Langkau ke kandungan utama

Tanpa tajuk

Usai membaca surah Yassin, saya bingkas bangun. Cepat pantas. Umpama anak-anak kecil terdengar bunyi loceng ais krim atau mahu menonton Doraemon.

“Ke mana tu?” Tanya mak kehairanan.
“Puaka Nyiang Rapik” kata saya.

Sekelip mata, saya sudah di ruang depan. Bebola mata tertancap depan tivi.

Tu yang hang dok baca Yassin tadi buat apa?” Papp!!!

Saya terpukul dengan kata-kata emak. Adakah membaca surah Yassin itu rutin atau ibadah?


……………………………………………………

Emak sudah balik dua minggu yang lalu. Kamar itu kosong dan sepi.
Sesepi hati saya di kala ini!

Ulasan

SHIMI berkata…
minat cite hantu ker? Takut tapi nak tengok juga kan
hegira berkata…
tidak apa. sekadar hiburan.

:).

semalam baru lepas tgk histeria.
xiiinam751 berkata…
Betul lah tu...agar tak tersampuk Nyiang rapik tu...baca Yasin dulu..he..he..

Coco apa khabar? Nak tengok Imau meh jenguk rumah ckLah!!!
Water Lily berkata…
Shimi,
Mana ada akak takut, hehehe..


Lina,
Akak pun bercadang nak pergi juga. Best cerita seram ni :)

Cik Lah,
Mak perli saya lah tu; lepas baca yassin ngadap tv tgk cerita ntah apa-apa :)
BuRuuj berkata…
cite antoo ade pengajarn yg boleh di ambil juga. kan?
Nizam.Ariff berkata…
Kenapa le cerita hantu selalu ditayang malam Jumaat?
tasikmerah berkata…
ye la nizam... patut mlm jumaat cerita tetttttt la kan?

hahahaha....


:p
KARKADEWA berkata…
a'ah...
mlm jumaat mmg kacip cite tetttt...
DeeN berkata…
HaHaHa ...
Semalam tido awal. Telupa nak tgk citer tuh.
"tgk la cerita merapu lagha nih..", selalu dialog ni keluaq la kan..he he he.
A t i Q a h berkata…
Wah. Makan dalam entri nih. Terima kasih kak untuk tazkirah nya. Huhu.
addyaholix berkata…
salam waterlily.
saya rindu mak.
esok nak jumpa mak sebab mak datang kl =)
kak ja berkata…
Kja selalunya tak brp gemar dgn siri2 seram yg sebelum2 ni.. Tp Niyang Rapik ni bg kja agak berbeza, sbb banyak menggunakan ayat2 Quran utk melawan 'kuasa2 halus' tu.. Dan maaf cakaplah, WL, kja pun bukannya pandai sgt, tp watak utama Niyang Rapik (Asyraf Muslim) adalah antara pelakon yg bacaannya agak lancar dan baik.. Sesetengah pelakon tu, masyaAllah, mcm baru masuk Islam..

*Kalau bimbang membaca yasin di mlm Jumaat tu dikira bidaah, amalkan pd hari2 lain gak.. sebab yg dikhuatiri menjadi bidaah tu kerana dibaca pd mlm Jumaat shj dan tidak pd malam2 lain.. Wallahu'allam..
Rajuna berkata…
ustaz dia hensem sangat.
hantu segan la kot.
Saya tengok episod pertama saja cerita itu. Kemudian berhenti. Tak tahu kenapa.

Tapi saya suka lakonan Abu Bakar Juah.

:)
^aNgRiAni^ berkata…
Apa kabar kak? dah lama tak jalan2 kat sini...saya dah added blog akak

:D
Pa'chik berkata…
ishhh... ada ke tengok citer antu tuh... tak ske...
heheh...
ADEX KAWANBOXX berkata…
dua2 adex tak buat...

pasnie kena baca yasin balik la...duk menyundal ja...
citer HANTU?? adex tak tengok...hehehe

confirm mak adex pun perli jugak..
azza_irah berkata…
lily..
jangan harap akak on tv time2 cite gini..rela duk diam tgk tv tu kelabu..hehe
Sri Diah berkata…
Assalamualaikum wbt;
Salam tahun baru daripada kami sekeluarga semoga tahun baru ini akan menambah kejayaan, kesejahteraan dan kebahagiaan untuk kita semua. Amin.
arsaili berkata…
Salam Maal Hijrah, May Allah crown us with the best of iman, health, wealth and peace of mind in the New Year.
Water Lily berkata…
Wassalamualaikum!

Arsaili dan kak Sri,
Mudah-mudahan. Ameen!

Aza,
Hehe..malu dengan hantu ke?:D

Adex,
Setiap cerita ada pengajaran. cuma kita perlu ada penapis. Tapis;ambil yang baik-baik dan cicirkan yang buruk :)

Chik,
Kan ko suke crite antu ke?

Riani,
Ye,lama menghilang. kak Lily sihat saja. :)

Purp,
Kalau enche Naga,pasti dia suka Linda Jasmay hahahah!

Betul,lakonan Abu Bakar Juah memang menjadi.

Juna,
Ya..ya..sangat hensem ustaz tu. Pendakwah juga perlu perwatakan yang menarik tau!

Kak Ja,
Terima kasih atas petua dan pandangan :)Insya'allah akan diamalkan. Surah Yassin banyak fadhilatnya.

Addy,
Dalam hidup ini,ibu adalah ratu hati :)

Tiqah,
Takzirah apa pulaknya? Kat mana takzirahnya hahaha!

Cikgu,
Biasa le cikgu oii!Ayat biasa hahaha!

Deen,
Laa,awat tak tgknya. Best woo!

Encik Jones,
:)(saya tau encik senyum sebab komen di atas tu kan?hahaha!)

Karka,
Ye lah, apasal crite hantu je. Asal malam Jumaat,crite hantu ja.

Tasik,
Cerite 'teeet' tu cerita apa ya(sambil buat muka inesen) hahahah!
:D

Nizam,
Tu lah masalahnya, sedari kecil asal malam Jumaat ja,kita dimomokkan dengan cerita2 hantu. Tahyul sungguh!

Buruj,
Setiap cerita ada sisi gelap dan terang. Ada positif dan negatif.

T/kasih

Catatan popular daripada blog ini

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…

Catatan-catatan kepada (...diri juga...)

Pada akhirnya, saya menjadi begitu yakin. Blog saya sudah tidak lagi dikunjungi. Berdasarkan rating, trafik dan komentar.  
Dan datang jua pada hari dan ketika-ketikanya saya seperti tidak kisah lagi pada perhatian manusia.
Kadang terasa mahu marah, mengomel hatta mencarut sekali pun, kita ada medium baru iaitu Facebook.
Sungguh saya memang pemarah. Tetapi yakin saya tidak pernah mencarut. Marah dalam diam. Pendam. Hilang. Kadang marah skala kecil di Facebook. Kemudian saya padam.  Adakah dosa mengaibkan orang boleh dipadam? Adakah dosa mengecilkan hati orang boleh terpadam ? Dan mereka yang menyakiti saya, enggan hormati saya itu adalah urusan mereka dengan Tuhan.
Apalah daya saya. Meyakinkan manusia-manusia lain, agar telus mengikut peraturan adalah sama sekali tidak wajar.  Kita dibesarkan dan ditarbiahkan dengan corak pemikiran yang berbeza. Lahir kita pula dari genarasi berbeza.
Masing-masing ada ego. 
Jika saya merasa membuang sampah merata tempat itu berdosa amat, barangkali a…