya selalu fikir, Tuhan tak akan uji kalau bukan kemampuan kita, kan?

kak. tapi kadang dada rasa senak juga. kadangkadang.
Najmuddin Yusoff berkata…
Cantik sempurna! Tulisan ini.

Terima kasih.
Cakap Kosong berkata…
yang kurang tetap ada lebih nyer........yang lebih jangan disangka cukup sempurna.......wallahulam!
tarings berkata…
Kekurangan orang lain mungkin membuat kita insaf.
Kesempurnaan orang lain mungkin membuat kita teruja.

Cuma jangan sampai kesempurnaan yang kita rasa kita ada atau kita bangga-banggakan tampak sebagai satu kekurangan di mata orang.
fajar berkata…
kekurangan di mata kita, adalah kesempurnaan pada-Nya. itu adalah satu keistimewaan yang menyimpan hikmah yang tidak terjangkau oleh manusia.
tasikmerah berkata…
Walaupun kita tahu cantik sempurna pada zahirnya bukanlah penentu bahagia jiwa namun tetap juga kita mengimpikan yang indah2 di mata.

Aku lah... Aku lah yang selalu begitu...



.
DeeN berkata…
Kak, lebih baik cantik dan sempurna di mata DIA. Apapun, semua manusia tiada kesempurnaan total kan. Saya juga punya 2 saudara dekat yg merupakan OKU. Moga kita semua sentiasa sempurna di sisiNYA.
tak terkata apa bila baca ayat hang kak. tersusun molek ja haih...tera hang!..

hang sempurna dari sudut penyusunan ayat...wp tak sempurna dari sudut lain.sama cam aku. juga tak sempurna. dari sudut yg lain..setiap manusia mmg tak sempurna kak. Cuma sudut ja tak sama...ada sudut 'cakah', ada sudut'tirus'...
Sastri berkata…
cantik, sempurna itu bergantung kepada pandangan masing-masing...

bagi saya, akak cantik, sempurna...
anntaj berkata…
cantik sempurna = subjective..
:)
bayan berkata…
Ya, jodoh seringkali ditafsir sebagai persefahaman dan keserasian. Padahal jodoh adalah saling melengkapi.

Tuhan lebih tahu siapa yang harus melengkapi kamu.

Suka entri ini.
Nizam.Ariff berkata…
Terharu baca ini.
Ya, kita perlu saling lengkap melengkapi. Terima kasih, kak.
Kerp (Ph.D) berkata…
kata kekunci disini- keyakinan diri.

mungkin dipandang buruk oleh orang lain tapi tidak sama sekali dimata mereka yang berhati mulia.
BuRuuj berkata…
ya, manusia seharusnya bersyukur. aku juga bersyukur kerana dikurniakan Tuhan seorang OKU dalam keluarga tapi tidak seperti kakak yg mampu ke sekolah, mengenal huruf dan seluruh alam ini.

aku bersyukur kerana menjadi lebih tabah dan sabar kini.
amirahsyuhada berkata…
indah, indah tulisan di jurnal ini, dengan lagu jepun yang indah juga, entah kenapa saya tersenyum mengamati keindahan blog ini. Yang indah itu tetap sempurna walau mungkin dikata dalam ketidaksempurnaan.
kak ja berkata…
Sgt suka entry nih!! Boleh menimbulkan keinsafan di hati yg membacanya..
apei budak kampung berkata…
perhh.. touching..
Water Lily berkata…
Apei,
Terima kasih :)

Kak Ja,
Alhamdulillah..ilham yang baik itu datang dari Allah swt.


Amirah,
Apalah yang indah sangat; kak Lily tidak pandai bermain-main dengan template yang cantik. Menulis pun sekadar datangnya ilham dari sekeping hati. Bukan pernah ikuti mana-mana bengkel penulisan pun :)

Buruj,
Kakak ini juga hampir-hampir tidak dapat ke sekolah. Tapi allahyarham ayahanda,adalah manusia yang suka menongkah arus. Walau banyak tentangan, dihantarnya juga ke sekolah. Moga kamu dan saudaramu dalam rahmatnya. Ameen!

Danny,
Mereka yang berhati mulia akan sentiasa menghargai :)Dan berterima kasihlah untuk mereka.


Nizam.
Terima kasih kerana membaca dan mencerna.

