Langkau ke kandungan utama

".And it's hard to hold a candle, in the cold November rain"ucap Gun N Roses

Rintik hujan yang sebentar melebat, sekejap mulus telah hilang. Malam tadi dan pagi ini yang tertinggal cumalah kedinginan yang mengigit tubuh. Dari laman Encik Pinter, lagu November Rain dendangan Gun N Roses saya mainkan berulang-ulang.

Nothin' lasts forever
And we both know hearts can change
And it's hard to hold a candle
In the cold November rain



Lagu yang sungguh berjiwa. Ya.....saya akui soal menjaga sekeping hati agar ia kekal,tidak calar,tidak dipenuhi noda hitam adalah sukar benar. Menjaganya agar kita tidak terlalu terasa, bahawa kita adalah insan tunggal yang sering menderita. Menjaganya agar kita selalu mau rasa bersyukur dengan apa yang ada.

----------------------------------------------------

Afiqah gadis kecil ini cukup tabah. Saya kagum dengan ketabahan ibubapanya. Benar, kasih ayahbonda tiada penghujung walau siapa pun kita dan bagaimana pun keadaan kita dilahirkan. Saya tidak pernah bertemu gadis kecil ini. Hanya melihat foto-foto yang mamanya uploaded melalui intenet dan email.

Afiqah mengingatkan saya pada Rahim,Tiara,Shahrul,Syuhadah,Chee Seng, Vinothini,Vanne dan lain-lain. Bekas anak-anak murid saya. Mengingatkan saya pada Kimura san yang menaiki keretapi dari Kyoto ke Nishiawaji; semata-mata mau membuktikan dia tidak perlu dikasihani. Dia hanya ingin difahami dan diterima seadanya.

Benar seperti yang Amal nukilkan dalam komentarnya; Afiqah dan kanak-kanak yang senasib dengannya cumalah anak-anak biasa, ada perasaan dan punya keinginan yang tidak pernah berbeza Cuma mereka terperangkap dalam diri sendiri.

Bila dikenang memang dijentik rasa sedih, tapi Tuhan Maha Adil dan lebih Mengetahui yang tersembunyi.

Nothin' lasts forever
And we both know hearts can change
And it's hard to hold a candle
In the cold November rain

Ulasan

Emi Farez berkata…
dugaan tuhan kepada umatnya. setiap orang harus menghormati sesama lain, tak kira sape mereka!
Ungku Nor berkata…
cehhh..mcm janji lak letak lagu ni kat blog..;p
Cikgooden berkata…
err..er.aku dah mula tak faham hang nak tulis apa kak.
tasekM berkata…
kalau kita tanya siapa jua pun, tak kan ada yang mengaku hidup ini tidak berpayah-payah...

ahhh... sudah tuntutannya hidup ini perlu berpayah2kan... caranya sahaja tidak sama antara dia dan kita...

seharusnya syukur itu perlu sentiasa dibibirkan?



.
Rajuna berkata…
ujian allah
tak terduga
ckLah @xiiinam berkata…
menjaga hati sendiri lebih payah sebenarnya daripada menjaga hati orang lain....




Sedap. Lagu tu memang sedap!
Tanpa Nama berkata…
my heart goes to atiqah.
Anonymous berkata…
yes..it's hard to hold a candle
in the cold November rain.

Sejuk itu sekadar biasa
Hujan itu dinginnya tidak ketara

namun api lilin tetap terpadam dengan getar ketar tubuh kita.
Nizam.Ariff berkata…
...*sigh*...
dua tiga 'rumah maya' aku pegi, suasananya hampir sama. Dan aku pun turut sedih dengar lagu tu isk..isk...
Lily Abdullah berkata…
Encik Nizam,
Adat kehidupan ada kegembiraan & kesedihan.

Po,
Saya suka rangkap ini hehe....

Jika kau masih mahukan cintaku
sayang, janganlah menjauh
atau aku mungkin akan sepi
berjalan sendiri di dalam dingin hujan November ini.

Alina,
Semoga Tuhan merahmati dia sekeluarga.

Cik Lah,
Hati macam kaca cermin. Mudah calar,mudah berdebu dan mudah terbakar hahahaha!

Juna,
Yang cantik,yang kaya,yang berkuasa,berpangkat juga ujian Tuhan.

Tasik,
Bersyukurlah kerana dapat menkmati dunia yang indah(kadang kala ada rungutan kecil, yang mengotorkan hati..hati akulah)

Cikgu,
Semalam aku patah hati,kecil hati dan aku rasa mau tulis entri berapi-api kat sini. fikir2 balik tarak guna ,buang karan ja hahaha!

Kak Ungku,
Agak2 kumpulan pistol dan ros tu marah kita tak? hahahah!

E,
Yeye..perlu menghormati. Dah nama pun manusia, ada le yang perasan dia lebih dan sangat bagus.

T/kasih

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.