Duit ini saya mahu guna untuk beli makanan kucing saya. Click Please!

23.12.08

"Goodbye Days" kata Yui

video
Dua hari yang lalu. PC perlukan servis; perlu upgrade dan antivirus tamat tempoh hayat. Dengan bicara senang mudah segalanya memerlukan wang atau dengan bicara sedikit kasar, segalanya merabakkan poket :D

Kami (saya maksudkan dia), mencongak-congak wang bonus dan gaji. Hajat mau menghabiskan cuti. Cuti dia, bukan saya. Sebagai surirumah dan blogger tegar, masakan saya boleh bercuti. Nanti peminat merusuh, dakwa Puan Tasikmerah. Perancangan awal mahu makan angin ke Melaka – bandaraya warisan penjajah, kata Puan Tasikmerah juga.

Dipendekkan kisah; sementara menunggu laptop dibaikpulih, kami duduk melepak-lepak makan angin dan mencuci mata di Plaza Metro Kajang. Dari kedai makan sebarang, saya terbau aroma satay yang menggiurkan. Tapi, saya berdiam-diam saja (kerana mau ke Melaka).

Lamaaaaa
! Hampir tiga jam menanti.

Aiyaa,rosak teruk lor…bla…bla..bla....campur antivirus RM250 bla..bla..bla. Ini harga diskaun, kak” Anak muda Tionghua itu menceceh-ceceh.

Bayangan Melaka semakin hilang dalam ingatan saya. Dan kami pun bersama merasai suasana Krismas di dalam Plaza Metro Kajang. Di waktu panas terik membara. “Kenapalah salji tidak turun” saya bertanya soalan bodoh. Ya. Cuba lihat sekeliling, Krismas mesti ada salji sebab ada Christmas Tree.

Di hadapan saya, lalu seorang gadis Melayu(saya ulang, gadis Melayu) bertopi Santa. Sungguh! Melayu adalah bangsa yang sangat bertoleransi. Kerana toleransi, Melayu selalu diinjak-injak kepala oleh si pendatang dan penumpang.

Saya Melayu. Saya bertoleransi. Saya sudah nampak, siapa sebenarnya yang telah menjadi ‘tuan’. Dan, maaf hari ini mungkin tulisan saya berbau sedikit perkauman.

Sore itu, kami duduk-duduk di Plaza Metro Kajang, menikmati suasana Krismas tanpa salji sambil bebola mata tertancap pada gadis Melayu bertopi Santa.

Hati saya tiba-tiba menjadi sebal bercampur rusuh!

Kyros Kebab Café
Plaza Metro Kajang
20/12/2008


22 ulasan:

xiiinam751 berkata...

Melayu memang kuat toleransinya...




Kalau pergi pasar, nyonya jual sayur cakap elok saja. Tapi yang si Melayu itu, sebab mahu bertoleransi, ayatnya jadi aneh, lebih aneh dari si Nyonya;

"Ini sayut belapa halga?" Melayu.
"Satu ringgait satu ikat!" Nyonya.

Ungku Nor berkata...

ciss..ni suma yang buat kita nak marah niii..

Nizam.Ariff berkata...

Sama le kak. satu hari di cafe di sekitar sini, awek meayu pakai topi santa dan skirt pendek...sedangkan kami di Shah Alam, berapa kerat ler orang bukan Islam? panasssss...sepanas white coffee terlebih gula tu.

Po berkata...

gadis bertopi santa..merasa seksi..gamaknya.

tasikmerah berkata...

tidak mengapa. nnti ada rezeki kamu datang sini ok. penginapan jgn risau. tidur sahaja di rumah berawnig bocor aku. nak berjalan pun aku boleh bawakan. tapi naik wira buruk lah. kalau kau sudi... he he.

:)


.

.:: Lucky Fingers ::. berkata...

ala.. jgn cuti ye dari memblogging. pasti sy ternanti2 akan updatenye.

en_me berkata...

chrismas tree vukannn budaya kiterrr.. kannns

amirahsyuhada berkata...

mehlah datang melaka, makan nasi ayam bonda, satey kampung jawa, dan naik eye on malaysia..hehe

DeeN berkata...

Mungkin dia merasa cantik dinaungi topi santa itu? Haish. Memang pelik.

arsaili berkata...

salam kak lily..apa kabar..moga sihat hendaknya....

SHIMI berkata...

Maka melayu memang melayu

kakpah berkata...

salam. saya juga 'terjumpa'lelaki melayu memakai topi santa di kaunter pertanyaan di mid valley. sedih..

kalau jadi ke melaka jangan lupa ke umbai makan ikan bakar.

hegira berkata...

setakat ini belum terjumpa. mungkin tidak pergi ke tempat tempat ada pokok krismas.

di luar ini masih sama. pokokpokoknya masih yang kelapa dan yang rimbun dahannya.

kak, dimana-mana pun sebenarnya boleh bercuti, kan? saya sendiri terpaksa bakar wang sudah dibayar (rm800++) untuk ke Thai kerana ada bebanan tugas. aih.