Bayan,
Benar. Tuhan lebih mengetahuinya. Kita cuma memandang luaran dan membuat pesepsi mengikuti acuan kita.

Ann,
Benar. Sangat subjektif. Kita boleh mengukur mengikut acuan kita atau kita pilih panduan dari kitab Allah swt.

Sas,
Dengan rendah hati kak Lily menerima pujian itu. Yang baik itu dari Tuhan asalnya. Sempurnanya kita bukan total. :)

Cikgu,
Hang dok puji2 kak hang ni, terima kasih la.Balik Kedah nanti, mai aku belanja laksa hahaha!

ps:Kita pi deting kat Gunung Jerai mau hahaha!

Deen,
Amboi, lama berhibernasi noo...kita pi deting kat Gua Kelam boleh ka? T/kasih lah atas ingatan.

ps; kejap lagi,kak pasang balik link ke laman Deen. Edit hari tu,hilang abih :)

Tasik,
Fitrah manusia tu,jangan nafikan. Memang mereka suka yang cantik sempurna; cuma cara tafsir saja berbeza-beza.

Fajar,
Tepat sekali;tiada kompromi lagi :)

Taring,
Namanya makhluk Tuhan, tiada kesempurnaan yang total.:)

Emely,
Kesempurnaan total bukan milik kita :)

Encik Mudin,
Inilah pertama kali rasanya,encik meninggalkan komentar di blog kak Lily.T/kasih untuk pujian itu, dan segala pujian itu dikembalikan kepada yang mengilhamkan entri ini.

ps:singgahlah lagi.:)

Alina,
Bersangka baiklah dengan Tuhan;Dia takkan menguji sesuatu di luar kemampuan kita.

"Berapa ramai orang yang celaka,gara-gara cantik tubuhnya.Lalu dia dedahkan auratnya untuk tontonan yang bukan hak"

ps:Akak pinjam kata2 dalam ceramah seorang ustaz di tv Astro Oasis hahaha!

Shimi,
Ya. semoga kita sama-sama memilikinya.Ameen!

ps; T/kasih untuk tidak pernah jemu ke laman ini.

Purp,
Terima kasih kerana membaca dan mencerna. Moga-moga sistem penghadaman kamu baik-baik saja :)

Cik Lah,
T/kasih. sama-samalah kita mengambil iktibar. Yang baik,jadi teladan.

Terima kasih juga untuk yang membaca diam-diam.
Artozy berkata…
hati aku berbisik,
kau pasti cantik.
kau pasti sempurna.

kerana kau,
meredhakan dan mengiyakan.
segalanya.
semuanya.

;)
Water Lily berkata…
ab,
:)

Art,
Ya..ianyakan saja(sambil tertunduk malu) :)

T/kasih.
Yu$ berkata…
u have something which is hard to get. u r charismatic...
Water Lily berkata…
Yus,
Thank you for dropping by :)
aie akaike berkata…
tulisan kak lily mantap!

Catatan popular daripada blog ini

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…

Catatan-catatan kepada (...diri juga...)

Pada akhirnya, saya menjadi begitu yakin. Blog saya sudah tidak lagi dikunjungi. Berdasarkan rating, trafik dan komentar.  
Dan datang jua pada hari dan ketika-ketikanya saya seperti tidak kisah lagi pada perhatian manusia.
Kadang terasa mahu marah, mengomel hatta mencarut sekali pun, kita ada medium baru iaitu Facebook.
Sungguh saya memang pemarah. Tetapi yakin saya tidak pernah mencarut. Marah dalam diam. Pendam. Hilang. Kadang marah skala kecil di Facebook. Kemudian saya padam.  Adakah dosa mengaibkan orang boleh dipadam? Adakah dosa mengecilkan hati orang boleh terpadam ? Dan mereka yang menyakiti saya, enggan hormati saya itu adalah urusan mereka dengan Tuhan.
Apalah daya saya. Meyakinkan manusia-manusia lain, agar telus mengikut peraturan adalah sama sekali tidak wajar.  Kita dibesarkan dan ditarbiahkan dengan corak pemikiran yang berbeza. Lahir kita pula dari genarasi berbeza.
Masing-masing ada ego. 
Jika saya merasa membuang sampah merata tempat itu berdosa amat, barangkali a…