Pa'chik berkata...

err.. rosak pekenama yang sampai doratus tuh?

pakai antibirus berbayar ke? ku pakei yang peri je lah.... rosak... pomat je balik... ekekek...

mulia tuh jadik santa... kalu ejas sikit ejaannya... jadik satan... ekekek...

kad0k. berkata...

akak..antivirus smpi 200? akak dah selidik betul2? selama ni sy x pernah bayar antivirus pon..guna yg free je..bole upgrade thru internet lagi...ermmm..cuti lama2 x berjalan rugi jugak kan?

org kita sudah lama di-injak2..sungguh

A t i Q a h berkata...

Hmm...

Cherry berkata...

Melaka.. yes a beautiful place, a recent trip to mdec gives new meaning to little children as they got to learn not only the new multimedia technologies offered by the country but at the same time they learn that the first mosque was built by Laksamana Cheng Ho.. a pendatang =)

Water Lily berkata...

Cherry,
Maafkan saya,jika perkataan "pendatang" itu mmenyinggung perasaan sdra/sdri.

Ya..di bumi Tuhan ini,kita semua adalah pendatang dan penumpang.

Tiqah,
:)

Me.
hohoho :D


Kadok,
Realitinya Kadok. Salahkan siapa....budaya Mealyu yang sangat menghormati tetamu....Entah!

Chik,
Macam2 rosaknya chik. Hati aku pun rosak juga.

Lina,
Kesiannya kamu.Aih!


Po,
Ohhh..sangat seksi meksi gitu. :)

KakPah,
Salam kenal.T/kasih kerana memberi komen. :)

Shimi,
Melayu...aku,kamu dan mereka. Kita cuba bertoleransi. Malangnya, tak pernah dihargai. Diberi betis,mahukan peha.

Arsaili,
Baik khabarnya. Alhamdulillah :)

Deen,
Entah..akak tak boleh baca orang..cuma menulis berdasarkan pemerhatian :)

Amirah,
Insyallah..ada umur,rezeki dan kelapangan :)

Lucky,
T/kasih. Insyallah. doakan kak lily sihat,dikuniakan banyak idea untuk bercrita. Tapi,untuk entri politik dan berbau perkauman begini mungkin akan berdiam-diam saja. Aku Melayu,bertoleransi dan tidak mahu mencari pasal dik!

Tasik,
Aku sudi!(bunyi macam terima lamaran hahaha!)Kecil telapak tangan, Dataran Merdeka aku tadahkan :D.

T/kasih di atas kebaikan hatimu.

Nizam,
Tidak mengapalah. Mudah-mudahan kamu mampu mengajar anak dan zuriatmu mencintai Tuhan dan Nabi SAW, dan juga ajaran Nabi-nabi terdahulu termasuk Nabi Isa as.

Kak Ungku,
Jangan marah. Sila mengamuk."Mengamuk" pun salah satu budaya Melayu juga. :D

CikLah,
Ciklah mengajar sejarah kan? Carikan saya fakta yang didakwa oleh sdra/i Cherry kita.

ps:Bebal sungguh menjadi Melayu. Masjid sendiri pun dibina pendatang. Tapi jika itu realiti, kita telankan saja. Dan kita harus berterima kasih sajalah. Walau pahit dan payah.

T?kasih.

cakapaje berkata...

Salam WL,

Hmm...gadis Melayu yang kemungkinan besar beragama Islam itu, harus di tarbiyahkan. Jangan kerana kerakusan, kebodohan, dan pelbagai 'ke' bersama 'an' kaum kita sendiri, kita menyalahkan kaum lain. Tak baik begitu. Seperti kucing diberi ikan, mungkin kita juga akan melakukan perkara yang sama seperti kaum lain. Harus, kita menyalahkan kaum kita terlebih dahulu, dan cuba membetulkan kesilapan mereka. Malangnya, amat jarang mereka mahu mendengar kata kita. Mereka lebih megahkan kaum lain, bangsa lain, tradisi dan budaya lain, dan...agama lain juga. Astaghfirullah.

Water Lily berkata...

Wassalam.
Akhi Shah,
T/kasih untuk perkongsian pendapat yang bernas dan berguna.

Berbeza itu indah jika kita bijak mengatasinya. :)

kak ja berkata...

Bangsa Melayu bukan sj suka bertoleransi tp bangsa yg sabarnya kekdg tak bertempat.. Malas nak huraikan lagi, nnt BP kja ni terpelanting naik lagi..

Dlm menghormati tetamu, kja selalu terapkan pd anak2, tetamu juga wajib menghormati tuan rumah...

WL, seelok2nya minta 2nd opinion ttg PC tu.. Bimbang kot2 ada yg mengambil kesempatan..

rudy bluehikari berkata...

toleransi yang perlu berhati2..agar tidak tergelincir akidah.